Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini?

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini? | Bila bercakap tentang isu beli rumah, rata-rata antara kita memang dah lama teringin nak ada rumah sendiri. Memiliki rumah sendiri ini sudah menjadi impian semua orang kerana punya kediaman peribadi akan membuatkan kira merasa lebih terjamin masa depan. 

Bayangkan, sudah di usia warga emas tapi masih tinggal di rumah sewaan, bukankah agak kurang menjamin masa depan. Bagaimana nak bayar sewa rumah jika kudrat untuk bekerja juga sudah tidak sekuat dulu di waktu masih muda bertenaga.

Maka, adalah sangat beruntung untuk mereka yang sudahpun miliki rumah kediaman sendiri untuk tinggal bersama pasangan dan anak-anak. 

beli-rumah

Kalau korang rasa yang umur dah makin tua, dan dah tak larat nak menyewa. Jadi bercadang nak miliki hartanah. Korang ada dua pilihan: 

1. Beli rumah subsale, juga dipanggil sebagai rumah second hand. 

2. Beli rumah baru, juga dikenali sebagai rumah undercon.

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini?

Inilah persoalan yang sering berlegar-legar di dalam kepala kita sekarang. Hadirnya pandemik Covid-19 membuatkan diri kita mula merasa was-was untuk membeli itu dan ini. Masing-masing takut untuk berbelanja lebih kerana kewangan yang agak terhad untuk dibelanjakan. 

Sedangkan, jika dibaca pada perkongsian yang dikongsikan oleh pemaju-pemaju hartanah melalui website mereka, waktu pandemik ini dikatakan sangat bagus untuk membuat pembelian rumah kediaman. Sebagai contoh, waktu ini pemaju berlumba-lumba menawarkan pelbagai pakej untuk menarik pembeli. 

Ada pemaju menawarkan harga diskaun ke atas rumah yang dijual, ada juga pemaju yang menawarkan barangan elektrik percuma sebagai hadiah tambahan. 

Tak kurang, ada juga pemaju yang menawarkan servis pengurusan pinjaman termasuk upah guaman bagi meringankan kos ke atas pembeli. Ini semua disebabkan nilai sedang jatuh akibat Covid 19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Cara?

Boleh lihat video di bawah ini sebagai panduan asas untuk beli rumah pertama. Tips ini dikongsikan oleh Tuan Arif Hussin, salah seorang perunding hartanah yang agak terkenal di Malaysia. 

Cari Kediaman Yang Ingin Dijual Secara Online

Untuk tahu kediaman yang ingin dijual untuk seluruh Malaysia ini tidak susah. Kita boleh layari beberapa website yang sememangnya sudah ada untuk memaparkan jenis-jenis kediaman yang sedang ingin dijual buat masa ini. Antaranya Mudah.My , PropertyGuru dan iProperty

Untuk Mudah.my contohnya, boleh terus cari rumah kediaman yang sedang ada dalam market sekarang mengikut lokasi yang diinginkan.

rumah-di-mudah.my

Pelbagai jenis rumah ada ditawarkan untuk tatapan para pembeli. Antaranya ada rumah jenis banglo, rumah jenis Semi-D, rumah jenis kondominium, flat, teres, rumah berkembar, rumah kos murah dan lain-lain. Tepuk dada tanya pendapatan sendiri mampu beli yang mana.

Cara Untuk Tahu Tahap Kemampuan Sendiri Sebelum Beli

Salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan untuk tahu sama ada mampu untuk membeli rumah atau belum, adalah dengan membuat pengiraan kasar sendiri. Untuk membuat pengiraan ini tak susah kerana ada mesin kira online yang boleh digunakan untuk membuat pengiraan pendapatan masing-masing. 

Salah satu kaedahnya, boleh gunakan kalkulator pinjaman rumah di 
https://www.mortgagecalculator.uk/affordability/ untuk bantu buat pengiraan. Dengan membuat pengiraan ni, korang boleh tahu kelayakan untuk membeli rumah berdasarkan gaji yang diterima dari majikan.

kalkulator-kira-beli-rumah

Tips Beli Rumah Terbaik Untuk Masa Depan 

Daripada perkongsian yang diberikan oleh Tuan Arif Hussin lagi, terdapat 2 tujuan utama kenapa pembeli ingin membeli sesebuah rumah kediaman itu. Sebab yang pertama beli rumah untuk duduk dan sebab yang kedua beli rumah untuk pelaburan.

1. Beli Rumah Untuk Duduk 

Untuk beli rumah buat duduk bersama keluarga, ada beberapa tips yang perlu diambil kira iaitu :

  • Beli ikut kemampuan
  • Beli rumah dekat dengan tempat kerja
  • Kaji persekitaran
  • Ambil kira kos tambahan hartanah strata
  • Banglo, rumah berkembar dan kondominium berkepadatan rendah adalah pilihan baik jika anda perlukan privasi.

2. Beli Rumah Sebagai Pelaburan 

Beli rumah untuk pelaburan pula sedikit berbeza dengan beli rumah untuk duduk. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah : 
  • Lokasi 
  • Pulangan sewa 
  • Potensi masa depan untuk kenaikan harga dan sewa 
  • Berapa lama untuk anda terima balik tunai yang dilaburkan
  •  Pulangan tahunan atas pelaburan


Contoh Perumahan Teres Dengan Harga Mampu Milik 

Ini contoh salah satu projek perumahan luar bandar yang menawarkan harga mampu milik daripada Hua Yang Berhad yang terletak di Bandar U Seri Iskandar di Perak. Ianya adalah projek yang menawarkan pembangunan rumah mampu milik terutamanya untuk penjawat-penjawat awam dan pasangan yang baru berkahwin. 

Centaurea (Rumah Teres 1 ½ Tingkat)

beli-rumah-baru


Keluasan: Jenis A 20’ x 65’ dan Jenis B 22’ x 60’ 
Jumlah unit: 335 unit 
Bilik: 4 buah 
Bilik Air: 3 buah 
Harga: dari RM 237,500

Menariknya, projek perumahan Centaurea turut menawarkan Skim Mudah Milik! Antaranya ialah tanpa kos pendahuluan, fi guaman, dan duti setem yang ditanggung oleh pemaju. Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi pra-pelancaran, di http://huayang.com.my/bandaruseriiskandar/

Kesimpulan

Sebelum korang nak beli rumah pertama, korang kena pastikan korang betul-betul mampu dari segi kewangan. Berapa gaji minimum untuk korang mampu nak beli rumah? RM3,000 cukup ke? RM4,000 macam mana? 

Untuk membeli rumah, ramai pakar kewangan menasihati ansuran bulanan tak boleh melebihi satu pertiga (⅓) daripada pendapatan isi rumah korang. 

Katakan korang mempunyai jumlah pendapatan gabungan dengan pasangan korang sebanyak RM12,000. 

Buat pengiraan ⅓ jumlah pendapatan tersebut dan korang akan dapat RM4,000. Ini bermakna ansuran rumah pertama korang mestilah tak lebih dari RM4,000. Kalau korang nak periksa kelayakan pinjaman, korang boleh cari kalkulator “kelayakan pinjaman perumahan” di internet.

Semoga bermanfaat.

Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Window Shopping Malaysia 

Post a Comment for "Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini?"