Cara Buat Link Whatsapp Dengan Teks Ayat Sendiri
WhatsApp Link Generator! Cara Buat Link Whatsapp Dengan Teks Ayat Sendiri | Sekarang ini, ramai di antara kita yang terjebak dengan bisnes online. Perniagaan atas talian merupakan salah satu sumber pendapatan yang menjadi pilihan ramai kerana boleh dilakukan di rumah secara santai mahupun secara serius sepenuh masa.
Whatsapp pula merupakan salah satu kaedah mudah untuk digunakan bagi menghubungi seseorang. Antara golongan yang banyak menggunakan whatsapp adalah seller / peniaga online.
Tutorial mudah cara buat link WhatsApp ini dapat memudahkan orang lain menghantar mesej WhatsApp terus tanpa perlu save nombor telefon.
Cara Buat Whatsapp Sendiri |
Kelebihan WhatsApp
WhatsApp boleh digunakan untuk banyak kegunaan. Antara kelebihan whatsapp ini pada pengguna adalah seperti yang di bawah ini.
1. whatsapp dapat memudahkan orang lain menghantar mesej WhatsApp terus tanpa perlu save nombor telefon.
2. menjimatkan masa untuk menghubungi seseorang sama ada dalam bentuk mesej atau panggilan whatsapp
3. percuma tanpa perlu membuat apa-apa bayaran
4. boleh digunakan di telefon bimbit, laptop mahupun komputer rumah
5. boleh buat link whatsapp dengan teks ayat sendiri dengan mudah dan cepat
Melalui artikel ini dikongsikan tutorial mudah cara buat link WhatsApp dengan ayat teks untuk pelbagai kegunaan.
Banyak cara buat link whatsapp ini sebenarnya, tapi di sini akan dikongsikan cara yang lebih pantas dan mudah tanpa perlu save nombor telefon.
Tutorial Cara Buat Link Whatsapp Dengan Teks Ayat Sendiri
Ini cara buat link Whatsapp untuk FB, IG, dan sebagainya. Bila kita tekan link tu, customer dapat terus direct message ke Whatsapp kita tanpa perlu save nombor telefon ke hp dan tanpa perlu download apa-apa.
Maksudnya, klik link dah boleh terus contact melalui whatsapp. Kaedah ini juga merupakan cara buat link whatsapp nama sendiri yang cukup mudah. Jika sedang mencari cara buat link Whatsapp paling mudah tanpa perlu apa-apa pendaftaran, pastikan follow ikut cara tutorial ni.
1. Pergi ke https://create.wa.link/
2. Masukkan nombor telefon bimbit pada bahagian "Type your WhatsApp phone number"
3. Masukkan teks ayat sendiri pada bahagian "Custom message"
4. Tekan preview untuk lihat hasilnya dan jika sudah berpuas hati, klik pada bahagian "Generate my wa.link".
Cara Buat Link Whatsapp Dengan Teks Ayat Sendiri |
Cara Buat Link Whatsapp Business Untuk Guna di Tiktok IG Facebook
Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Sendiri
1. COPY STRUKTUR UTAMA LINK BERIKUT
Salin semula (copy) struktur url berikut:
https://wa.me/6
Struktur url ini khas untuk penduduk Malaysia (nombor Malaysia).
Jika anda dari negara jiran seperti (Singapura, Indonesia atau Brunei) gantikan nombor 6 dengan kod negara anda.
Boleh rujuk country codes dekat sini: countrycodes.org. Tapi, sebelum guna buang dahulu simbol + dan juga 0.
2. TAMBAH NO WHATSAPP ANDA PADA BAHAGIAN PADA BAHAGIAN AKHIR STRUKTUR TERSEBUT
Contohnya no anda adalah: 0123456789, maka menjadi:
https://wa.me/60123456789
Nombor yang digunakan tidak boleh mengandungi jarak (space) ataupun simbol-simbol lain seperti sengkang (-) atau tambah (+)
Dan link WhatsApp anda sudah siap. Boleh terus guna.
Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor |
3. TAMBAH TEKS AYAT SELEPAS NOMBOR TELEFON
Jika nak sediakan text agar customer tak perlu susah-susah nak taip, boleh boleh buat seperti ini :
https://wa.me/60123456789?text=
Pastikan tidak ada jarak (space).
4. ENCODE TEXT ANDA
Pergi ke laman ini: Url Encoder.
Taip masuk text anda. Contoh: PM harga tuan.
Klik pada butang ‘Encode‘ dan seterusnya copy text yang terhasil.
Untuk contoh tadi ia akan menjadi: PM%20harga%20tuan
5. LETAKKAN MESEJ TERSEBUT PADA BAHAGIAN AKHIR LINK ANDA
https://wa.me/60123456789?text=PM%20harga%20tuan
Link berserta text sedia ada untuk whatsapp anda sudah siap.
Kesimpulan
Dengan adanya link whatsapp dengan nama sendiri ini, ia dapat memudahkan pelanggan untuk menghubungi seller tanpa perlu menyimpan nombor telefon si peniaga online tersebut ke dalam handphone.
Customer lebih suka dengan cara ini kerana ianya sangat mudah dan pelanggan dapat terus menghubungi si peniaga dengan pantas. Link whatsapp ini bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pintar, malah boleh juga digunakan pada komputer riba dan komputer rumah.
Semoga panduan cara untuk buat link whatsapp mudah dengan teks ayat nama sendiri ini dapat memberi manfaat. Selamat mencuba.
Rujukan :
Oh baru tau yang pasal encode tu..biasanya buat yang memula tu je untuk buat mesej kat link whatsapp
ReplyDeleteilmu baru ni. Thanks for sharing
ReplyDelete