Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kunkwan Online Mandarin Class, Ajar Kanak-Kanak Dewasa Kuasai Bahasa Mandarin

Kunkwan Online Mandarin Class, Ajar Kanak-Kanak Dewasa Kuasai Bahasa Mandarin | Belajar bahasa cina tidak semua orang pernah lakukan. Tambahan pula mind set orang kita, bahasa mandarin ini hanya untuk orang cina. Sedangkan fikiran itu salah. Malah, di masa ini sudah ramai kaum lain yang pandai berbahasa cina mandarin. Bahasa Mandarin berasal dari Tanah Besar China, atau lebih tepat di bahagian utara China. 

Nak belajar walau sudah dewasa juga boleh kerana di masa ini sudah ada kelas bahasa mandarin untuk sesiapa saja yang berminat. Walau dari tahap zero mandarin, boleh sertai untuk penguasaan bahasa penuh hingga tahap boleh bertutur fasih. Salah satu pihak yang menawarkan kelas bahasa cina (mandarin) ini adalah Kunkwan Online Mandarin Class.

Sedikit Pengenalan Berkaitan Kunkwan Online Mandarin Class

Kunkwan ini pula merupakan pusat latihan pertama di Malaysia yang menggunakan sistem 'pembelajaran interaktif'. Kunkwan juga mempunyai kelayakan tahap antarabangsa sebagai tenaga pengajar.

Sama seperti pihak yang lain, Kunkwan turut menyediakan khidmat kelas belajar mandarin secara nyata di premis mereka tetapi dalam masa yang sama mereka juga turut menyediakan kelas secara online bagi memudahkan lagi urusan para pelajar.



Semua tenaga pengajar yang dilantik adalah pada tahap profesional dengan pengalaman mengajar yang sangat besar. Ini dapat memudahkan lagi urusan para pelajar yang benar-benar berhajat untuk menjadikan bahasa Cina Mandarin ini sebagai bahasa kedua . 

Selain dari itu, pihak pelajar dapat mengikuti kelas pada masa yang sesuai mengikut masa masing-masing. Soal masa boleh diperbincangkan dengan pihak Kunkwan semasa pendaftaran. 

Banyak Pengalaman Hingga Mendapat Perhatian Banyak Pihak Untuk Belajar 

Nama Kunkwan ini sebenarnya sudah lama ada bertapak di Malaysia dengan jumlah pelajar yang ramai. Kebanyakan pelajar lepasan Kunkwan berjaya menguasai bahasa cina mandarin hingga tahap yang sepatutnya. 

Dengan kelayakan yang ada pada Kunkwan tidak mustahil kenapa ramai pihak berminat untuk belajar di sini. Dari ibubapa yang daftarkan anak sehinggalah kepada golongan dewasa. Golongan artis juga turut daftar di sini sebagai pelajar untuk menambahkan lagi ilmu penguasaan bahasa cina yang mereka minati. 


Menikmati reputasi cemerlang dalam arena pengajaran bahasa, Kunkwan ialah salah satu syarikat yang paling berharga di Pusat Latihan Mandarin Antarabangsa, sebuah institut Mandarin profesional yang mempunyai bilangan pengambilan dan pengekalan pelajar antarabangsa yang tertinggi. Fakulti pengajaran di Kunkwan benar-benar cemerlang. 

Kunkwan menyediakan bahan pengajaran yang sangat baik dan dengan kadar penerimaan tertinggi yang menjadikan kami jenama terkemuka dalam pengajaran Mandarin. Kunkwan memupuk pelajar dari banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri. 

Dibuka Untuk Pelajar Kanak-Kanak Seawal Usia 5 Tahun

Bayangkan betapa seronoknya boleh belajar bertutur (cakap), mendengar, menulis, membaca dalam Bahasa Mandarin (Bahasa Cina) baik untuk murid-murid usia seawal 5 tahun hingga ke tahap dewasa. 

Bagi pelajar Cina atau bukan Cina (Melayu, India dan sebagainya) yang tidak pernah belajar Bahasa Mandarin, adalah digalakkan menyertai kelas melalui Kunkwan. 

Sebahagian Dari Testimoni Pelajar Kunkwan Online Mandarin Class

Di bawah ini adalah sebahagian daripada testimoni-testimoni pelajar kelas bahasa cina mandarin dari pihak Kunkwan. Boleh lihat sendiri apa kata mereka selepas mengikuti kelas tersebut. 









Antara Kelebihan Belajar Bahasa Mandarin 

1. Menguasai bahasa Mandarin juga boleh memudahkan rakyat Malaysia untuk berkomunikasi dengan rakyat China terutamanya dalam bidang perniagaan.

2. Bahasa Mandarin merupakan "bahasa bisnes" dunia. Pertumbuhan ekonomi China yang semakin berkembang menyebabkan ia menjadi salah satu negara utama pembekalan dunia. Kerana itu bahasa mandarin semakin mendapat perhatian.

3. Boleh memahami dan bertutur dalam bahasa mandarin memudahkan urusan untuk mendapat pekerjaan. 

4. Mempunyai kemahiran bertutur banyak bahasa akan menambahkan kualiti kemahiran seseorang.

5. Dapat tambah ramai kenalan dari kaum yang lain bersama minat sama yang suka berbahasa mandarin. 


Dah Lama Berminat Nak Kuasai Bahasa Mandarin? Apa Tunggu Lagi! Jom Daftar Kelas Bahasa Mandarin Online Dengan Kunkwan Sekarang Juga 

Kalau dah minat, dah suka, jangan tunggu lama-lama. Harga sangat berpatutan, masa belajar sangat fleksibel. Tenaga pengajar juga terdiri dari guru-guru yang sangat berpengalaman. 

Dari hanya biarkan minat yang ada terkubur, ada baiknya masuk kelas untuk realisasikan impian yang ada. Tambah ilmu tidak akan rugi kerana secara tidak langsung ia akan memberi manfaat dalam apa jua keadaan dari masa ke semasa. 


Tidak yakin? Belum cuba belum tahu. Ramai yang sudah berjaya, kenapa tidak kita. Jom daftar dengan Kunkwan dan saya doakan semoga impian anda menjadi kenyataan. 

Untuk info lanjut sila hubungi : 

Puan Hanis 

Whatsapp : http://wasap.my/60197109109/MandarinBlog







4 comments for "Kunkwan Online Mandarin Class, Ajar Kanak-Kanak Dewasa Kuasai Bahasa Mandarin "

  1. What a Δ±nteresting post :) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  2. bagusnya. btw, dah follow hehe. jemputlah datang blog kita.

    ReplyDelete
  3. Untung mereka yang boleh menguasai pelbagai bahasa

    ReplyDelete