Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Buat Bisnes Amway Cara Online Untuk Tambah Pendapatan

Pengalaman Buat Bisnes Amway Cara Online Untuk Tambah Pendapatan | Nama Amway memang dah lama bertapak di Malaysia. Apa yang mengejutkan rupanya sejak aku masih kecil, mak pernah beli dan guna produk Amway. Tak sangka sudah berpuluh-puluh tahun, Amway masih bertahan dan kekal berdiri dengan lebih kukuh. 

Apa yang membuatkan aku mula berminat untuk 'berkenalan' dengan Amway disebabkan produk-produk jenama ini yang sangat viral di Tiktok. 

Hampir tiap hari akan ternampak video pengguna yang jatuh cinta dengan produk-produk jenama Amway. 

Akhirnya aku berminat untuk cuba produk-produk Amway ni. Apa yang aku fikir, dari aku belanjakan duit untuk beli barang keperluan harian rumah di pasaraya, ada baiknya aku beli dan cuba produk Amway. 

Aku terus mulakan langkah pertama Amway dengan membeli produknya. Antara produk pertama yang aku berminat nak cuba adalah ubat gigi Glister. Selain ubat gigi Glister aku juga turut berminat dengan produk-produk Amway yang lain. Boleh rambang mata dibuatnya!

pengalaman-bisnes-amway
mulakan langkah pertama amway


Guna Barang Amway Boleh Jana Pendapatan 

Aku benar-benar tak ada asas membina perniagaan Amway ni. Apa yang aku tahu setiap produk Amway ada point (PV) yang boleh dikumpulkan. PV ini boleh menentukan berapa pendapatan yang bakal kita perolehi. 

Dalam erti kata lain, lain banyak kita beli maka lagi banyak penjimatan yang kita boleh buat. 

Mula-mula aku ingat Amway ni tipu! Aku tak leh bayangkan bagaimana hanya dengan bayar yuran daftar keahlian sebanyak RM60 dah boleh jana income hingga beratus kali ganda. 

Bulan Pertama Dapat Hampir RM700 Sebagai Gaji Amway

Betul-betul ada gaji Awmay. Aku sendiri salah seorang yang telah berjaya untuk menerimanya. Amway tak tipu. 

Aku tak pernah menyangka hanya dengan modal RM60 itu, aku berjaya mencapai pendapatan berpuluh kali ganda hanya dalam masa sebulan selepas menyertai Amway

bagaimana-nak-berjaya-dalam-amway
bagaimana nak berjaya dalam amway

Aku tak guna cara jadi dropship Amway, sebaliknya aku terus buat bisnes Amway cara online menggunakan media sosial yang aku ada. 

Nak cari pula bisnes yang tak perlu buat apa-apa dapat duit, memang takla. Sebab itu aku benar-benar tak sangka rupanya dengan Amway benar-benar boleh jana pendapatan. Dah tahu macam tu, kena la terus bersemangat. 

Seronoknya jana pendapatan tambahan secara online dengan Amway ni, company akan bagi gaji Amway tiap-tiap bulan pendapatan mengikut prestasi. Patutlah bisnes Amway ini, ramai orang jadikan peluang ni sebagai cara untuk cepat berjaya. 

Bagaimana Nak Berjaya Dalam Amway

Dengan Amway, kita berpeluang untuk menerima 14 jenis bonus yang telah disediakan oleh syarikat. Syarikat Amway mampu menyediakan banyak jenis bonus kerana syarikat ini sememangnya sudah kukuh. Sebagai bukti syarikat Amway tersenarai di papan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sudah lama. 

asas-membina-perniagaan-amway
asas membina perniagaan amway


Berbalik kepada sistem imbuhan Amway, peluang buat duit sampingan ternyata sangat mudah kerana peluang pendapatan sudah terbuka luas. 

Sana sini orang bercakap tentang kebaikan produk-produk Amway dan secara tak langsung telah memudahkan lagi urusan kita untuk berkongsi kelebihan produk-produk Amway kepada orang lain.

Jenis-Jenis Pendapatan dalam Amway ada 14

Semua sekali terdapat 14 jenis pendapatan yang ditawarkan kepada anda sebagai ahli Amway. Menariknya, pendapatan ini boleh diwariskan kepada generasi kita yang seterusnya. Mulakan langkah pertama Amway untuk menikmati kelebihan yang orang lain telah dapat.

14 jenis pendapatan bonus yang disediakan oleh Amway ini adalah : 
  • Untung Runcit
  • Bonus Pencapaian
  • Bonus Kepimpinan
  • Bonus Kedalaman
  • Bonus Tahunan
  • Bonus Ruby
  • Bonus GIP
  • Bonus Emerald
  • Bonus Diamond
  • Bonus Diamond Plus
  • Bonus One Time Cash
  • Bonus FAA
  • Bonus International
  • Melancong Percuma Bersama Pasangan


Bayar RM60 Yuran Daftar, Dapat RM80 Voucher Tunai Beli Barang Amway  

Mungkin ada yang cakap, keburukan bisnes Amway kerana terpaksa bayar yuran RM60 untuk join, sedangkan hakikatnya setiap pendaftaran itu boleh dapat balik modal sebanyak RM8 untuk pembelian barangan Amway mengikut syarat yang ditetapkan. 

Jika difikir secara logik akal, ini bermakna tak rugi apa-apa. Jangan risau jika tak pasti bagaimana nak membuat pembelian dengan Amway untuk menebus voucher, ahli team sedia membantu memberi tunjuk ajar. 

Alhamdulillah, Waktu ini income sudah mencecah RM1,000 





Kesimpulan 

Waktu ini harga barang makin lama makin mahal. Nak tak nak kos sara hidup sudah semakin meningkat. Dari hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan, ada bagusnya buat bisnes online seperti daftar ahli Amway ini. 

Kelebihan utama jadi ahli Amway, boleh daftar online. Modal murah hanya RM60. Tak perlu simpan stok. Syarikat sangat kukuh dengan pelbagai kemudahan dan bonus lumayan. 

Jom kita sama-sama mahirkan diri buat asas dengan melakukan bisnes Amway secara santai tapi konsisten. 

Tak tahu cara buat bisnes Amway Malaysia ini, jangan risau. Ada bimbingan selalu dari group team. Sebut jer tak faham apa, InshaAllah sahabat sepasukan akan membantu. Cara jadi drosphip Amway juga akan turut dibantu dan diberi peluang langkah demi langkah. 

Adalah baiknya fikirkan peluang untuk buat perniagaan sambilan hingga berjaya dalam Amway ini dari hanya terlalu melepaskan peluang yang ada. 

Semogapa pengalaman bisnes Amway yang ku lakukan ini dapat memberi sedikit sebanyak info bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan secara online. Bolehlah kita saling berusaha untuk dapat gaji Amway yang lumayan. 

Mulakan langkah pertama Amway dengan whatsapp ke talian di bawah ini :

Post a Comment for " Pengalaman Buat Bisnes Amway Cara Online Untuk Tambah Pendapatan"