Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tempat Menarik & Hotel Pilihan Untuk Percutian di Beserah Kuantan Pahang

Senarai Tempat Menarik & Hotel Pilihan Untuk Percutian di Beserah Kuantan Pahang | Pantai timur merupakan desitinasi percutian tepi pantai yang popular. Selain negeri Kelantan dan Terengganu, Pahang turut mempunyai banyak lokasi menarik untuk pelancong.

Antara tempat menarik di Kuantan adalah Teluk Cempedak, Tanjung Lumpur dan juga Pantai Cherating. Selain itu ada satu lagi tempat menarik di Kuantan iaitu Beserah. 

Beserah adalah sebuah bandar pantai yang terletak di negeri Pahang. Beserah terletak kira-kira 8 kilometer utara Kuantan. Kawasan ini lebih terkenal dengan nama Perkampungan Nelayan Beserah. 

beserah-kuantan-pahang


Kampung nelayan yang terletak di antara Beserah Hill dan Batu Hitam ini merupakan salah satu tempat menarik di Beserah Kuantan. 

Satu ketika dulu, Beserah cukup sinonim dengan cerita kerbau menarik hasil tangkapan nelayan dari pantai ke darat, tapi kini semua itu hanya tinggal sejarah. 

Tradisi ini tidak lagi diteruskan oleh nelayan di Beserah kerana tiada kapal besar di situ. Yang ada hanya bot bot kecil milik nelayan yang memasuki kawasan tersebut. Namun kegiatan perikanan masih lagi diteruskan.

beserah-kuantan


Perkampungan nelayan Beserah saat ini masih lagi terkenal dengan produk hasil batik dan kraftangan yang dibuat dari kelapa. 

Sepanjang perjalanan, terdapat banyak kedai yang menjual hasil perikanan seperti ikan masin, keropok lekor, dan keropok kering. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Kilang Keropok dan ikan masin, Kilang Batik dan pantai yang terdapat disepanjang jalan di Beserah.

Antara pantai yang sering menjadi tumpuan di dalam daerah Beserah ini adalah Pantai Balok. Pantai Balok sering menjadi pilihan penggemar aktiviti sukan air lasak seperti luncur angin, luncur layar dan perahu layar.

Pantai Balok, Kuantan boleh dituju dengan menaiki kenderaan sendiri atau dengan menggunakan pengangkutan awam. Laluan ke Pantai Balok boleh dillihat pada 
Jalan Beserah Kuantan di Google Maps. 

beserah-kuantan-pahang

Tempat Menarik di Beserah dan Kuantan Pahang

 Antara tempat menarik di Beserah dan Kuantan Pahang yang patut dikunjungi adalah : 

1. Berkelah di Teluk Cempedak dan Pantai Cherating

Pantai Cemepdak dan Pantai Cherating terletak di sempadan negeri Pahang dan Terengganu merupakan satu lagi lokasi menarik yang boleh dilawati ketika bercuti di daerah Kuantan. Boleh mandi manda, lakukan aktiviti pantai dan ambil foto menarik bersama yang tersayang.

2. Lawat Santuari Penyu Cherating

Santuari Penyu Cherating  merupakan sebuah lokasi pelancongan terletak berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu. Di sini pengunjung boleh melihat penyu yang dijaga supaya tidak pupus.

3. Jamu selera di Warung Joe Mee Calong dan Keropok Beserah

Warung Joe Mee Calong merupakan sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan Pantai Beserah. Kedai makan ini pernah muncul di dalam program Jalan-jalan Cari Makan yang bersiaran di TV3. Jangan lupa untuk turut nikmati keropok Beserah yang banyak di jual di tepi-tepi jalan utama.

4. Rakam memori di Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam popular di kalangan penduduk tempatan. Pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda kerana dipenuhi dengan batu-batu hitam. Selalunya pantai ini dikunjungi untuk menghabiskan masa dengan berkelah dan bermain layang-layang.


Penting : Jika ingin mandi-manda, pastikan bendera merah tidak berkibar. Adanya Bendera merah di pantai membawa maksud keadaan di sekitar pantai sangat berbahaya untuk sebarang aktiviti di pantai dan laut.


De Rhu Beach Resort Hotel Pilihan di Pantai Balok, Beserah Kuantan 

Untuk memilih hotel berdekatan pantai di kawasan Beserah yang terletak di Kuantan ini tidak susah. Ada banyak hotel di sekitar Pantai Balok Beserah dan salah satu tempat penginapan yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara adalah De Rhu Beach Resort

de-rhu-beach-resort

Resort ini terletak berhampiran dengan Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, Kuantan. Aku ada terbaca beberapa De Rhu Beach Resort review, rata-rata daripada pelanggan memberi testimoni positif berdasarkan pengalaman menginap di De Rhu Beach Resort ini. 

Nak tahu kenapa ramai pengunjung suka menginap di sini? Di sini aku sertakan beberapa kelebihan yang ada pada De Rhu Beach Resort hingga dapat menarik perhatian ramai. 

1. Lokasi Pantai Betul-Betul Berhampiran Hotel

Lokasi De Rhu Beach Resort memang win! Hotel dengan pemandangan Pantai Balok ini benar-benar memukau pandangan. Jika bermalam di sini, boleh nikmati pemandangan saat matahari terbit dan terbenam di pantai. Tak jauh, jalan kaki je pun. 

de-rhu-beach-resort-beserah
De Rhu Beach Resort, located in Balok, Kuantan, is a popular choice for travelers. 

de-rhu-beach-resort-pahang

Pantai Balok yang panjang dengan hamparan pasir begini akan membuatkan percutian terasa sangat bermakna. Makin best, ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya menaiki ATV disepanjang pesisir pantai. 

de-rhu-beach-resort


2. Bilik Yang Besar Selesa Termasuk Wifi 

Keluasan bilik yang ada di De Rhu Beach Resort ini memang luas dan selesa untuk menginap bersama pasangan. Makin best jika dapat bilik dengan pemandangan laut (seaview). Semua bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk TV skrin. 

Jika selalu ke Kuantan hanya untuk urusan kerja contohnya, lepas ni boleh menginap dan duduk lepaskan penat di De Rhu Beach Resort untuk semalam dua. Cantik juga biliknya ni. 

de-rhu-beach-resort

Wifi pastinya menjadi keutamaan kita sekarang. Tanpa Wifi terasa susah nak berinteraksi kan? Jangan risau, De Rhu Beach Resort turut menyediakan servis Wifi percuma untuk semua jenis bilik penginapan. 

de-rhu-beach-resort-pahang

3. Kolam Renang Besar Untuk Mandi Manda

Sejak dulu hingga kini, percutian di De Rhu Beach Resort yang mempunyai swimming pool giant yang sangat menarik untuk kanak-kanak dan orang dewasa ini sering diperkatakan. Manakan tidak, bukan hanya satu tetapi tiga buah kolam renang ada di sini

de-rhu-beach-resort

Ya, De Rhu Beach Resort, Kuantan ini menyediakan 3 buah kolam renang untuk dinikmati. 

Kolam mandi sangat luas dan sesuai untuk kanak-kanak mengikut jenis kedalaman yang sepatutnya. Tapi ingat, walau kolam kanak-kanak nampak cetek tapi pengawasan ibu ayah tetap perlu diutamakan. 

kolam-renang-de-rhu-beach-resort-pahang

4. Pelbagai Pilihan Makanan Tempatan & Masakan Barat

De Rhu Beach Resort turut menyediakan cafe untuk para pengunjung. Korang boleh pilih nak makan menu makanan tempatan ataupun masakan barat. Salah satu menu yang sering mendapat pujian di sini adalah nasi kandar.  

makanan-de-rhu-beach-resort

De Rhu Beach Resort juga sering dikunjungi oleh penduduk tempatan semasa Iftar Ramadhan demi untuk menikmati makanan di sini.

Melihat gambar sudah terasa lapar, belum betul-betul makan lagi. Harap-harap prestasi kualiti makanan sentiasa di jaga. Al maklumlah, orang nak bercuti untuk rasa happy jadi pastinya nak tidur selesa dan makan sedap sebagai gabungan percutian yang mantap. 

de-rhu-beach-resort-kuantan


5. Sesuai Untuk Percutian Honeymoon Dan Family Day

Kawasan untuk De Rhu Beach Resort ini memang agak luas. Untuk honeymoon boleh jalan berdua berpegangan tangan sambil ambil foto kenangan di sepanjang pantai. 

Yang bercuti bersama anak isteri, dapat hiburkan hati anak-anak dengan temani mereka mandi manda sepuas-puasnya di kolam renang.  

Selain pantai dan kolam renang, ada juga kawasan rumput menghijau bagi melakukan pelbagai aktiviti padang. Ini bagus untuk dijadikan sebagai lokasi sambutan hari keluarga. 

family-day-de-rhu-beach-resort


6. Harga Bilik Sangat Berpatutan Dengan Pelbagai Tawaran Promosi Terkini


Harga untuk menginap di De Rhu Beach Resort sebagai percutian tepi pantai di Kuantan ini dalam kategori yang sangat berpatutan. Tak perlu susah payah call De Rhu Beach Resort contact number untuk tanya harga promosi, memang ada hotel promo yang boleh digunakan untuk menjimatkan lagi kos tempahan harga bilik di sini. 

Jika mahu bercuti dengan kadar kos yang terhad, De Rhu Beach Resort dengan taraf 3 bintang ini boleh dijadikan pilihan bercuti di sekitar Pantai Beserah Kuantan Pahang dengan harga yang sangat menjimatkan. 

Kesimpulan

Bercuti di De Rhu Beach Resort Kuantan dengan suasana tepi pantai yang menarik dapat menghilangkan tekanan penat selepas bekerja. 

Makin bermakna jika dapat bercuti di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang ini bersama pasangan dan keluarga tersayang. Jika masih single, boleh pergi bercuti bersama teman baik. 

Bestnya kalau dapat bercuti De Rhu Beach Resort ni. Tak perlu bercuti ke luar negara kerana pengalaman bercuti di De Rhu Beach Resort Kuantan bersama keluarga ini boleh juga dijadikan kenangan terindah. 



1 comment for "Tempat Menarik & Hotel Pilihan Untuk Percutian di Beserah Kuantan Pahang"

  1. thanks for sharing. nanti dah habis musim hujan bolehlah berkunjung ke resort ni

    ReplyDelete