Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online, Boleh Atau Tidak

Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online, Boleh Atau Tidak | Waktu pandemik banyak duduk kat rumah ni, tak dinafikan ramai orang main permainan 'game online'. Game online ni pula ada bermacam jenis, sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila sebut tentang permainan online ini, aku teringat waktu mula mengenali apa itu komputer.

Dulu, tak ada permainan online game yang macam sekarang. Waktu tu, hanya ada game lagenda seperti permainan daun terup. Permainan daun terup online ini dikenali dengan nama SOLITAIRE. Seronok juga main Solitaire ni sebenarnya sebab ia boleh mengajak minda kita untuk tangkas berfikir tentang nombor. Ada banyak jenis juga level untuk permainan daun terup Solitaire ni. 

Salah satu tempat untuk bermain permainan online ini adalah Solitaire.org



Permainan game Solitaire ini terdiri daripada beberapa jenis. Tapi jangan risau kerana panduan cara permainan daun terup dan semua jenis permainan lain turut disediakan. Peraturan bermaina daun terup juga turut disebutkan, hanya perlu ikut jer.

Selain game online Solitaire, ada juga game online Mahjong. Permainan Mahjong ini juga membuatkan kita berfikir tentang nombor. Mahjong games adalah permainan strategi yang berasal dari China. 

Biasanya jumlah yang akan bermain permainan ini adalah empat orang, boleh bermain dengan tiga orang. Kalau tak ada teman nak main, mulailah bermain mahjong secara online. Tidak susah nak cari rakan sepermainan lagi. 


Apakah Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Ini, Boleh Atau Tidak

Menurut apa yang ku baca dan lihat melalui perkongsian di internet, terdapat dua pendapat mengenai isu ini, iaitu harus dan haram. 

Menurut apa yang aku baca dari hasil carian Google, pendapat pertama mengatakan, hukum untuk bermain daun terup ini sama ada secara nyata atau alam maya (online) adalah harus selagi mana ia tidak bercanggah dengan agama. 

Maksud bercanggah dengan agama ini seperti terdapat unsur judi, lucah, bertindak luar kawalan atau rangsangan keganasan, membawa kepada keruntuhan akhlak, unsur-unsur khurafat dan ramalan-ramalan tahyul, mencetuskan pemusuhan, meninggalkan ibadah dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Namun begitu, jika menurut pandangan Ustaz Azhar Idrus, ia bersifat haram. Maka harus atau haram, kalian boleh fikir dan renungkan sendiri.

Seronok Ke Main Games Solitaire Online Ni?

Main game online Solitaire dan Mahjong secara online ni seronok juga. Main permainan games online ini sebenarnya boleh hilangkan rasa stress tekanan dan bosan juga. Boring duduk saja, boleh main games online tapi janganlah sampai kemaruk sangat ye. 

Bila lihat game permainan online di Solitaire.org tu, sejujurnya banyak game kat situ aku dah main sejak bangku dulu. Imbas kenangan lama gitu. Rindunya zaman-zaman dulu yang sememangnya sukar untuk dipatah balik. Hanya imbau kenangan macam gini jelah. Itupun mujur sekarang ada internet dapatlah main games lama-lama ini secara online.


Banyak Betul Games Online Yang Best Main Di Solitaire.org 


Selain Solitaire dan Mahjong, ada banyak lagi permainan lain di sini seperti hidden object games , card games (seperti gin rummy, crazy eights, euchre, hearts dan lain-lain), connect 3 games (seperti zuma ball shooters atau candy crush) dan banyak lagi game sampingan lain (other games) seperti pacman, tennis dan sebagainya. 

Yang membuatkan aku boleh main games Solitaire di website Solitaire.org ini, laman web mereka tidak mempunyai iklan di dalamnya. Secara tidak langsung boleh main games di sini dengan lebih aman tanpa sebarang gangguan iklan. Namun, di masa akan datang aku tak tahu, mungkin akan ada satu hari nanti. 





Kesimpulannya, jika nampak ada orang main permainan daun terup solitaire dan mahjong online, janganlah terus menghukum mereka. Mungkin mereka juga macam aku sendiri yang masih terkeliru dengan kenyataan hukum di mana ada yang mengatakan ianya harus dan ada yang mengatakan ianya haram.

Daun terup alam nyata memang aku tak pegang kerana bagi aku, daun terup secara nyata itu seakan mengingatkan aku pada perkara yang tidak elok. Tambahan lagi daun terup secara nyata itu selalu sangat digunakan untuk magic. Untuk daun terup online, ya aku memang ada main. 



Semoga artikel ini bermanfaat dan jika terasa nak imbas kenangan main permainan klasik seperti picman dan banyak lagi games online imbas kenangan yang lain, bolehlah cuba-cuba jengah ke Solitaire.org untuk bermain permainan games Solitaire versi online ini dengan cepat di laptop, PC, tablet mahupun dalam telefon bimbit. 



Post a Comment for "Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online, Boleh Atau Tidak "