Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gembira Lihat Anak Berjaya, Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman

Gembira Lihat Anak Berjaya, Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman | Nama Datuk K, siapa yang tak kenal. Suami kepada penyanyi tersohor Siti Nurhaliza ini telah lama meniti di bibir masyarakat kita sebagai salah seorang usahawan yang berjaya dalam Malaysia. 

Tidak hanya tertumpu kepada kisah kehidupan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K semata-mata, nitizen turut memberi perhatian terhadap anak Datuk K yang bernama Asyraf Khalid. 

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, nitizen ternyata sedikit terkejut apabila diberitahu oleh Datuk K sendiri bagaimana kehidupan anaknya itu berubah selepas menjadi anak didik kepada Mentor Usahawan terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

datuk-k-berterima-kasih-pada-azizan-osman
Gembira Lihat Anak Berjaya, Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman 

Datuk K Dedah Perubahan Positif Asyraf Disebabkan Azizan Osman 

Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bernama Asyraf Khalid ini disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kenyataan ini didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang lebih sudah lama terbiasa dengan panggilan Datuk K oleh orang ramai.


Sebagai seorang bapa, pastinya Datuk K sangat terharu dengam kejayaan dan perubahan positif yang berlaku ke atas diri anaknya itu.


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana berjaya membimbing anaknya dari hanya seorang yang biasa-biasa sehingga menjadi seorang yang luarbiasa. Perubahan ini bukan saja terjadi dalam bisnes malah dalam kehidupan seharian anaknya itu. Semua ini berlaku dalam tempoh 3 tahun saja. 



Asyraf Dah Lama Simpan Angan Untuk Banggakan Datuk K


Ucapan tersebut dibuat ketika makan malam sempena sambutan hari lahir Datuk K di rumah kediamana utama keluarga Datuk K pada hari Isnin yang lalu. Menurut Asyraf, beliau sudah lama pasang angan-angan dan impian untuk menjadi salah seorang anak yang dapat membanggakan orang tua.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

Asyraf meluahkan segalanya dalam sebuah status pautan Instagram dan telah ditonton hampir 25,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja selepas dikongsikan pada umum.



Dulu Budak Nakal Dan Rasa Sangat Tak Berjaya

Asyraf turut memberitahu yang beliau dulu merupakan seorang budak nakal. Beliau juga sering mengecewakan bapanya. Terdetik di hati betapa dirinya sangat tidak berguna kerana gagal untuk menjadi seorang anak yang boleh dibanggakan. 

Asyraf pernah seperti orang lain dengan menyalahkan dirinya sendiri sebagai seorang yang sangat tak berjaya. Walaubagaimanapun, beliau tetap nekad untuk tidak terus putus asa. Bagi Asyraf masanya masih belum tiba dan perjalanan hidupnya sendiri masih jauh untuk diteroka.

Dengan azam untuk berjaya bersama pegangan, tanpa ilmu segalanya tak akan ke mana maka Aysraf nekad untuk menuntut ilmu dari Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Asyraf yakin program Titan RichWorks berjaya membantunya dalam menjadi seorang insan yang lebih baik berbanding dulu.

datuk-k-terima-kasih-azizan-osman
Asyraf Khalid bersama Mentor Dr Azizan Osman

Hasilnya, tanpa kenal erti putus asa bersama usaha menuntut ilmu dan mempraktikkan segala ajaran mentornya selama 3 tahun ini, Asyraf kini boleh diberi pujian kerana berjaya membawa nama perniagaannya ke tahap yang agak tinggi. 

Dengan adanya hasil kejayaan ini, beliau sangat bersyukur apabila bapanya sendiri meluahkan rasa bangga penuh gembira buat pertama kali di hadapan mentornya sendiri. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Dr Azizan Osman Mentor Terbaik - Asyraf 

Bila bercerita tentang diri Datuk Seri Dr Azizan Osman, Asyraf melihat Dr Azizan Osman ini sebagai mentor yang terbaik buat dirinya. Dr Azizan Osman bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan Allah Maha Esa. 

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

datuk-k-beri-penghargaan-pada-Azizan-Osman
sambutan hari lahir Datuk K
 

Bantulah Usahawan Yang Masih Merangkak - Datuk K

Sebagai seorang usahawan yang sudah lama menapak dalam dunia bisnes, Datuk K turut mengingatkan golongan usahawan yang telah berjaya supaya tidak melupakan mereka yang masih sedang berusaha untuk mengecap sebuah kejayaan. 

Bagi Datuk K, bila sudah berjaya perlu bantu individu lain yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan yang sama. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Kesimpulan, Kejayaan Asyraf Khalid Patut Dijadikan Inspirasi

Rezeki tak datang bergolek dan kejayaan juga tak akan datang sendiri tanpa sebuah usaha. Untuk berjaya jangan kenal erti putus asa. Jika dirasakan susah maka segeralah mencari mentor untuk bantu tunjukkan jalan. 

Ambil contoh apa yang telah diperolehi dan dilalui oleh Asyraf. Selagi belum berjaya beliau teruskan usaha untuk berjaya. Selagi belum mampu berjalan sendiri beliau terus berjalan beriringan dengan mentornya supaya tidak tersesat jalan. 

Apa yang diajar mentor, beliau ikut dengan penuh konsisten untuk berjaya. Hasil usaha lelah dan titik peluhnya itu, Allah SWT Yang Maha Penyayang Pemurah telah gantikan dengan sebuah kejayaan yang diidamkan. 

Secara tidak langsung, bapa ikut berbangga dan bergembira dengan perubahan positif yang berlaku pada diri si anak. Alhamdulillah. 

Akhir kata semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi dan jika ada di antara kalian yang masih sedang struggle di dalam dunia perniagaan, masih tidak tahu jalan yang betul bagaimana untuk berjaya, boleh ikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks Anjuran Richworks dan Azizan Osman, boleh terus layari www.richworks.com.

Kejayaan Richworks lahirkan jutawan sudah lama kita tahu. Mungkin dengan bergelar anak didik Dr Azizan Osman, kalian dapat mencapai kejayaan yang sama seperti Asyraf. 

Aamiin. 

Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Window Shopping Malaysia 

Post a Comment for "Gembira Lihat Anak Berjaya, Datuk K Berterima Kasih Pada Azizan Osman "