Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenali Dunia Forex – Landskap Pertukaran Asing Di Malaysia

Dagangan forex tempatan masih lagi dalam peringkat awal dan perlahan mendapat tempat dalam kalangan mereka yang giat mencari punca pendapatan baru. Ramai lagi yang masih mengutarakan persoalan lazim didengari - “Forex itu apa ya?”

Dan kemungkinan sahaja ini disebabkan kurangnya pendedahan tentang apa itu forex – terutamanya dari segi bagaimana menguruskan dagangan, perbezaan forex dengan lain-lain jenis pelaburan, dan juga faktor kesahihan dan keterpercayaan sesuatu laman trading forex.

Oleh itu, kami mengambil inisiatif proaktif menghasilkan artikel ini yang akan menjawab segala persoalan anda tentang pertukaran asing di Malaysia – dari apa itu forex sehinggalah ke cara-cara anda boleh berdagang forex dengan jayanya. Teruskan membaca sehingga ke akhir untuk tips-tips bernas bagi para pedagang baru!

Forex itu apa?


Ingatkah anda kepada kios-kios kecil yang bersepah di mana sahaja dengan paparan digital yang berwarna-warni. Itulah servis penukaran wang di negara kita yang membolehkan kita menukarkan wang Ringgit dengan apa sahaja matawang lain. 

Dan jika anda peka mendengarkan perbincangan antara ibu atau bapa dengan si penukar wang, sudah pasti anda tahu yang harga jual dan beli wang ringgit ada sedikit perbezaan di situ.

Semua itu sebenarnya sedikit sebanyak sebahagian daripada ciri “foreign exchange” ataupun pertukaran matawang asing. “Forex” cumalah singkatan daripada “foreign exchange”. di mana anda boleh menukarkan wang Ringgit dengan apa sahaja matawang yang anda mahukan. 

Bagi platform trading forex pula, semua aksi jual-beli ini berlaku secara dalam talian. Secara asasnya, forex adalah perbuatan menjual-beli matawang untuk memanfaatkan kadar pertukaran.

Adakah platform forex di Malaysia boleh dipercayai?



Laman forex yang dipercayai dan berdaftar dengan badan-badan regulasi tempatan memang sangat banyak. Antara platform dagangan pertukaran asing yang terpercaya di Malaysia termasuklah MetaTrader. Sistem MetaTrader ini bukan sahaja tersedia terus buat anda, malah banyak lagi ruangan dagangan forex online yang menggunakan paparan forex serta signal trading daripada sumber MetaTrader.

Untuk pengetahuan anda, badan berwajib bagi semua operasi forex di Malaysia adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, lebih dikenali dengan singkatan SCM. 

Di Sabah & Sarawak , ini diambil alih oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA). 

Walaupun belum ada platform trader yang terdaftar terus dengan SCM & LFSA, mereka meluluskan penggunaan servis broker forex dengan pengesahan regulasi daripada badan internasional seperti FCA, CySEC, ASIC, CFTC, NFA, SEC, FINRA, FSCA, SCB, dan banyak lagi.

Bagaimana cara berdagang forex?



Permulaan anda di dunia forex tidak perlu dimamah kompleksiti dan kebuntuan. Cara berdagang forex ada banyak persamaan dengan dagangan ekuiti. Yang terutama sekali yang perlu anda lakukan adalah kajian tentang definisi pertukaran asing, komponen dan terma yang penting, strategi trading forex, dan belajar cara-cara mengkaji carta dagangan dengan tepat dan akurat. 

Berbekalkan pengetahuan asas ini, anda boleh mencubapakai akaun demo untuk menimba lebih banyak pengalaman berdagang dalam situasi masa nyata, tanpa perlu menghabiskan modal yang tinggi. Dengan semua ini, anda bersedia melangkah masuk ke dunia dagangan forex nyata. 

Ada juga banyak fungsi- fungsi automatasi yang boleh anda gunakan – data reader, robot forex, skrip dagangan forex, trading signals, dan banyak lagi.

Apa beza forex dengan stok/kripto?


Platform forex menjana untung daripada jual-beli matawang. Sebahagian besar dari keuntungan ini adalah hasil perubahan kadar nilai pertukaran dari masa ke semasa dalam satu hari dagangan. Bagi stok pula, konsepnya hampir sama. 

Cumanya, dagangan stok dilakukan dengan stok yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar yang terpapar secara terbuka. Ini bermakna, anda akan melakukan jual-beli dengan sebahagian nilai sesebuah syarikat. 

Bagi dagangan kripto pula, masih lagi dengan konsep dagangan berpaksikan untung tetapi di sini, pedagang memanfaatkan perubahan nilai antara koin kripto yang berbeza. 

Perbezaan yang paling ketara antara ketiga-tiga jenis dagangan ini adalah, polisi, regulasi dan juga potensi untung mereka. Berbanding semua, kadar untung forex lebih tinggi. Ia juga diregulasikan dengan sepenuhnya, seterunya memberikan lebih banyak sekuriti dan jaminan kepada mereka yang berkecimpung dengannya.

Berdaganglah forex dengan bijak!


Trading dan forex bukanlah sesuatu yang rumit. Dengan bekalan pengetahuan dalam konsep dan strategi asas, anda boleh sahaja mula melihat pulangan keuntungan yang cukup besar. Dengan adanya fitur sokongan seperti akaun trading demo dan robot-robot forex, kerja anda menjadi lebih mudah. 

Ada juga saluran Telegram yang membekalkan signal trading – cari hanya yang dikendali oleh pedagang yang terpercaya dan lama beradu kuasa dengan gagahnya pergerakan berombak forex – untuk lebih memudahkan perjalanan forex anda. 

Selamat berdagang!


Post a Comment for "Kenali Dunia Forex – Landskap Pertukaran Asing Di Malaysia"