Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam | Mekah merupakan tempat suci untuk umat Islam. Setiap umat Islam sangat berhajat untuk jejakkan kaki ke Mekah. Sayangnya tidak semua orang mampu untuk jejakkan kaki ke sana. Siapa yang dapat jejakkan kaki ke Mekah pasti akan teringat kembali suasana ketika berada di sana. 

Haji merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan bagi seluruh umat Islam yang mampu menjalankannya. Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an: 

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِين
 (آل عمران: 97) 

Artinya, “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) siapa yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS Ali Imran: 97).

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

Keinginan untuk menunaikan rukun Islam ke lima iaitu naik haji tidak semua orang mampu tunaikan. Ada juga di antara kita yang telah pergi Mekah tetapi sekadar dalam mimpi. Tak semua orang memiliki kesempatan hinggakan boleh terbawa hingga ke dalam mimpi. 

Mengalami mimpi pergi ke Mekah termasuk mimpi melihat kaabah ketika di sana, adakah ia mempunyai maksud yang baik? Jika ya, bagaimana pula dengan mimpi pergi umroh tapi tidak jadi? 

Maksud Mimpi Pergi Mekah Buat Umrah atau Haji Untuk Bacaan Bersama

Berdasarkan pembacaan, arti mimpi ke Mekah dengan bertujuan naik haji atau umrah ini ternyata mempunyai makna yang amat mendalam. Tidak kisahlah sama ada mimpi pergi ke Mekah itu bersama keluarga, kawan atau seorang diri. Ia dikatakan membawa maksud makna yang baik. 

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

Antara tafsir untuk maksud mimpi pergi Mekah dengan tujuan haji atau umrah ini adalah seperti yang di bawah. 

1. Jika yang bermimpi itu dalam keadaan sakit, maka artinya Allah SWT akan memberi kesembuhan padanya. 

2. Jika orang yang mimpi pergi ke Mekah itu ada berhutang, Allah SWT akan memudahkan urusan untuk dia membayarkan hutangnya. 

3. Andai orang yang bermimpi itu sedang berada dalam satu ketakutan, InshaAllah ketakutan yang menimpa orang yang bermimpi naik haji itu akan hilang.

4. Selain itu, orang yang mimpi naik haji pada waktu musim haji itu akan dimudahkan urusannya bila memang sedang mengalami kesulitan. 

5. Bila bermimpinya sedang dalam perjalanan, insya Allah akan selamat dalam perjalanannya tersebut.

6. Bila yang bermimpi itu adalah pedagang, inshaAllah dagangannya akan laris. 

7. Ada juga pendapat yang menyatakan bahwa orang yang mimpi naik haji atau umrah itu akan diberikan usia yang panjang oleh Allah SWT. Wallahualam.

Arti Mimpi Ke Mekah, Naik Haji Atau Umrah Menurut Masyarakat Setempat 

Selain dari maksud mimpi tentang Mekah yang disebuatkan tadi, ada lagi beberapa maksud mimpi yang berkaitan dengan Mekah seperti yang di bawah ini. 

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

1. Arti Mimpi Ke Mekah Naik Haji Sendiri

Arti mimpi ke Mekah buat pertama kali secara seorang diri, yakni mimpi naik haji sendiri tanpa ditemani oleh keluarga, kawan mahupun pasangan dikatakan mempunyai petanda yang baik.

Menurut masyarakat, tafsir naik haji sendiri ini membawa maksud akan mendapat sesuatu kebaikan dari orang-orang yang ada disekelilingnya. 

2. Mimpi Naik Haji Bersama Pasangan Suami/Isteri

Makna mimpi pergi ke Mekah berdua bersama pasangan (suami atau isteri) dikatakan membawa maksud yang baik juga. Kononnya, ia membawa maksud akan mendapat zuriat dan anak yang akan dilahirkan itu nanti itu nanti akan menjadi anak yang soleh atau solehah. 

3. Melihat Orang Tua Naik Haji

Siapa yang tidak mau melihat kedua orang tuanya pergi ke tanah suci Mekah untuk naik haji? Tentu setiap orang pasti menginginkannya, termasuk admin, tapi hingga saat ini masih belum bisa mengabulkannya.

Alhamdulillah mimpi ini pertanda kalau kamu akan diberikan kemudahan dalam mencari rezeki. Semoga saja segala kendala bisa kita lewati, jangan lupa untuk selalu bersyukur ya.

4. Mimpi Ke Mekah Bersama Kekasih Hati

Ops! Kalau ikutkan keadaan sebenar mana boleh pergi ke Mekah bersama kekasih tapi disebabkan ini mimpi, ya apa pun boleh berlaku kan? Almaklumlah mimpi ini bukannya dalam keadaan sedar. 

Ok menurut masyarakat kita, mimpi pergi ke Mekah bersama kekasih hati ini membawa maksud bahawa dia adalah jodoh yang baik untuk dihalalkan. Bolehlah dipertimbangkan untuk ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan. 

5. Mimpi Melihat Kawan Pergi Ke Mekah

Bermimpi melihat kawan pergi ke mekah sama ada untuk tunaikan haji atau umroh, dikatakan membawa maksud yang sedikit kurang baik kepada orang yang mengalami mimpi tersebut. 

6. Arti Mimpi Gagal Naik Haji

Makna mimpi hendak pergi Mekah atau mimpi pergi haji atau umrah tapi tidak jadi pergi dikatakan membawa maksud yang agak kurang baik. Hakikatnya, sebuah kegagalan adalah hal yang kurang baik. 

Menurut kepercayaan masyarakat kita,tafsir mimpi pergi ke Mekah tapi tidak jadi ini boleh membawa maksud akan mengalami rasa kecewa dan sedih dalam waktu terdekat. Wallahualam. 


Maksud Tafsir Mimpi Tentang Haji 

Ini pula perkongsian tentang maksud mimpi tentang Mekah, sama ada pergi umrah atau haji. Boleh dengar sendiri perkongsian tersebut melalui video yang di bawah ini. 


Peristiwa Benar Yang Berlaku Selepas Mimpi Berada Di Mekah

Ini pula perkongsian pengalaman benar yang pernah berlaku selepas mendapat mimpi berada di Mekah. Boleh dengar sendiri apakah yang berlaku selepas mengalami mimpi tentang Mekah ini. 


Untuk tafsir mimpi pergi ke Madihan dan arti mimpi pergi ke jabal rahmah, tak pula aku jumpa maksudnya. Mimpi pulang dari Mekah juga atau tidak tahu. Ada masa aku akan teruskan pembacaan kalau ada terjumpa maksud untuk mimpi-mimpi ini.

Seronoknya Jika Dapat Mimpi Pergi Ke Mekah

Aku belum berkesempatan untuk jejakkan kaki ke sana. Sebab itu, jika dapat jejak kaki ke Mekah walau hanya dalam mimpi rasanya tentu seronok sekali. Tak kisahlah mimpi pergi umrah atau haji baik bersama kawan, suami, keluarga atau seorang diri. 

Teringat juga bila mana emak menceritakan orang dulu pergi ke Mekah dengan menaiki kapal. Ambil masa berbulan-bulan untuk tiba ke tanah suci. Walau susah, mereka tempuh juga demi kecintaan pada Allah SWT, Rasul dan agama.

Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam

Untuk mimpi pergi haji ini walaupun ada tafsir dari sudut kurang baik menurut kepercayaan masyarakat, janganlah kita terus menerimanya dengan rasa dukacita. Sebaliknya terus berdoa pada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kita. 

Yang pasti, banyak orang percaya bahwa mimpi ke Mekah ini adalah mimpi yang baik-baik. Orang yang bermimpi melihat kaabah dan Rasullullah SAW pastinya lebih beruntung lagi. Bermimpi tentang Mekah, mimpi melihat kota Mekah dan Madinah patut rasa sangat bersyukur kerana ia adalah tempat yang sangat dekat dengan agama kita. 

Untuk korang yang belum lagi ada rezeki untuk menunaikan umrah atau mengerjakan haji, marilah kita sama-sama berdoa semoga impian kita akan terlaksa suatu hari nanti dan tidak lagi sekadar hanya dalam mimpi.

Aamiin. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


Post a Comment for " Maksud Mimpi Tentang Mekah, Pergi Umrah Atau Haji Menurut Islam "