Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik | Tahun 2021 negara kita menyaksikan banyak ujian. Pandemik yang belum berakhir sepenuhnya, ditambah pula dengan musibah banjir pada akhir Disember 2021 yang lalu membuatkan rakyat mula rebah.
Aku sebagai salah seorang mangsa banjir besar yang berlaku pada tahun 2014, cukup faham akan situasi ini. Bukan mudah untuk kembalikan semangat yang hilang. Antara golongan yang sangat terkesan adalah peniaga-peniaga dan usahawan.
"Barang dalam kedai semua dah rosak"
"Kedai saya tak ada insurans untuk banjir"
"Bagaimana saya nak mula berniaga semula?"
Menyedari situasi golongan usahawan yang terkesan dengan ujian Allah SWT ini, RichWorks tampil untuk sama-sama meringankan masalah para peniaga ini.
RichWorks Bantu Rakyat Kerana Faham Situasi Yang Berlaku
Nama RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) memang sudah tidak asing lagi dalam negara kita. Mungkin ada yang menganggap RichWorks hanyalah sekadar sebuah syarikat yang hanya gah pada nama, hakikatnya RichWorks lebih dari itu.
Pengasas RichWorks sendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19.
Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia kerana Covid-19 dan Dr Azizan sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik.
Bagi Dr Azizan sendiri, kesembuhan itu merupakan peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya.
Peluang yang ada digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam Richworks Academy bimbingannya.
Berkaitan musibah banjir, pihak RichWorks turut rasa terkesan tapi untuk patah semangat tidak sesekali.
Tak Putus Harapan Kerana Yakin Ada Sinar Kejayaan
Dengan tidak menyalahkan takdir, Dr Azizan segera bangkit!
Kehilangan ahli keluarga dan keadaan kesihatan diri yang baru sembuh tidak menghalang semangat beliau untuk kembali berjuang.
Buktinya, tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri oleh ribuan orang.
Untuk apa beliau bersusah payah begini?
Tak lain dan tak bukan untuk bantu para golongan usahawan untuk kembali berdiri dan menapakkan kaki untuk terus berpijak. Jangan putus asa.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa dijayakan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.
Secara keseluruhannya pada tahun 2021, RichWorks membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada tahun lalu.
Keprihatinan RichWorks Diangkat Dalam Dewan Rakyat
Hasil dari apa yang telah dilakukan itu, salah satu program Richworks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
RichWorks diiktiraf dalam membantu wanita.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga."
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
From Zero To Million, Di Sini Bermulanya Usahawan Jutawan
Sejak mula ditubuhkan hingga ke hari ini, RichWorks masih terus mendapat perhatian dari kebanyakan usahawan dalam negara ini.
Buktinya, tahun lalu turut menyaksikan jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks (Titanium, Spire dan EliteX) berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Richworks Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire Richworks) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire, RichWorks menyediakan didikan dan tamparan semangat kepada para usahawan untuk capai jualan RM1 juta pertama dalam masa setahun, Alhamdulillah sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks turut mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021 itu.
Siapakah RichWorks ini sebenarnya?
Kenapa ramai usahawan berjaya capai hasil juta-juta selepas bersama RichWorks?
Untuk kalian yang masih belum kenal 'rapat' dengan RichWorks, suka untuk aku maklumkan yang RichWorks merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia pada ketika ini.
RichWorks amat terkenal dari segi segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan untuk sesebuah syarikat.
Sejak tahun 2008 lagi, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks untuk menjadi seakan 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 nanti.
Video Perjalanan dan Perjuangan RichWorks Tahun 2021
RichWorks International adalah sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan.
Di sini aku sertakan sekali video perjalanan RichWorks di tahun 2021. Melalui video ini kita sama-sama dapat melihat sebahagian daripada kejayaan yang berjaya direkodkan oleh team RichWorks pada tahun lalu.
Bagaimana nak join RichWorks?
Berapa harga seminar Dr Azizan?
Suka untuk aku maklumkan sekali lagi. Dr Azizan Osman bersama team RichWorks kelolaannya, sentiasa menyediakan banyak program secara percuma.
Untuk maklumat lanjut berkaitan boleh terus ke website rasmi RichWorks.
Kesimpulan
Tak kenal maka tak cinta. Tak usaha maka tak berjaya. Tak tuntut ilmu maka tak mampu nak terus maju. Walaupun dunia perniagaan ini seakan mudah untuk berjaya, hakikatnya dunia usahawan memerlukan Mentor.
Dengan bantuan mentor seperti RichWorks, para usahawan boleh luaskan pandangan mata hati minda untuk membawa perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Makin kita berjaya, makin ramai orang lain yang kita boleh tolong bantu. Begitulah juga dengan RichWorks.
Selaku seorang rakyat biasa, semestinya aku berterima kasih dengan adanya pihak yang sudi membantu rakyat tentang dunia perniagaan yang sebenar seperti RichWorks.
Sempena tahun 2022 yang sudah menjelma ini, aku doakan semoga RichWorks semakin maju. Semoga dapat membantu lebih ramai usahawan lain juga.
Moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala usaha RichWorks. Teruskan usaha murni kalian untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.
Aamiin.
Share
14 comments
for "Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik"
Selalu ingat program sebegini kena bayar mahal-mahal, rupa-rupanya ada yang percuma. Banyak pula tu program percuma yg disediakan. Nak tak nak saja nak join ni.
Greetings from Turkiye:)
ReplyDeleteBanyak program Richworks untuk usahawan bangkit. semoga dipermudahkan...
ReplyDeleteSha pun pernah masuk program percuma Richworks ni... yang free laa.. tu pon dpt mcm2 dahh...
ReplyDeleteSelamat maju jaya buat RichWorks
ReplyDeletesemoga terus sukses bawa perubahan dalam komuniti perusahawanan.
ReplyDeleteHaritu join kelas free RichWorks, Macam² ilmu dapat.
ReplyDeleteTerbaik.. RichWorks byk bantu dan bimbingan buat usahawan
ReplyDeleteBantuan yang sgt diperlukan usahan buat masa skrg.. nak naikkan balik bisnes
ReplyDeleteTahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan
ReplyDeleteAlhamdulillah. ramai usahawan berjaya lepas pandemik.
ReplyDeleteamazed sgt bila baca.
ReplyDeleteTahniah Richworks..banyak membantu usahawan baru..:)
ReplyDeletesyabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni
ReplyDeleteSelalu ingat program sebegini kena bayar mahal-mahal, rupa-rupanya ada yang percuma. Banyak pula tu program percuma yg disediakan. Nak tak nak saja nak join ni.
ReplyDelete