Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Nama 30 Jenis Pokok Bunga Keladi Viral Dan Harga

Senarai Nama 30 Jenis Pokok Bunga Keladi Viral Dan Harga | Malaysia sukakan sesuatu yang viral. Dan antara topik yang sedang viral dan menjadi pilihan ialah pokok keladi. Pokok bunga keladi viral. Semakin lama semakin menjadi kegilaan. Pokok keladi dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit kerana menjadi buruan ramai orang. 

Persoalannya di sini, kenapa pokok keladi viral? Adakah kerana daun keladi yang pelbagai bentuk? Adakah kerana bunga keladi yang susah nak jumpa? Atau adakah kerana daun keladi hiasan ini ada manfaatnya yang tersendiri?

Sebab utama kenapa keladi viral susah untuk dijawab. Apa yang pasti, setakat ini ada sebanyak 5,430 spesis pokok keladi dengan pelbagai corak dan warna di seluruh dunia. Daripada angka itu, 1,500 spesis tumbuh di sekitar Asia. 

Nama saintifik pokok keladi hiasan ini adalah Caladium. 

keladi-viral
pokok keladi in english adalah Caladium


Daripada jenis-jenis keladi ini, ada keladi viral biasa dan ada juga keladi jenis kayangan. 

Apa yang dimaksudkan dengan keladi viral biasa dan keladi kayangan?

Apakah perbezaan di antara keladi viral biasa dan keladi kayangan ini?

Keladi viral biasa bermaksud jenis pokok keladi hiasan yang mudah didapati di sana sini. Harganya tidak terlalu mahal dan boleh dibeli pada bila-bila masa. Stok untuk pokok keladi viral biasa ini banyak dijual sana sini. 

Untuk keladi jenis kayangan pula, ia merupakan jenis-jenis dari pokok keladi hiasan yang rare dan sukar untuk ditemui. Pokok keladi rare tahap kayangan ini selalunya hanya terdapat di beberapa tempat. Stoknya juga sangat terhad. 

Apa yang lebih mengejutkan lagi, pokok keladi viral rare ini nilainya benar-benar pada tahap kayangan dengan harga yang boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Kalah harga standard emas 916. 

Pokok Keladi Hiasan Viral Harga Mahal Hingga Kena Curi

Keladi berharga kayangan ini menjadi tumpuan ramai peminat keladi. Tak hanya itu, ia turut menjadi perhatian ramai pencuri. 

Jika dulu pencuri fokus pada kereta motor, sekarang pencuri sudah mula nampak potensi keladi yang sedang viral.

Kejadian pokok keladi yang hilang ini berlaku di banyak tempat. Bahkan, hingga boleh jadi kes polis. Antara jenis keladi kayangan yang sering menjadi perhatian si pencuri ini adalah seperti :

  • jenis keladi Caladium Ratchbury
  • jenis keladi Darth Maul Thai
  • jenis keladi Colocasia Maui
  • Alocasia New Guinea Gold / jenis keladi 916 
  • Colocasia Golden widow / Golden Queen Mask
  • keladi Topeng Firaun / Muka Firaun

Senarai 30 Jenis Pokok Keladi Hiasan Viral (Gambar, Nama Dan Harga)

Apakah jenis pokok keladi viral tahap kayangan itu?

Berapakah harga pokok keladi hiasan yang mencecah harga kayangan ini?

Di sini aku sertakan gambar, nama jenis dan harga untuk pokok keladi viral biasa hingga ke pokok keladi viral VIP tahap kayangan.

1. ID Nama Keladi Liliput

keladi-viral
keladi liliput

Harga RM6.00 di Shopee


2. ID Nama Keladi White Wing

keladi-viral

Keladi White Wing

Harga RM10.00 di Shopee

3. ID Nama Keladi Transformer

keladi-viral
Keladi Transformer

Harga RM12.90 di Shopee 

4. ID Nama Keladi White Galaxy 

bunga-keladi-viral
Keladi White Galaxy

Harga RM14.00 di Shopee

5. ID Nama Keladi Commando / Askar

bunga-keladi-viral
Keladi Commando / Askar

Harga RM15.00 di Shopee

6. ID Nama Keladi Caladium Red Dragon

bunga-keladi-viral
Keladi Caladium Red Dragon

Harga RM19.00 di Shopee 


7. ID Nama Keladi Caladium Heart Desire

pokok-keladi-viral
Keladi Caladium Heart Desire

Harga RM19.00 di Shopee


8. ID Nama Keladi Caladium Red Sun 

pokok-keladi-viral
Keladi Caladium Red Sun

Harga RM19.00 di Shopee


9. ID Nama Keladi Red Stones

pokok-keladi-viral
Keladi Red Stones

Harga RM23 di Shopee 


10. ID Nama Keladi Caladium Debutante

pokok-keladi-hiasan-viral
Keladi Caladium Debutante

Harga RM25.00 di Shopee

11. ID Nama Keladi Strawbery Pink Caladium

pokok-keladi-hiasan-viral
Keladi Strawbery Pink Caladium

Harga RM32.00 di Shopee


12. ID Nama Keladi Black Coral

pokok-keladi-hiasan-viral
Keladi Black Coral

Harga RM35.00 di Shopee 

13. ID Nama Keladi Colocasia Illustris

pokok-keladi-hiasan-viral
Keladi Colocasia Illustris

Harga RM35.00 di Shopee

14. ID Nama Keladi Caladium Melo 


harga-pokok-keladi-viral
Keladi Caladium Melo

Harga RM37.00 di Shopee

15. ID Jenis Keladi Silver Dragon

harga-pokok-keladi-viral
Keladi Silver Dragon

Harga RM37.00 di Shopee

16. ID Jenis Keladi Caladium Red Velvet

harga-pokok-keladi-viral
Keladi Caladium Red Velvet

Harga RM38.00 di Shopee

17. ID Nama Keladi Tembikai Merah Siam 

keladi-viral-di-malaysia
Keladi Tembikai Merah Siam

Harga RM40.00 di Shopee 

18. ID Jenis Keladi Hilo Beauty Caladium

keladi-viral-di-malaysia
Keladi Hilo Beauty Caladium

Harga RM40.00 di Shopee

19. ID Jenis Keladi Dragon Scale

keladi-viral-di-malaysia
Keladi Dragon Scale

Harga RM42.00 di Shopee

20. ID Nama Keladi Caladium Euphoria

daun-keladi-hiasan
Keladi Caladium Euphoria

Harga RM45.00 di Shopee 

21. ID Nama Keladi Splendid Caladium 


daun-keladi-hiasan
Keladi Splendid Caladium

Harga RM45.00 di Shopee


22. ID Nama Keladi Colocasia Lemon Lime Gecko

daun-keladi-hiasan
Keladi Colocasia Lemon Lime Gecko

Harga RM50.00 di Shopee

23. ID Nama Keladi Cat Tumpah


bunga-keladi-viral-2021

Harga RM50.00 - RM100.00 di Shopee 


24. ID Nama Keladi Pari / Alicasia Stringray 


bunga-keladi-viral-2021
Keladi Pari / Alicasia Stringray

Harga RM55.00 di Shopee

25. ID Nama Keladi Caladium Red Apple 

bunga-keladi-viral-2021
Keladi Caladium Red Apple

Harga RM135.00 di Shopee


26. ID Nama Keladi Colocasia Yellow Splash

pokok-keladi-hiasan-paling-mahal
Keladi Colocasia Yellow Splash

Harga ubi (tunas) RM100
Harga anak pokok RM210 di Shopee


Antara Jenis Pokok Keladi Viral Mahal Kayangan, Harga Hingga Ribu Ringgit 

27. ID Nama Keladi Colocasia Golden widow / Golden Queen Mask

pokok-keladi-hiasan-paling-mahal
Colocasia Golden widow / Golden Queen Mask

Harga ubi (tunas) RM360 - RM500
Harga anak pokok RM650.00 - RM750.00 di Shopee

28. ID Nama Jenis Keladi Emas 916 / Alocasia New Guinea Gold


pokok-keladi-hiasan-paling-mahal
Keladi Emas 916 / Alocasia New Guinea Gold

Harga ubi (tunas) RM360 - RM500
Harga anak pokok RM650.00 - RM750.00 di Shopee


29. ID Nama Jenis Keladi Colocasia Maui Sunrise

pokok-keladi-hiasan-paling-mahal
Keladi Colocasia Maui Sunrise

Harga anak pokok RM999.00 di Shopee

30. ID Nama Jenis Keladi Topeng Muka Firaun 

pokok-keladi-hiasan-kayangan
Keladi Topeng Muka Firaun

Harga anak pokok RM390 - RM550 di Shopee

Topeng Firaun, Antara Pokok Keladi Hiasan Paling Mahal Yang Popular

Pokok keladi hiasan paling mahal buat masa ini diberikan kepada Pokok Keladi Muka Firaun. Ada juga yang memanggil keladi hiasan ini dengan nama Pokok Keladi Topeng Firaun. 

Kelebihan pokok keladi topeng firaun ini hingga boleh menjadi viral dengan harga mahal mencecah ribuan ringgit kerana gabungan warna pada daunnya.  Gabungan warna ini mewujudkan kesan 3D yang unik ketika dilihat.

pokok-keladi-hiasan-kayangan
Keladi Topeng Muka Firaun


Ciri-Ciri Pokok Keladi Topeng Muka Firaun 

1. Semasa kecil, warna daun adalah hampir keseluruhan berwarna hijau. 

2. Semakin besar pokok keladi hiasan paling mahal ini, pada masa matang bahagian tepi daun akan melengkung ke bawah dan akan menampakkan urat ungu yang lebih banyak, lebih besar dan lebih jelas.

3. Apabila ditanam di dalam tanah, pokok keladi 'Topeng Firaun' ini boleh mencapai ketinggian sekitar 4 kaki. 

4. Pokok keladi jenis topeng firaun ini boleh ditanam di dalam bekas yang kecil. Jika tanam ke dalam bekas kecil, pokok keladi ini akan membesar sesuai dengan bekas yang digunakan. 

5. Pokok keladi viral paling mahal ini suka banyak air. 


Banyak Nursery Mula Beralih Ke Bisnes Jual Pokok Keladi Hiasan 

Dengan adanya permintaan pelanggan yang tinggi terhadap pokok keladi hiasan viral menyebabkan ramai pengusaha nursery tersenyum lebar. 

Jika dulu hobi tanam pokok hiasan hanya disukai oleh segelintir golongan, kini jualan pelbagai jenis keladi dan pokok bunga lain mampu memberi sumber pendapatan tinggi pada peniaga. 

Peminat pokok keladi pastinya suka apabila ramai peniaga pokok hiasan daun keladi muncul seperti cendawan yang tumbuh. 

Bila peniaga semakin ramai ini bermakna stok pokok keladi akan menjadi lebih mudah. Saingan dan longgokan stok pokok keladi hiasan yang semakin bertambah boleh menyebabkan pokok keladi hiasan menjadi semakin mudah untuk didapatkan. 

Jika tak mahu ke nursery, pembeli dengan mudah boleh beli pokok keladi hiasan ni di Shopee. Sebelum beli boleh bandingkan harga pokok keladi supaya sesuai dengan bajet. Pokok keladi hiasan paling mahal juga ada di Shopee jika mahu membelinya. 


Ini Pokok Keladi Hiasan Harga RM38,000

Bagai tak percaya tapi itulah hakikatnya. Ada dari jenis pokok bunga keladi viral kayangan ini yang harganya mencecah puluh ribu! RM38,000 bukan satu nilai yang murah. 

Di bawah ini gambar pokok keladi paling mahal tahap kayangan yang nilainya benar-benar setanding dengan nilai emas 916. Dah macam nak beli kereta pulak rasanya. 

pokok-keladi-hiasan-vip
Keladi Hiasan Harga RM38,000

Nilai pokok keladi paling mahal ditentukan berdasar pada beberapa perkara seperti :
  • spesis
  • rare 
  • unik
  • gabungan warna
  • bentuk daun
  • saiz dan lain-lain

Caladium Garden, Hiasan Keladi Popular Negara Barat

Jika kalian beranggapan yang pokok keladi ini hanya ada di negara Asia, kalian salah. Keladi atau in english di sebut sebagai caladium ini juga sangat popular di negara barat.

Jika penggemar keladi ini pandai susun atur tanaman pokok hiasan keladi dengan mengambil kira warna dan bentuknya, InshaAllah akan dapat realisasikan sebuah halaman yang cantik. 

pokok-keladi-hiasan-vip

taman-pokok-keladi-hiasan

taman-pokok-keladi-hiasan


Melihat pada gambar taman keladi ini, maka tak hairanlah kenapa harga pokok keladi viral di Malaysia hingga harga menjadi mahal disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari pelanggan. 

Tambah pula bila mengetahui harganya boleh mencecah ribuan. 


Kesimpulan 

Pokok keladi lazimnya tumbuh di hutan, kini diletakkan di ruang istimewa. Ramai yang mula berminat tanam pokok keladi hiasan di rumah. Koleksi pokok keladi hiasan ini benar-benar menarik perhatian. Sangat sesuai sebagai landskap. 

Soal harga, ukur baju di badan sendiri. Jika rasa mampu untuk beli pokok keladi paling mahal yang viral dan rare, silakan.

Jika rasa tak mampu dan bukannya penggemar tegar pokok keladi hiasan, tak perlulah habiskan duit hingga tahap ribuan ringgit. Ukur baju di badan sendiri (termasuk aku ini).

Semoga perkongsian nama keladi, gambar dan harganya ini dapat menjadi rujuka kepada peminat koleksi pokok keladi hiasan di Malaysia. Keladi termurah atau termahal, itu bergantung pada kehendak masing-masing. 

Rujukan : Kelab Peminat Keladi  & Bharian


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join  : 

1 comment for "Senarai Nama 30 Jenis Pokok Bunga Keladi Viral Dan Harga "

  1. Kalau dulu sebut keladi, cuma keladi yang ada buahnya dan batangnya yang boleh dibuat sayur. Tapi sekarang orang mana-mana cari keladi hiasan. Beraneka jenis.

    ReplyDelete