Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Main Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma Online Sambil Belajar

Culinary Schools, Main Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma Online Sambil Belajar  | Permainan dalam talian memang sudah tidak asing lagi. Ada bermacam jenis permainan secara online ini, sama ada yang berbayar atau percuma. 

Jika anak ada cita-cita mahu jadi chef atau pemilik restoran, main game memasak boleh jadi satu alternatif game pilihan. Game begini sesuai juga untuk mereka yang suka makan dan dan suka makan.

Salah satu website yang menawarkan permainan masak kanak-kanak free percuma online adalah CulinarySchools.org

kids-cooking-games-free


Masak. Aku sendiri suka main game memasak. Bezanya dulu kita main masak-masak di bawah rumah dengan kawan sebaya, sedangkan anak sekarang main game memasak di dalam handphone dan komputer. 

Permainan di website ini boleh dimainkan secara di luar talian (offline) tetapi mengambil masa kira-kira 30 saat untuk dibuka pada permulaan permainan. 

Lepas tu boleh main seberapa lama yang kita suka tanpa perlu disambungkan ke talian internet.

Permainan Memasak Kanak-kanak Dalam Talian Percuma

Aku izinkan anak main games memasak dan makanan di website ini kerana ia adalah percuma. tidak perlu download (boleh terus main) dan ada pelbagai pilihan permainan online dengan konsep makanan untuk pelbagai fasa umur anak. 

Permainan online di sini, ada yang cukup mudah dan ada juga yang tahap susah. Kualiti visual gambar dan warna juga menarik dan tidak mengecewakan. 

online-games

Antara permainan memasak dan restoran yang menarik perhatian untuk aku dan anak-anak adalah seperti :
  • Fruit Slasher
  • Penguin Cafe
  • Pizza Party
  • Coffee Shop 
  • Open Restaurant 

1. Fruit Slasher


games-online

Fruit Slasher ialah permainan menghiris buah yang mudah. Elakkan bom dan potong seberapa banyak buah-buahan yang boleh dalam tempoh masa 30 saat. 

Setiap buah yang terlepas atau bom yang terkena pukul akan menyebabkan kita kehilangan satu daripada tiga nyawa yang ada. Berapa banyak mata yang boleh diperolehi bergantung pada kecekapan dan kepantasan masing-masing.

2. Penguin Cafe 

game-online-restaurant

Berminat nak jadi pelayan restoran dan kafe, Penguin Cafe ini salah satu permainannya. Penguin Cafe konsepnya adalah bermain sebagai seekor penguin yang memakai skate dan bergegas untuk melayani pelanggan yang datang ke kafe tersebut. 

Walaupun estetika dalam permainan ini adalah kartun, tahap kesukaran meningkat dengan cepat selepas tahap pertama. Semakin banyak 'wang' yang dapat dikumpul, akan memberikan lebih kelebihan.

Dengan bermain permainan online ini, ia dapat mengajar si pemain dengan erti sabar sebagai seorang pelayan demi untuk mencari mata pencarian. 

Pemain yang berperanan sebagai pelayan dalam permainan ini akan ditekankan dengan sikap positif walaupun sering berhadapan dengan tekanan yang melampau dan pelanggan yang cerewet. 

3. Pizza Party (Uji Kepantasan dan Pandangan Mata)


game-online-cooking

Untuk permainan online Pizza Party ini, pemain perlu menghidangkan piza buatan sendiri kepada pelanggan dengan menggunakan bahan-bahan seperti sos tomato, keju mozzarella, ham, cendawan, daun selasih dan pepperoni. 

Permainan ini lebih mudah daripada kebanyakan permainan lain kerana kerak pizza telah disediakan secara automatik, hanya perlu menambah bahan topping saja dalam setiap pesanan yang di minta oleh pelanggan. 

Apa yang lebih menariknya lagi, jika salah buat pesanan pelanggan boleh bertukar menjadi marah tau. 


game-online

game-online


Permainan ini agak mudah untuk dimainkan. Anakku Awwal yang berusia 6 tahun, cukup suka main permainan online Pizza Party ni. 

Seronok juga lihat Awwal bersungguh-sungguh nak siapkan permintaan pelanggan. Adakalanya kasihan juga lihat wajah Awwal yang berubah bila dapat pelanggan cerewet kerana salah siapkan pesanan. 

Awwal benar-benar berminat dengan permainan ini. Jumlah wang yang bertambah untuk setiap pesanan turut membantu Awwal dalam pengiraan tambah. 

online-game

4. Coffee Shop


Untuk anak-anak dengan usia sekitar 10 tahun ke atas, permainan dengan nama Coffee Shop ini sangat sesuai. 

Coffee Shop ialah permainan simulasi di mana pemain melihat jumlah wang yang boleh diperolehi hasil menjalankan perniagaan kedai kopi. 


online-game

Permainan ini termasuk faktor seperti stok bahan, kerosakan bahan, menukar formula minuman, menguruskan harga minuman dan mengubah permintaan pengguna berdasarkan perubahan cuaca. 

Ini bukan sekadar permainan untuk bersuka-suka semata tetapi turut mengajar konsep asas dalam sesebuah perniagaan itu sendiri. Jika ada dikalangan anak-anak yang punya cita-cita nak buka bisnes sendiri suatu hari nanti, permainan begini sangat sesuai. 

online-game-memasak

Makin best, games CoffeeShop init turut menunjukkan rekod jualan sebaik saja selesai pusingan berniaga. Ia dapat memperkenalkan apa itu aliran tunai niaga dengan mengoptimumkan inventori dan harga yang diletakkan oleh si pemain sambil meningkatkan formula yang disukai pengguna.

online-game

5. Open Restaurant (My favourite)

Open Restuarant membawa konsep permainan online pelayan restoran dan kafe. Pada mulanya hanya beri anak bermain, alih-alih aku sendiri ikut main di website ini. Antara permainan yang aku suka adalah Open Restaurant. 

Open Restaurant ialah permainan restoran isometrik di mana seseorang mesti bertindak sebagai pelayan, juruwang dan pembersih untuk restoran yang sibuk. 

Permainan pelayan restoran ini melakukan kerja yang hebat dengan menunjukkan betapa sibuknya restoran dan berapa banyak kerja yang perlu dilakukan oleh pelayan antara tempat duduk pelanggan, menerima pesanan, menghidangkan makanan dan mengutip bayaran. 

game-open-restaurant

Dalam permainan ini kita perlu untuk melakukan apa yang patut sebagai perkhidmatan kepada pelanggan yang datang ke restoran untuk makan. Setiap hari restoran mempunyai jumlah pendapatan sasaran. Pemain yang mencapai matlamat pendapatan akan beralih ke hari berikutnya. 

Aku sendiri cuba main permainan ini dan percaya ataupun tidak, hasil aku untuk hari pertama adalah kosong. Zero! Susah juga tau nak lepas ke fasa berikutnya walau nampak permainan ini seperti simple saja. 

game-buka-restoran

Cuba dan terus cuba, barulah berjaya melepasi fasa pertama sehingga ke fasa ke empat. Permainan ini memerlukan tahap kepantasan yang baik dan sebab itu cukup sesuai untuk anak yang berumur 10 tahun dan ke atas. 

games-online-percuma


Ada Banyak Permainan Lain Permainan Online Best, Semuanya Percuma Tak Perlu Download


Untuk membantu kanak-kanak mendapat gambaran betapa sukarnya kerja masak dan uruskan bisnes dunia makanan ini, terdapat banyak lagi pilihan permainan lain untuk di pilih.

Permainan di bawah ini juga agak menyeronokkan.

  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-fiesta/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/merge-cakes/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-snake/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/airport-rush/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-adventure/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/milk-for-cat/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/mahjong-solitaire/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/onet-fruit-classic/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/snakefalls/
  • https://www.culinaryschools.org/kids-games/plumber-soda/


Jika Mencari Permainan Online Percuma Untuk Anak, Boleh Layari Culinary Schools Untuk Dimainkan


Untuk ibubapa di lur sana, jika mahu restoran permainan memasak percuma boleh main di website permainan ini. Permainan di sini seusai untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki. Mak ayah boleh turut main sekali jika mahu. 

Permainan memasak sekolah online begini tidak hanya sekadar bermain semata-mata tetapi boleh menguji kesabaran anak dalam menyelesaikan semua misi yang berkaitan. 



Tidak kisahlah suka main permainan pelayan restoran, permainan deko kek dan sebagainya, website ini menawarkan pelbagai permainan online untuk kita semua mainkan. Bagi aku, ia boleh dianggap sebagai salah satu best restaurant games untuk dimainkan kerana terdapat pelbagai pilihan di sini.


Culinary Schools, Kids Food Games
Best Restaurant Games Online



Post a Comment for "Main Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma Online Sambil Belajar "