Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Menghilangkan Jeragat dan Pigmentasi

Cara Menghilangkan Jeragat dan Pigmentasi | Siapa je taknak kulit muka yang cantik dan bebas dari sebarang masalah kulit mukakan? Bila umur dah semakin meningkat, kolagen di dalam badan makin menurun. Bila dah makin menurun, pelbagai masalah yang akan timbul. Seperti yang kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami cuaca panas. Disebabkan itu, kulit muka yang terdedah kepada sinaran UV akan menyebabkan berlakunya jeragat.  

Bagaimana nak merawat dan memudarkan jeragat dan pigmentasi pada kulit muka? Betul ke jeragat tak boleh hilang hanya dengan mengamalkan rutin skincare di rumah dan perlu menjalani rawatan laser di klinik aesthetic? Mungkin ada di antara korang yang dah guna pelbagai produk untuk memudarkan jeragat tetapi tidak berhasilkan? Aku cadangkan korang ke klinik kulit untuk consult dengan doktor pulak untuk mengatasi masalah jeragat korang. 

Korang bolehlah berkunjung ke Klinik Dr Bazilah untuk mendapatkan rawatan di klinik kulit yang terletak di Shah Alam dan Bangi. Aku dapat perkhabaran kawan-kawan yang buat rawatan di sana, majoriti berpuas hati dengan servis dan hasilnya. Sebelum aku kongsikan selanjutnya, aku ceritakan serba sedikit faktor-faktor berlakunya jeragat, pigmentasi dan melasma.  

Punca Jeragat, Melasma dan Pigmentasi Terjadi

Terdapat juga beberapa faktor yang lain selain daripada sinaran UV yang menyebabkan berlakunya jeragat. Punca-punca berlakunya jeragat, melasma dan pigmentasi :

• Perubahan hormon akibat pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang

• Kolagen di dalam badan semakin menurun akibat faktor usia

• Penggunaan kosmetik yang salah

• Aktiviti yang melibatkan suhu yang tinggi menyebabkan kulit muka menjadi panas seperti memasak

 

Siapa yang Berpotensi untuk Mendapat Pigmentasi atau Melasma?

Adakah korang antara individu yang berisiko untuk mendapat pigmentasi, jeragat atau melasma? Mereka yang berisiko untuk mendapat pigmentasi :

• Wanita. 1 dalam 20 orang yang dapat melasma adalah lelaki. Majoritinya adalah wanita.

• Jenis kulit berwarna tan (Fitzpatrick type 3,4)

• Wanita mengandung

• Wanita dalam hormon therapy

• Mereka yang terdedah di bawah cahaya matahari

• Mereka yang berpenyakit hypothyroid

Cara untuk Mengelakkan Berlakunya Jeragat dan Pigmentasi

Adakah jeragat boleh dihilangkan? Macam mana nak merawat dan mengelakkan dari berlakunya jeragat dan pigmentasi? Ada yang kata jeragat tak boleh dihilangkan hanya dengan melakukan rutin penjagaan muka sahaja. 

Cara rawatan jeragat bergantung pada kedudukan jeragat di lapisan kulit korang. Jika jeragat ini berada di lapisan luar kulit, korang boleh atasinya dengan produk jeragat. Jika jeragat korang dah jauh di bawah lapisan kulit,korang memerlukan rawatan yang khusus untuk merawat jeragat. Bagaimana korang nak kenal pasti jeragat korang berada di mana? Di sinilah pentingnya untuk korang consult dengan doktor di klinik kulit untuk mengenalpasti jeragat korang.

Bagi memastikan kulit muka korang tidak akan berlakunya jeragat walaupun dah merawat jeragat di klinik kulit, korang perlulah juga melakukan rutin penjagaan muka di rumah. Untuk mengelakkan berlakunya jeragat, korang perlulah mengawal dan melindungi kulit muka korang

Cara mengawal kulit muka adalah dengan mengamalkan moisturizer supaya suhu kulit muka kita normal dan tidak panas. Bagi melindungi kulit muka, korang perlu sentiasa memakai krim pelindung cahaya matahari walaupun duduk di rumah. Sebaiknya gunakan sunscreen yang mempunyai SPF 50++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV. 

 

Pengalaman dan Feedback dari Customer yang Melakukan Rawatan Jeragat dan Pigmentasi di Klinik Dr Bazilah

Di sini aku kongsikan pengalaman dan feedback dari pelanggan yang telah menjalani rawatan jeragat, pigmentasi dan juga melasma di Klinik Dr Bazilah. Sebelum rawatan doktor akan consult dengan korang terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan.

Aku yang hanya tengok gambar sahaja pon berpuas hati dengan hasilnya dan teringin nak buat rawatan kulit di sana. Tapi jauhlah pulak. Memang kulit muka nampak berbeza sebelum dan selepas melakukan rawatan kulit di Klinik Dr Bazilah. 







Appointment untuk Buat Rawatan di Klinik Dr Bazilah

Dapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah sebelum pigmentasi korang menjadi semakin lebar dan besar. Musim PKP ni Klinik Dr Bazilah beroperasi seperti biasa tapi korang kena buat appointment terlebih dahulu sebab klinik hanya akan menerima pelanggan yang telah buat appointment untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.


Klinik Dr Bazilah beroperasi setiap hari, Isnin sehingga Ahad.

• Isnin - Jumaat : 9 pagi sehingga 7 malam

• Sabtu dan Ahad : 9 pagi sehingga 6 petang

 

Whatsapp :

+60196571563

 

Atau click link ni https://temujanjidrbazilah.wasap.my

 

Call :

03-89229681 (Bandar Baru Bangi)

03-50357359 (Shah Alam)

Makluman lanjut mengenai Klinik Dr Bazilah, korang boleh refer website dan media sosial diorang :

 

KLINIK DR BAZILAH

www.klinikdrbazilah.com

WEBSITE FACEBOOK INSTAGRAM

Post a Comment for "Cara Menghilangkan Jeragat dan Pigmentasi"