Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Anak Sebak Jumpa Ibu Lepas Berpisah 30 Tahun

Anak Sebak Jumpa Ibu Lepas Berpisah 30 Tahun | Kita pernah dengar kisah anak diculik lebih 30 tahun bertemu semula dengan ibu kandung. Di China contohnya, ada kisah saudara kembar terpisah 30 tahun tak sengaja bertemu secara online di media sosial. 

Terasa bagaikan drama apabila ada kisah terpisah dengan keluarga selama tiga puluh tahun, dapat bertemu kembali. Tapi ini benar-benar boleh terjadi.

Terbaru, kisah ini terjadi di bumi Malaysia. Seorang pemuda akhirnya berjaya disatukan semula dengan ibu serta adik beradik kandungnya. Selepas 30 tahun berpisah. 

Melalui perkongsian di Tiktok oleh seorang perempuan bernama Puan Zila, pertemuan itu ternyata meleraikan rasa rindu si ibu pada anaknya. 

Puan Zila mengatakan pertemuan itu menyaksikan pertemuan kembali si ibu dengan adik lelakinya setelah terpisah sejak lahir lagi. 

ibu-anak-jumpa-lepas-terpisah

Dulu Daif Terpaksa Serah Anak Pada Family Angkat

Difahamkan, suatu ketika dulu keluarga mereka daif dan tidak mampu untuk membesarkan ramai anak. Itu sebabnya anak ini terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. 

Walaupun warga emas tersebut akui bersalah kerana gagal menjadi ibu yang baik selama ini, tapi si anak sama sekali tidak berkecil hati.

Kisah reunion pertemuan keluarga ini ternyata meruntun jiwa rata-rata nitizen susulan tidak mampu bayangkan betapa beratnya rindu ditanggung selama ini.

Kita dapat menyaksikan bagaimana anak ikut menangis ekoran dapat bertemu semula dengan ibu. 



jumpa-ibu-lepas-30-tahun


berpisah-ibu-anak-30-tahun


ibu-jumpa-anak-lepas-30-tahun


Pengajaran Yang Boleh Dikutip Dari Peristiwa Ini

1. Allah Maha Besar

Siapa kita untuk menidakkan kebesaran dan kekuatanNya. Allah Maha Mengetahui hinggakan walau sudah berpisah lama sejak 30 tahun, dapat bertemu kembali. 

2. Ibu Rela Tahan Rindu Demi Kebahagiaan Anak 

Ibu mana tak sedih berpisah dengan anak. Inikan pula terpaksa beri pada keluarga angkat sejak anak masih kecil. Demi kebahagiaan anak, ibu sanggup menahan rindu. 

Rindu seorang ibu pada anaknya tak boleh digambar dengan perkataan. Aku sendiri sebagai seorang ibu tak dapat bayangkan betapa berat dan sakitnya rasa rindu yang ditanggung itu. Bukan sekejap cuma, 30 tahun lamanya. 


3. Terima Kasih Pada Keluarga Angkat 

Kita sebagai nitizen, sama sekali tidak tahu jalan cerita sebenar. Siapa juga kita untuk sengaja mencari salah sesiapa. 

Disebabkan itu aku cukup bersyukur kerana anak ini dijaga oleh keluarga angkat yang dapat membesarkan anak ini dengan baik.

Kita sendiri boleh lihat keperibadian si anak hasil didikan 'mama' angkatnya.

Keluarga angkat begini elok dicontohi dapat menjaga amanah yang diberi hingga boleh bertemu dengan ibu dan keluarga kandungnya kembali. 

Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan kesempatan dan peluang untuk bertemu semula selepas 30 tahun.

berpisah-30-tahun


Inspirasi : Anak Tak Salahkan Ibu Sebaliknya Memahami Situasi Ibu  

Pada si anak, anda sangat memberi inspirasi pada kami. 

Ibu pastinya ada rasa bersalah. Memohon maaf atas apa yang berlaku. Tapi tidak disalahkan si ibu sebaliknya memahami apa yang berlaku.

Sikap ini perlu dicontohi. 

Kita sendiri sebagai anak kadangkala ada rasa terkilan dengan ibu tapi hakikatnya si ibu telah banyak berkorban untuk kita.

Dalam kisah ini contohnya walau si ibu tidak membesarkan tetapi si ibu itu yang telah berkorban nyawa untuk lahirkan si anak ini.

Ingat mudah ke bersalin tu? Ingat tak sakit?

Kesimpulan 

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Besar! 

Kehidupan kita di atas muka bumi ini pastinya di uji dengan pelbagai ujian. Kita di uji dengan ujian pada tahap yang kita mampu. 

Mungkin kadangkala kita rasa ujian itu tersangat berat, sedangkan Allah SWT tahu tahap kemampuan kita untuk menghadapinya.

Maka bersyukurlah dalam apa jua situasi. Seberat mana ujian kita, ada orang sedang lalui ujian yang lebih berat lagi. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

4 comments for "Anak Sebak Jumpa Ibu Lepas Berpisah 30 Tahun"

  1. Allahuakbar. MasyaAllah. Sebak rasa dan sangat berbangga melihat pertemuan ini. Si anak tidak menyalahkan ibu kandungnya dan menghargai mama angkatnya yang sudah memberi pendidikan terbaik kepadanya. Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. antara ibu kandung , ibu angkat dan si anak. Allah jaga dengan cara baik. sedih juga bila lihat semua ni tapi sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang kita tak tahu

      Delete
  2. alhamdulillah dpt bertemu kembali
    sedihnya
    kisah kehidupan
    semua ketentuan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. berat ujian kita, ada berat lagi ujian org lain. ibu pisah dgn anak kerana terpaksa ni, tuhan je yg tahu sakitnya mcm mana. berat tu

      Delete