Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Saiz Imej Media Sosial Terbaik untuk 2022 di Malaysia

Apabila menggunakan sosial media, paparan gambar yang cantik boleh memberi impak yang lebih baik. Gambar ini tidak hanya bergantung pada cara ambilan gambar semata-mata, saiz ukuran gambar itu sendiri perlu diberi perhatian. 

Tidak semua rangkaian sosial ini mempunyai ukuran gambar imej yang sama. Sebab itu, gambar yang digunakan pada Facebook boleh jadi tidak sesuai digunakan pada Instagram, contohnya. 

Platform media sosial sentiasa berubah dari segi saiz dan format imej bertujuan untuk mengekalkan paparan yang baik di handphone, tablet, komputer meja, komputer riba dan sebagainya.  


Kenapa imej di media sosial ini penting?

Di media sosial, pengguna lebih menggemari visual (imej gambar) berbanding teks (penulisan). Gambar itu sendiri selalunya dapat menjadi penarik untuk orang lain 'klik' sesebuah story itu untuk di baca. 

Walaubagaimanapun, setakat gambar saja menarik tapi saiz yang digunakan tidak betul, suda menjadi seperti satu kecatatan pada gambar tersebut. Kerana itu, proses mengedit gambar yang baik dengan meletakkan saiz imej yang betul adalah sangat penting.

Apakah saiz imej yang tepat untuk digunakan pada media sosial di Malaysia?

Artikel ini berkongsi senarai saiz imej akaun media sosial di Malaysia. Akaun media sosial yang dimaksudkan ini adalah Facebook, Instagram dan Twitter.

Panduan Saiz Imej Media Sosial Terbaik untuk 2022 di Malaysia 

1. Saiz Imej Terbaik untuk Facebook

Saiz imej di Facebook terbahagi kepada TIGA bahagian iaitu facebook profile picture, cover photo dan shared facebook image

i) Facebook Profile Picture / Gambar Profile Facebook

Gambar profil imej paling penting. Imej profil dipaparkan sebagai segi empat sama, jadi harus memuat naik gambar segi empat sama yang mewakili jenama atau diri masing-masing. 

Gambar profile ini sepatutnya foto diri sendiri untuk akaun peribadi dan logo perniagaan untuk facebook tujuan berniaga (halaman facebook). 

Imej profil untuk akaun facebook peribadi terletak di bahagian atas sebelah kiri. Untuk halaman berniaga pula pada bahagian atas di tengah-tengah.

Saiz imej minimum untuk facebook profile picture ini adalah 180 x 180 piksel. 


ii) Cover Photo / Header 

Halaman muka depan yang tidak diletakkan apa-apa 'kosong' menunjukkan yang halaman itu dikendalikan oleh seseorang yang madih di tahap amatur di Facebook. 

Satu lagi kesilapan biasa yang biasa dilakukan apabila meletakkan gambar yang tidak ada kaitan dengan diri atau jenama yang ingin ditunjukkan.

Kesilapan lain, saiz yang digunakan tidak sesuai hingga mengakibatkan gambar tersebut 'crop' (terpotong) dan nampak tidak cantik. 

Pemilik halaman facebook harus menggunakan ruang ini untuk menggambarkan sesuatu yang memberi gambaran tentang sifat diri atau bisnes seseorang itu. Bahagian ini penting kerana ada kaitan dengan jenama. 

Saiz dan spesifikasi rasmi untuk foto muka depan Facebook ialah : 

Saiz minimum 400 x 150 piksel

Saiz paparan: 820 x 312 piksel (desktop) dan 640 x 360 piksel (telefon pintar) 

Sebaiknya guna fail PNG kerana mutu kualiti gambar PNG adalah lebih baik. 



Contoh Gambar Profile dan Cover Header di Facebook



2. Saiz Imej Terbaik untuk Instagram 

Instagram dengan pantas menjadi rangkaian sosial pilihan bagi mereka yang mempunyai cita rasa visual. Ia amat popular dalam niche seperti fesyen dan kecantikan, hiasan rumah dan reka bentuk. Instagram mungkin platform kegemaran pada masa ini untuk pemasaran influencer.

i) Instagram Profile Picture

Seperti kebanyakan rangkaian sosial, menggunakan gambar profil di Instagram sebagai avatar untuk diri sendiri. Avatar ini maksudnya 'trademark jelmaan' untuk digunakan sebagai wakil diri di media sosial. Boleh diletakkan Avatar ini dalam bentuk logo atau gambar diri sendiri. 

Spesifikasi rasmi untuk gambar profil Instagram ialah gambar segi empat sama

Saiz muat naik yang disyorkan adalah 110 x 110 piksel 



ii) Instagram Photo Thumbnails


iii) Instagram Photos

Imej (dan video) Instagram adalah nadi Instagram. Kalian boleh memuat naik ini daripada pelbagai sumber. 

Saiz dan spesifikasi rasmi untuk Foto Instagram ialah : 

Saiz muat naik maksimum: 1080 x 1080 piksel (persegi, mendatar) dan 1080 x 1350 piksel (menegak)


iv) Instagram Stories

Cerita Instagram kini sangat popular. Ini biasanya menegak. Kalian boleh menambah imej dan klip video tambahan pada bahagian Cerita ini tapi hayatnya hanya 24 jam. 

Saiz dan spesifikasi rasmi untuk Instagram Stories Photos ialah yang disyorkan : 1080 x 1920 piksel Saiz fail maksimum: 4GB



3. Saiz Imej Terbaik untuk Twitter 

1) Imej Profile 

Saiz dan spesifikasi rasmi untuk gambar profil Twitter yang disyorkan : 400 x 400 piksel 

 Jenis imej yang dibenarkan termasuk .JPG, .GIF atau .PNG

ii) Twitter Header Photo

Saiz dan spesifikasi rasmi untuk foto pengepala Twitter  yang disyorkan: 1,500 x 500 piksel 

 Jenis imej yang dibenarkan termasuk .JPG, .GIF atau .PNG


Maksud Infografik Untuk Kegunaan Media Sosial 

Gambar + Info = Infografik 

Infografik yang berkesan termasuk : Grafik berkualiti tinggi Data semasa dan relevan Organisasi yang baik Keseimbangan teks dan ilustrasi

Cara Buat Infofrafik Cantik Dan Cepat Dengan Mudah 

1. Mulakan dengan Canva 

2. Pilih templat dan terokai pelbagai templat infografik yang ada

3. Gunakan alat carian untuk mempersempit pilihan anda mengikut tema, warna, gaya dan banyak lagi. 

4. Sesuaikan reka bentuk infografik anda Mulakan dengan templat dan pecahkan dalam mana-mana jumlah arah kreatif. Tukar teks, warna, fon dan latar hanya dengan beberapa klik. 

5. Sempurnakan reka bentuk dengan elemen yang sesuai (upload) atau guna bahan sedia ada di Canva yang dipenuhi dengan berjuta-juta imej, ilustrasi dan grafik. 

6. Muat turun dan simpan infografik anda sebagai PNG, JPG atau GIF. 

7. Kongsi di media sosial, benamkan ke laman web atau cetak untuk rujukan yang berguna.



3 comments for "Panduan Saiz Imej Media Sosial Terbaik untuk 2022 di Malaysia"

  1. lama betul ray tak singgah blog akak

    ReplyDelete
  2. untuk blog takde? thanks for info. saya pun suka guna canva. untuk blog suka guna ratio 2:3 sebab boleh link ke pinterest

    ReplyDelete