Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Biodata Tya Adnan Isteri Shukri Yahaya

Biodata Tya Adnan Isteri Shukri Yahaya | Tya Adnan merupakan isteri kepada pelakon popular tanah air, Shukri Yahaya. Antara drama lakonan Shukri Yahaya yang pernah menjadi bualan ramai seperti 7 Hari Mencintaimu 1, 7 Hari Mencintaimu 2, Asam Pedas Untuk Dia, Dia Isteri Luar Biasa, Gemersik Kalbu dan banyak lagi. 

Sebelum berkahwin dengan Shukri Yahaya, Tya Adnan merupakan seorang pelakon. 

Setelah berkahwin, Tya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan dan memberi sepenuh perhatian pada keluarga. Tya Adnan turut memiliki bisnesnya sendiri dengan sokongan suami tersayang. 

tudung-tya-adnan


Biodata Tya Adnan, Isteri Pelakon Syukri Yahaya 

Nama Penuh : Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan

Nama Samaran : Tya Adnan 

Tarikh Lahir : 03 Januari 1992

Umur : 30 Tahun 

Asal : Pulau Pinang

Family Tya Adnan : Anak bongsu dari empat adik beradik

Status : Berkahwin 

Nama Suami : Shukri Bin Yahaya 

Anak : 2 orang (perempuan dan lelaki)

Nama Anak-Anak : Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl

Kerjaya : Isteri, Ibu, Pelakon dan Pemilik Butik Tya Adnan Bridal Boutique

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Warganegara : Malaysia

Filem lakonan Tya Adnan : Karak , Ular dan Sunti

Saat ini, akaun Tya Adnan memperoleh 908k Followers.

Akaun Instagram : https://www.instagram.com/tyaadnan/ 

Akaun Twitter : https://twitter.com/tyaadnan_


Gambar Family Tya Adnan 

family-tya-adnan

Tya Adnan Dulu Fair Hair Sebelum Bertudung, Kini Manis Berhijab

Beberapa gambar Tya Adnan dengan style tudung yang digayakannya. 

tudung-tya-adnan


Tarikh Tya Adnan Bercinta, Bertunang dan Berkahwin Dengan Syukri Yahaya 

Mula menjalinkan cinta : 10 Februari 2010 

Tarikh bertunang : 11 Januari 2013

Tarikh berkahwin : 20 November 2015

tya-adnan-karak

Info Tambahan Berkaitan Diri Tya Adnan

  • berkenalan dengan suami di set pengambaran filem Ular 
  • pernah menjadi duta untuk produk Ammum Materna
  • menjalankan bisnes online jual teh detoks jenama Limitoxless bersama suami
  • melahirkan anak pertama (Aaira Ameena) pada 20 Ogos 2016
  • melahirkan anak ke dua (Maleeq Miqayl) pada 
  • Shukri menyifatkan Tya sebagai pasangan paling tepat kerana bersama saat susah dan senang.
  • pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus leptospirosis (kencing tikus)
  • mengaku cemburu melihat suaminya berlakon di sisi pelakon wanita lain
  • mempunyai pendirian sendiri apabila memilih untuk tidak menonton karya suaminya di TV. 

tya-adnan-biodata

Tya Adnan Menangis LIVE, Shukri Sakat Gelak Adegan Buat Cekodok 

Pernah isteri kepada Shukri dengan nama, Tya Adnan ini membuat satu 'live' di Instagram. Tujuan 'live' itu untuk Tya menunjukkan tutorial makeup. 

‘Live’ tersebut berterusan hampir 2 jam. Walaupun pada mulanya ‘live’ itu sepertinya santai dan kelakar namun di akhirnya bertukar sedih. 

Wargamaya mula merasa sebak apabila Tya mula membuka cerita tentang ibunya yang telahpun meninggal dunia. 

Katanya, dia terlalu rindukan ibunya terutama apabila masuk bulan Ramadan. Akibat tidak dapat menahan sebak, Tya mula menangis dengan teresak-esak.

Tonton video tersebut di bawah ini : 

Kesimpulan

Setiap pelakon drama itu pastinya mempunyai kehidupan peribadi mereka masing-masing. Kehidupan di dalam lakonan drama tidak sama dengan kehidupan nyata. Sebagai nitizen, hormatilah kehidupan peribadi orang lain. 

Memadai sekadar untuk tahu biodata begini untuk kenal-kenal saja. 

Jemput join telegram kami : 

Penutup

Terima kasih sudah meluangkan waktu untuk membaca artikel ini, sampai jumpa lagi di artikel yang lain. 



1 comment for "Biodata Tya Adnan Isteri Shukri Yahaya"