Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Semak Tracking J&T Express Malaysia Online (Trace J&T Tracking Number)

Cara Semak Tracking J&T Express Malaysia Online (Trace J&T Tracking Number) | J&T salah sebuah syarikat penghantaran barang yang popular di Malaysia. J&T Express Malaysia disukai ramai kerana mampu untuk deliver parcel dengan agak cepat dan pantas. 

Antara pihak yang selalu menggunakan servis J&T Express Malaysia ini, sudah tentulah dikalangan penjual dan pembeli online. Antarnya Shopee, Lazada dan banyak lagi.

cara-semak-tracking-j&t-express-malaysia
Cara Semak Tracking J&T Express Malaysia Online


Susah tak nak guna servis J&T ni?

Bagaimana nak tahu barang dah ada kat mana?

Untuk soalan susah atau tidak untuk guna servis J&T Malaysia, jawapannya sangat mudah! Ada banyak cawangan J&T Malaysia di seluruh negara, boleh terus ke cawangan terdekat untuk urusan penghantaran barang.

Untuk tahu status terkini barang sudah ada di mana, boleh track and trace lokasi terkini barang dari masa ke semasa. 

Cara track and trace J&T ni tak susah, boleh buat secara online. Yang penting, kena ada tracking number (airway bill number)

Cara Mendapatkan Tracking Number J n T 

Setiap barang yg dihantar menggunakan j&t ni, ada tracking number atau ada yg takde tracking number?

Jawapannya, semua barang yang dihantar menggunakan J&T, memang ada tracking number. 

1. Cara mendapatkan tracking number J&T pada Airway Bill (Resit)

No tracking boleh dapat bila kita beli barang secara online. Untuk peniaga, masa hantar barang guna J&T, dekat resit semakan ada tracking nombornya. 

semak-tracking-no-j&T
tracking number J&T pada Airway Bill (Resit)

2. Cara mendapatkan tracking number J&T di Shopee

Untuk pembeli online di Shopee, tracking number J n T, ada pada bahagian order barang selepas siap membuat bayaran. 
cara-check-tracking-no-j&t-online
tracking number J&T di Shopee

No Tracking J&T Hilang, Apa Patut Buat

J&T Express delivery time selalunya makan masa dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Bila no tracking J&T hilang boleh bikin masalah kerana tak boleh nak trace and track di mana barang tu berada. Lagi-lagi jika pakej yang ditunggu lambat sampai. Naik risau jadinya. 

Cara untuk mengesan parcel J&t tanpa nombor resit atau nombor tracking, agak susah. Sebab tu, jika ada buat belian secara online pastikan untuk minta nombor tracking pada seller.

Jika nombor resit atau tracking number ada kemudian hilang, mungkin boleh mohon bantuan dari pihak J&T costumer service di talian : 

J&T HQ Contact Number 

1300-80-9000 

03-92129660

19th Floor, Mercu 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 

Panduan Semak / Track J&T Guna Tracking Number Secara Online 

Dah ada number tracking J&T, boleh terus track and trace untuk semak barangan ada di mana. Tak perlu download. Aku sebagai pembeli biasa, tak daftar untuk J&T login juga. 

Boleh terus check di website J&T dengan mudah dan cepat. Cara check tracking number J&T Express Malaysia mengikut panduan di bawah. 

1. Layari website rasmi J&T Express Malaysia di https://www.jtexpress.my/tracking

2. Masukkan tracking number pada ruangan yang telah disediakan.

3. Klik GO, enter atau Track dan status terkini barangan yang disemak akan tertera pada skrin. Tekan enter,atau tekan butang TRACK . Nanti dia akan update keadaan semasa , barang ini sudah sampai dimana.


J&T-login
Cara Semak / Track J&T Guna Tracking Number Secara Online

cara-check-tracking-no-jnt-express
Cara Semak / Track J&T Guna Tracking Number Secara Online


Jika barang yang mahu di semak statusnya itu lebih dari satu parcel, kalian boleh semak lebih dari satu nombor tracking secara serentak. Boleh check hingga 10 barangan dalam satu masa. 

Caranya letakkan simbol ' , ' untuk memisahkan semua nombor tracking J&T yang ada. Contoh nombor tracking J&T seperti '620680015075073, 627030942076526, 640405627336015'. Kemudian tekan butang Track atau Go (Enter).


Perkhidmatan semakan yang disediakan oleh J&T Express ini memudahkan orang ramai. Kita tidak lagi perlu datang ke kaunter J&T Express semata-mata untuk check status barang ada di mana.

How to Track and Trace J&T Tracking Number in English Version

1. You may visit their website at https://www.jtexpress.my/tracking 

2. Enter tracking number to track J&T Express shipments and get delivery status online.

3. You can enter your waybill number (separated by comma), it's available up to 10 waybills.

4. After insert your shipment tracking number, you can get real-time delivery status.


Kenapa tracking J&T tidak update?

Aku sendiri pernah alami masalah ni. Bila check tracking number J&T, status masih di tahap yang sama. 

Bila aku cari kenapa tracking J&T tidak update, rupanya ia berlaku disebabkan lambakan barang, hari cuti dan sebagainya. Nak tak nak terpaksa bersabar. 


Barang belum sampai, tapi status sudah 'Delivered'?

Untuk masalah ini, kalian boleh check bukti penghantaran yang turut ada di bahagian trace and track itu. 

1. Klik pada bahagian Proof Of Delivery.

track-and-trace-guna-tracking-number-j&t
Trace J&T Tracking Number

2. Masukkan 4 digit terakhir dari nombor telefon si penghantar barang tersebut dan klik pada bahagian Verify. Bukti penghantaran telah selamat dibuat akan tertera pada skrin. 

trace-tracking-no-j&t
Trace J&T Tracking Number


Setelah cek tracking J&T tadi, kalian boleh tahu beberapa maklumat berkaitan seperti :
  • Tarikh barang tersebut mula diproses oleh pihak J&T Express Malaysia
  • Proses-proses semasa penghantaran
  • Status terkini untuk barangan tersebut
  • Lokasi terkini di mana barangan itu berada
  • Bukti penghantaran untuk barangan yang telah selamat sampai ke destinasinya.

Tak perlu pergi ke mana-mana cawangan J&T, boleh terus check tracking J&T ni secara online. Kejap je dah dapat jawapan tentang status barang terkini. 

Video Cara check No tracking J&T | how to check trackin no j&t


Tak ada internet, boleh terus check barang guna tracking nombor di J&T tak?

Sudah tentu boleh. Semakan menggunakan tracking number juga tapi dengan bantuan pihak J&T sendiri.

Caranya, pastikan mendapat nombor tracking dulu kemudian boleh serahkan tracking number tersebut pada staff J&T di mana-mana cawangan yang terdekat. Mereka akan bantu membuat semakan status untuk parcel barang tersebut. 


Kesimpulan JNT Track: Cara Track JNT Express Lokasi Barang Anda

Untuk menyemak dan track status parcel J&T Express yang dihantar, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat tracking no atau airwaybill number sahaja. Sangat mudah. 

Peniaga dan peniaga online memang patut tahu cara cek semak tracking J&T Express. Bila dah tahu cara semak tracking J&T barulah mudahkan urusan. 

Untuk pembeli tu terutamanya, jika barang yang di beli tak sampai-sampai, jangan terus disalahkan penjual. Ada baiknya, trace and track guna tracking number yang di beri. Ambil tahu status barang.

Semoga panduan cara cek tracking J&T Express ini dapat memberi manfaat pada kalian semua yang memerlukannya.


Sumber : JNT Express 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

1 comment for "Cara Semak Tracking J&T Express Malaysia Online (Trace J&T Tracking Number)"