Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop | Papan kekunci atau keyboard merupakan salah satu bahagian penting pada komputer riba (laptop). Tanpa keyboard, laptop tidak dapat berfungsi. Apa yang menyedihkan, keyboard laptop ini ada ketikanya boleh rosak secara tiba-tiba. 

Kerosakan pada keyboard laptop boleh menyebabkan rasa tertekan. Apa tidaknya, mahu guna laptop sudah tidak boleh lagi gara-gara kerana keyboard laptop yang rosak. 

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Antara Tanda-Tanda Keyboard Laptop Rosak

Untuk pengetahuan, tanda keyboard laptop rosak ini banyak. Cuma, ada antara kita yang tidak perasan atau sengaja tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut. Antara tanda-tanda keyboard laptop rosak adalah :

  • Keyboard tertekan dengan sendiri
  • Terdapat huruf / nombor yang tidak dapat ditekan
  • Tombol huruf tertukar
  • Tekan butang sekali, huruf keluar berderet banyak kali
  • Keluar bunyi beep yang panjang
  • Huruf keyboard tidak berfungsi sama sekali
  • Keyboard laptop tekan lain keluar lain

Punca Kenapa Boleh Berlaku Masalah Keyboard Laptop Rosak 

Terdapat banyak punca kenapa boleh berlaku masalah keyboard laptop rosak ini. Antara penyebab utama kepada masalah keyboard laptop rosak ini selalunya berpunca dari kelalaian kita sendiri.  

1. Habuk / Kotoran Sisa Makanan 

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Makan di hadapan laptop semasa sedang menggunakan merupakan perkara biasa yang sering dilakukan oleh ramai orang. Sebenarnya cara ini salah kerana sisa makanan boleh melekat di celah butang keyboard. 

Habuk juga merupakan salah satu punca boleh berlaku kerosakan pada keyboard laptop. Cara terbaik, bersihkan keyboard laptop secara berkala. 

2. Tekan / Ketuk Kuat Keyboard Laptop

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Main permainan online di laptop memang seronok. Keseronokkan tu menyebabkan keyboard laptop digunakan dengan agak keterlaluan. Ketika bermain dashboard sering ditekan dan diketuk dengan kuat sedangkan keyboard laptop ini bersifat sensitif.  

3. Tertumpah Air 

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Kejadian tumpah air minuman pada keyboard laptop pasti tidak akan boleh dilupakan oleh sesiapa saja. Tumpah air ini boleh menyebabkan laptop rosak teruk. Makin serius jika tertumpah air bergula seperti kopi dan sebagainya. 

4. Butang Huruf Keyboard Dicabut

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop


Masalah ini sering berlaku pada laptop yang dimiliki oleh ibu atau bapa dengan kehadiran anak di rumah. Laptop ibu atau ayah boleh kehilangan butang huruf keyboard akibat dicabut oleh anak. Perkara ini jangan dibiarkan kerana walau hanya tercabut satu, keyboard laptop tersebut boleh mengalami masalah. 

Ramai menganggap salah satu butang keyboard laptop tidak berfungsi, boleh ke kedai baiki laptop dan minta untuk menggantikan satu butang yang rosak itu dengan butang yang baru. Maaf, ia tidak semudah itu. Keyboard laptop merangkumi keseluruhan papan keyboard, tidak hanya pada butang huruf semata-mata. 

Cara Repair Keyboard Laptop

Saya sendiri pernah mengalami beberapa tanda keyboard laptop rosak. Stress di buatnya! Masalah keyboard laptop rosak ni secara tak langsung sudah menganggu masalah kerja yang perlu disiapkan segera menggunakan laptop tersebut. 

Saya ada juga mencari cara repair keyboard laptop sendiri dari carian Google. Antara tips yang diberikan sebagai cara untuk repair masalah keyboard laptop rosak tidak berfungsi adalah seperti yang di bawah. 

Langkah 1 : Matikan komputer. 

Langkah 2 : Tekan butang Power, dan kemudian segera tekan kekunci Esc berulang kali untuk membuka Startup Menu. 

Langkah 3 : Tekan F10 untuk membuka tetapan BIOS. 

Langkah 4 : Tekan F5 untuk memuatkan tetapan lalai, dan kemudian tekan F10 untuk menerima perubahan.

Langkah 5 :  Mulakan semula komputer.


Walaupun ada tips cara repair keyboard laptop sendiri dari Google tapi saya tak berani untuk melakukannya. Bukan apa, takut juga jika tanda keyboard laptop rosak ini sebenarnya petanda awal untuk masalah laptop rosak yang lebih serius. 


Keyboard Masalah Mungkin Petanda Awal Laptop Rosak 

Keyboard PC rosak boleh terus ditukar ganti baru tapi untuk keyboard laptop rosak ia tidak semudah itu. Keyboard merupakan kompenen penting pada laptop, maka jika keyboard laptop bermasalah jangan sesekali dipandang ringan. 

Tidak kisahlah sama ada tanda keyboard laptop rosak itu melibatkan huruf keyboard tidak berfungsi, keyboard laptop tekan lain keluar lain atau sama sekali tidak berfungsi. Ada baiknya hantar laptop kita itu pada mereka yang lebih pakar. 

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop


FR Laptop Service, Pakar Baiki Laptop Rosak Murah di KL 

Risau nak hantar laptop ke kedai kerana harga tukar keyboard laptop Acer dan lain jenama ini mahal? Janganlah terus membuat kesimpulan. Tidak semua kedai mengenakan caj servis yang tinggi. Untuk kawasan KL dan Selangor, saya sarankan kedai FR Laptop Service yang terletak Kampung Pandan Kuala Lumpur. 

Keyboard laptop rosak? Keyboard laptop butang tercabut? Keyboard laptop butang tak boleh tekan? Keyboard laptop tekan lain keluar lain? Huruf keyboard laptop tidak berfungsi? Tidak kira apa masalah pada keyboard laptop itu, boleh gunakan servis baiki laptop dari pihak FR Laptop Service. 

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Sudah Lama Diyakini & Ramai Pelanggan Puashati

Ini sebahagian daripada maklumbalas pelanggan selepas menggunakan khidmat baiki keyboard laptop rosak dan lain-lain masalah berkaitan laptop di sini. 


Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop

Mahu Atasi Tanda Keyboard Laptop Rosak Dari Kedai Laptop Murah Area KL? Hubungi FR Laptop Service Segera! 


Ada tanda keyboard laptop rosak, segeralah bertindak kerana keputusan segera anda boleh menyelamatkan laptop dari mengalami masalah yang lebih serius. Apalah sangat harga keyboard laptop rosak yang perlu ditukar jika hendak dibandingkan dengan kos baiki laptop secara keseluruhan. 

Tidak ada masa untuk hantar laptop ke kedai? Jangan risau, pihak FR Laptop Service ada menyediakan khidmat runner untuk ambil dan hantar laptop anda nanti. 

Keyboard masalah hingga laptop sudah tidak boleh berfungsi dengan betul? Apa tunggu lagi? Segera hubungi pihak FR Laptop Service hari ini untuk menyelamatkan laptop kesayangan masing-masing. 





Alamat: 
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 
55100 Kuala Lumpur 
No tel: 0172882349 

Waze/Google Maps: FR Laptop Services 
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm


Post a Comment for "Tanda Keyboard Laptop Rosak & Cara Repair Keyboard Laptop"