Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

12 Kelebihan Daftar Ahli Amway & Bila Bonus Amway Masuk

12 Kelebihan Daftar Ahli Amway & Bila Bonus Amway Masuk | Menerusi artikel ini aku akan berkongsi kelebihan jadi ahli Amway. Bila telah bendaftar sebagai ahli Amway, kita dipanggil sebagai Amway Business Owner (ABO). 

Kelebihan menjadi ahli Amway ini ada macam-macam. Kelebihan jadi Ahli Amway atau ABO ini sangat banyak hingga boleh dapat pencen bila dah tua nanti. 

Di sini aku senaraikan 12 sebab atau kelebihan kenapa perlu menjadi ahli Amway. Aku senaraikan sedikit sebanyak keistimewaan bila kita menjadi ABO untuk rujukan kita bersama. Jom ketahui apa itu ABO Amway.

kelebihan-daftar-ahli-amway
kelebihan daftar ahli amway


Kelebihan menjadi ahli Amway

Kelebihan apabila menjadi member Amway adalah seperti yang di bawah.

1. Yuran Daftar Murah

Peluang memiliki perniagaan sendiri dengan modal serendah RM60. Tak ada jenis-jenis pakej A B C atau sebagainya, nak join untuk buat bisnes di Amway hanya perlu bayar RM60 sahaja.

2. Lepas Daftar Terus Balik Modal

Selepas daftar dengan bayaran yuran RM60, company terus beri evoucher bernilai RM80 (RM20 + RM30 + RM30) untuk digunakan buat beli apa jua barangan Amway. Voucher ini sah untuk digunakan dalam tempoh masa 3 bulan pertama menjadi ahli,

3. Tak Perlu Simpan Stok

Boleh membuat pembelian online di website official Amway, mendapatkan info berguna dan mengarahkan Amway untuk penghantaran produk terus ke pelanggan anda di seluruh Malaysia.

Kos pos adalah percuma untuk pembelian RM200 dan ke atas dan RM10 untuk pembelian kurang dari RM200.


4. Beratus Jenis Barangan Ada di Amway

Amway mempunyai 800++ produk termasuk barang eletrik, penjagaan rumah, penjagaan muka, penjagaan badan, supplement dan lain-lain.

Produk yang berkualiti dengan jaminan kepuasan produk. Produk Amway berkualiti tinggi, tahan lama dan yang paling penting halal.

Amway turut mengutamakn produk dari bahan-bahan natural semulajadi dari ladang-ladang milik sendiri yang sentiasa dipantau selia.

5. Untung Runcit

Ahli yang dah berdaftar dapat beli produk Amway dengan harga ahli yang harganya jauh lebih murah dari harga runcit.

Ahli dapat membeli barangan Amway dengan potongan harga 20%-25%. Tanpa kad keahlian, tidak boleh membeli di kedai Amway.

6. Ada Kedai-Kedai Amway Hampir Seluruh Negara

Sekiranya ada barangan yang rosak atau perlu dipulangkan, ahli boleh terus walk in dan hantar ke kedai Amway untuk servis. Spare part pun boleh dibeli. Sekadar nak pergi ke kedai Amway hanya untuk shopping juga boleh!

7. Macam Ada Pasaraya dan Kedai Elektrik Sendiri

Ahli Amway juga dapat memasarkan barangan bertaraf dunia seperti Kitchen Aid, Philips dan Dreamland.

Kalau kita sendiri nak pasarkan jenama-jenama tersebut memerlukan modal yang besar. Kena buka kedai dan sebagainya.

Pengedar Amway tidak perlu membuka kedai, tidak perlu menyimpan stok, tak perlu uruskan pemghantaran, tak perlu sediakan barang promosi. Semua keperluan di atas, Amway yang sediakan.

8. Bimbingan Untuk Berjaya Turut Diberikan

Boleh menyertai seminar, kelas, rally dan acara yang di anjurkan Amway.

9. Peluang Memperolehi 14 Jenis Pendapatan

Kalau makan gaji, hanya dapat 1 jenis pendapatan. Dalam Amway ada 14 jenis pendapatan termasuklah pencen yang boleh diwariskan hingga ke anak cucu.

10. Percutian Percuma Bagi Yang Layak

Antaranya, Percutian Percuma setiap tahun ke luar negara bagi yang layak. Percutian yang bertaraf VVIP, bonus tahunan dan banyak lagi.

11. Plan pemasaran 100% syariah compliance

12. Amway Syarikat Yang Sangat Kukuh

Di Malaysia, ia sudah bertapak dan beroperasi lebih 40 tahun. Syarikat yang sudah tersenarai di Bursa Saham Malaysia dan antara pemegang sahamnya adalah Amanah Raya, ASB dan KWSP

12. Free PA RM10,000, dan meningkat mengikut tahun

13. Bonus Diterima Bersama Payslip Gaji 

Adakah ahli Amway seumur hidup?

Jawapannya tidak. 

Pendaftaran Amway aktif selama setahun had masanya. Untuk terus dapat pelbagai kelebihan sebagai ahli Amway hendaklah renew (perbaharui) keahlian setahun sekali dengan bayaran RM20. 

ahli-amway-seumur-hidup
Ahli amway seumur hidup? Tidak!

Kenapa Perlu Menjadi Amway Business Owner (ABO)

Untuk info yang lebih padat berkaitan kelebihan menjadi ahli Amway, di sini aku kongsikan sekali perkongsian daripada blog Cik Garang Sihat yang turut berkongsi tentang kelebihan menjadi ahli Amway ini. 

"Dulu saya selalu tertanya-tanya kenapa la orang kalau nak beli barang mesti daftar jadi ahli? Kalau tak jadi ahli tak leh beli ke? Orang jadi ahli je ke baru tokey kedai layan?"

"Setelah makin meningkat usia, mengenali dunia perniagaan (urusan jual dan beli) secara langsung dan tidak langsung, barulah sy tahu dan faham kenapa orang mesti menjadi ahli kepada produk tersebut."

"Produk yang tak lain dan tak bukan, AMWAY lah!! Jika kita tidak mendaftar sebagai ahli Amway, kita dipanggil sebagai customer atau prospek.  Tapi jika kita mendaftar sebagai ahli Amway, Kita dipanggil sebagai AMWAY BUSINESS OWNER (ABO).. ha.. dah mcm Amway tu kite punya plak kan.."

"Tapi memang betol pun sebab kita dh jadi ahli yang berdaftar dan berbayar, jadi kita ada hak untuk menjual dan mempromosi produk keluar Amway mengikut garis panduan yang disediakan.. Tak boleh jual semborono je tau.. Xpasal2 nanti kena terminated.."

"Okay, kat bawah ni saya senarai sedikit sebanyak keistimewaan jika anda menjadi ABO"


Soalan Berkaitan Kelebihan Menjadi Ahli Amway

1. Berapakah harga ahli Amway 2022?

- Harga ahli Amway 2022 adalah RM60

2. Bagaimana cara daftar ahli Amway?

- Macam mana nak jadi ABO? Cari mana-mana ABO yang ada potensi dalam bisnes ini. Beritahu dia, anda nak jadi ABO. So nanti, ABO ni akan daftarkan anda secara online dan anda akan terus dapat ID. 

Nak daftar sendiri pun boleh. Cara untuk daftar ahli Amway sendiri secara online boleh rujuk pada artikel ini.

3. Adakah yuran RM60 untuk jadi ahli Amway seumur hidup?

- Tidak, setiap ahli Amway perlu memperbaharui keahlian setahun sekali dengan bayaran RM20.

4. Bagaimana untuk semak ahli Amway sama ada masih aktif atau sudah tamat keahlian?

- Untuk semak ahli Amway masih aktif atau tidak, boleh check di mana-mana kedai Amway terdekat atau minta bantuan dari mana-mana ahli Amway lain yang telah sah berdaftar.

5. Bila bonus Amway masuk ke akaun bank?

- Selalunya, bonus Amway masuk ke akaun pada tarikh 15hb setiap bulan.

Kesimpulannya, Kelebihan Menjadi Ahli Amway Sangat Banyak Jana Income Ribu Ribu 

Mengapa perlu menjadi ahli Amway? Bagi aku sendiri, memang sangat bagus dan sangatlah rugi jika tidak turut serta kerana konsep bisnes Amway sangat mudah dan menguntungkan. 

Tidak dinafikan ada antara kita apabila bercakap mengenai keahlian Amway, akan terus menolak di atas kerana masih tidak faham konsep Amway. Aku sendiri mula-mula dulu tidak pandang Amway ini tetapi alhamdulillah akhirnya Allah SWT buka pintu hati untuk bertanya lanjut tentang Amway.

Akibatnya saat ini, aku berjaya menjana pendapatan setiap bulan bersama Amway dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 5,000 sebulan. 

Bila Bonus Amway Masuk

Ini bukti bonus Amway di bayar pada setiap 15 hari bulan bersama Payslip gaji. Bila tengok pada gambar di bawah, ini pendapatan yang aku terima dan Amway bayar pada 13hb (lebih awal).

bila-bonus-amway-masuk
bila bonus Amway masuk

Berminat Nak Ikut Serta Jadi Ahli Amway? Boleh Daftar Online 

Jika ada antara pembaca yang berminat untuk menjadi ahli Amway boleh terus daftar secara online. Tak susah nak menjadi ahli Amway ni. Syarat utama perlu berusia 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia yang sah. 

Andainya ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan cara pengiraan bonus Amway, nak semak ahli Amway masih aktif atau sudah tamat dan sebagainya, boleh terus whatsapp dengan klik link di bawah ini. 

Link Whatsapp : https://wa.link/9snwwd

Jumpa lagi di lain artikel bicara, assalamualaikum 



Post a Comment for "12 Kelebihan Daftar Ahli Amway & Bila Bonus Amway Masuk "