Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

No Smoking! Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar!

No Smoking! Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar! | Penghisap rokok tegar ada ramai di Malaysia. Antaranya arwah ayah dan abang sulungku. Aku sendiri tidak tahu apakah nikmatnya menghisap rokok ini. Yang pasti, aku ada terbaca gi Google salah seorang penghisap rokok tegar sudah 40 tahun yang sedang berazam untuk berhenti merokok. Mahu tahu jika ada apa-apa cara nak berhenti. 

Sebagai salah seorang yang membesar dikelilingi oleh si perokok, tidak aku nafikan ianya bukan satu perkara mudah. Bau asap rokok itu sendiri agak susah nak dihilangkan. Aku sendiri pernah pening kepala dengan bau asap rokok ni. 


Keluarga Aku Ada Yang Merokok Dan Ada Yang Tidak

Aku dan ahli keluarga lain sudah banyak kali nasihatkan arwah ayah dan abang sulungku untuk henti merokok kerana perokok tegar berisiko tinggi menghidap kanser paru-paru. Abang sulungku sampai tahap beralih daripada rokok biasa kepada vape tapi tetap sukar untuk terus berhenti. 

Aku bernasib baik kerana suami sama sekali bukan seorang perokok. Terus terang, disebabkan beliau bukan seorang perokoklah yang menyebabkan aku sudi menjadi teman hidupnya sejak hampir 20 tahun yang lalu. 

Seperti yang aku katakan tadi, bukan kerana aku menolak terus tahap tak sudi dekati seorang perokok tetapi diri aku sendiri yang tidak boleh menerima asap rokok. Untuk pengetahuan orang yang tidak merokok tetapi berada di dalam persekitaran asap rokok akan dikenali sebagai perokok pasif.

Perokok pasif ialah penyedutan asap, yang dipanggil asap rokok terpakai (SHS), menyebabkan penyedutannya oleh orang-orang dipersekitaran itu. Perokok pasif ini turut disebut sebagai second-hand smoker. 

Rokok Merupakan Pembakaran Yang Boleh Memberi Impak Pada Orang Lain 

Ritual asas merokok adalah sederhana. Bila dilihat secara asasnya, seorang perokok akan menyalakan sebatang rokok kemudian akan mula reaksi sedut dan hembus asap rokok tersebut. Tetapi, jika diperhalusi sebenarnya ia boleh menyebabkan tahap suhu tinggi yang dikenali sebagai pembakaran.

Pengguna menarik udara melalui rokok yang menyala untuk mendapatkan kepulan asap, ini bermakna daun tembakau dan kertas dibakar sepenuhnya sehingga hanya tinggal abu. Pembakaran tembakau ini menghasilkan campuran kompleks yang kita namakan asap. 

Apa Yang Ada Dalam Asap Rokok? 

Asap rokok mengandungi rasa dari campuran tembakau serta nikotin yang terdapat secara semula jadi dalam daun tembakau. Ini adalah unsur-unsur dalam asap yang dinikmati oleh si pengguna (perokok) semasa sedang merokok. 

No Smoking! Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar!

Asap dari rokok ini turut dikenali sebagai asap tembakau persekitaran (ETS), ia adalah gabungan asap yang dihasilkan dari hujung rokok yang menyala dan asapnya dihembuskan oleh perokok. 

Untuk pengetahuan, proses pembakaran begini telah melepaskan rasa tembakau dan nikotin dengan menghasilkan lebih dari 6,000 bahan kimia. Maka tidak hairanlah kenapa ada banyak penyakit (kira-kira 100 jenis penyakit) yang telah dikenal pasti sebagai penyebab atau kemungkinan kepada penyebab penyakit tersebut yang berkaitan dengan aktiviti merokok.

Asap rokok boleh menyebabkan penyakit, termasuk barah paru-paru dan penyakit jantung, pada orang dewasa yang tidak merokok. 

Asap rokok ini juga boleh menyebabkan asma, jangkitan pernafasan, batuk, otitis media (jangkitan telinga tengah), dan sindrom kematian bayi secara tiba-tiba terutama dikalangan kanak-kanak. 

No Smoking! Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar!

Keburukan Berkaitan Rokok 

  • Rokok yang terbakar membebaskan lebih daripada 6,000 bahan kimia, yang kebanyakannya berbahaya atau berpotensi membahayakan. 
  • Sekitar 100 bahan kimia ini telah dikenal pasti oleh kesihatan awam pakar sebagai penyebab atau kemungkinan penyebab penyakit yang berkaitan dengan merokok. 
  • Sebilangan besar sebatian berbahaya yang terdapat dalam asap rokok dan berkaitan dengan penyakit yang berkaitan dengan rokok dihasilkan oleh pembakaran 
  • Apabila tembakau dibakar, ia boleh mencapai suhu sekitar 900'C dan suhu yang melampau inilah yang menjadi masalah dengan merokok. 

No Smoking! Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar!

Jika dulu pembakaran disamakan dengan 'api skala agak besar' tapi hakikatnya, merokok juga dikategorikan sebagai salah satu aktiviti pembakaran. Bezanya api dan asap dari sampah tidak mempunyai bahan kimia dari tembakau tetapi sebaliknya untuk api dan asap dari si perokok. 

Menghilangkan proses pembakaran seperti produk bebas asap perlu kita tangani. Dengan cara ini, secara tidak langsung, tahap purata bahan kimia berbahaya yang dihasilkan dapat dikurangkan dengan ketara berbanding dengan sebelumnya. 

Bimbing Tangan, Terus Nasihati Untuk Cuba Henti Merokok 

Memang ada banyak kempen No Smoking di luar sana tetapi sebagai salah seorang ahli keluarga maka kita perlu turut memainkan peranan. Jangan pinggirkan mereka sebaliknya terus nasihati dari masa ke semasa. 

Mereka layak diberi peluang dan mereka juga layak untuk terus didekati. Walaupun mereka perokok, tak bermakna kita perlu terus jauhkan diri seperti ketika mereka sedang merokok. Aku sendiri mahu lihat abang sulungku untuk tidak merokok lagi cuma ianya bukan boleh berhasil dalam satu masa yang singkat. 


Secara umum, artikel ini ditulis dengan nasihat daripada HAA yang ingin mengurangkan bahaya yang mungkin terdedah kepada orang ramai dengan memberikan lebih banyak maklumat kepada umum untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan seharian. Maka apa salahnya untuk kita sama-sama ambil peduli.



3 comments for "No Smoking! Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar!"

  1. Gara-gara terdedah dengan 2nd handed smoke ni saya ada masalah par-paru. Merokok ni isu sensitif dan susah nak ditegur. Sepatutnya perokok kena ada sensitiviti sendiri. Tapi tu lah, mostly takde common sense.

    ReplyDelete
  2. bila la kita ni bebas dari asap rokok..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Dubia ni penuh dengan asap..pelbagai asap..banyakkan sabar saja ya

    ReplyDelete