Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Wanita Ditawar Pekerjaan Di Karnival Kerjaya & Keusahawanan Wanita Bangkit

Secara jujurnya, wanita zaman sekarang bukan hanya setakat menjadi suri dapur. Buktinya diri aku sendiri, walaupun bergelar surirumah tapi aku juga mahu ada pendapatan sendiri. Tak hanya bergantung hidup dengan nafkah pemberian suami.

Bertuahnya para wanita kerana telah ada Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan Wanita Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah diadakan pada 27 Ogos 2022  di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. 

Karnival-Kerjaya-dan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit-pekerjaan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. 

Karnival ini dianjurkan untuk memberi fokus kepada aktiviti penjanaan pendapatan kaum wanita dengan menghubungkan para wanita ini kepada platform yang menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan atau keusahawanan.

Lebih 15 ribu peluang kerjaya dan usahawan ditawarkan kali ini disamping pelbagai peluang seperti mendapatkan tips dan nasihat dari mereka yang telah berjaya menjadi usahawan.

Karnival-Kerjaya-dan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit-pekerjaan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit

Pada karnival tersebut juga, lebih 30 majikan daripada pelbagai sektor turut dibawa ke karnival dengan kerjasama pihak PERKESO. Lebih kurang 1,000 jawatan kekosongan peringkat eksekutif dan sebanyak 14,000 jawatan kekosongan bukan eksekutif ditawarkan. 

Dengan adanya platform sebegini, wanita dapat memperkasa ekonomi diri, dan keluarga menerusi peluang-peluang kerjaya, perkongsian ilmu pengetahuan, pengurusan kewangan, kemahiran, dan kepimpinan kendiri bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan. 

Wanita perlu bangkit! Apatah lagi selepas situasi pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada kita semua. Kehidupan masyarakat termasuk golongan wanita dalam pelbagai aspek turut terjejas terutamanya dari aspek kewangan dan penjanaan pendapatan. Malah, inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM ini sendiri lahir daripada situasi pandemik COVID-19 tersebut.

Karnival-Kerjaya-dan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit-pekerjaan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit

Jika rasa diri sendiri berada dalam keadaan susah, jangan terus berputus asa. Ayuh segera dekatkan diri dengan platform seperti Wanita Bangkit@KPWKM ini untuk sama-sama bangkit dari situasi susah sekarang. 

Makin menyedihkan, menurut Menteri KPWKM, realiti hari ini menunjukkan bahawa keruntuhan institusi rumah tangga banyak mengalami kegagalan akibat pengurusan ekonomi keluarga yang kurang baik tak seperti dulu. 

“Ia juga menyumbang kepada pelbagai masalah seperti pengabaian tanggungjawab berkaitan nafkah, pendidikan anak-anak, hutang yang tinggi dan sebagainya. Isu ekonomi keluarga sebagai satu perkara yang perlu diselesaikan, atau sekurang-kurangnya ditambah baik. 

“Justeru itu menerusi inisiatif Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM ini dianjurkan di beberapa negeri seluruh Malaysia bagi memberi peluang wanita yang juga merupakan tonggak keluarga berdikari dari segi pendapatan dan turut menyumbang kepada ekonomi keluarga. 

“Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM dianjurkan dapat membantu wanita dalam mengatasi cabaran pasca pandemik. Inisiatif ini terbahagi kepada dua kaedah; iaitu menerusi sektor formal dan tidak formal,” katanya.

Karnival-Kerjaya-dan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit-pekerjaan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit

Datuk Seri Rina Mohd Harun turut berkata, melalui sektor formal pelbagai pameran kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp Malaysia dan organisasi penempatan pekerjaan lain. 

“ Menerusi Sektor Tidak Formal pula, peserta-peserta dihubungkan kepada pelbagai peluang perniagaan dan keusahawanan daripada Kerajaan seperti Mamacare, program selepas bersalin oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia, sektor swasta seperti Maxis (penyedia telekomunikasi) untuk penganjuran e-Kelas Usahawan dan NGO.”

“Selain itu bantuan geran MyKasih Kapital sebanyak RM500 juga disediakan untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil dalam bidang e-dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan dibawah skim di Kementerian Keusahawan.” katanya. 

Datuk Seri Rina Mohd Harun turut menambah, “Wanita Bangkit@KPWKM telah berjaya menghubungkan dan memberi peluang pekerjaan kepada 11,055 wanita dalam kedua-dua sektor formal dan informal dan menyediakan 47,000 wanita dengan pengetahuan berterusan khususnya dalam pengurusan kewangan.” katanya lagi. 

Ayuh para wanita, kita bangkit bersama! Terjah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit yang menawarkan banyak peluang kerjaya dan keusahawanan ini. Jangan sengaja buang masa sekadar tunggu ditawarkan pekerjaan. 

Karnival-Kerjaya-dan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit-pekerjaan-Keusahawanan-Wanita-Bangkit

Jika dulu rasa sangat susah untuk mencari pekerjaan atau peluang perniagaan, kini beramai-ramai boleh hadirkan diri ke Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM.

Jika, sebelum ini program ini telah berlangsung sempena Sambutan Hari Wanita di KLCC, seterusnya di di Alor Setar Kedah bagi Zon Utara, bulan lepas, kini ianya dilansungkan bagi zon tengah. 

Bagi program seterusnya, ia akan menjelajah di lokasi-lokasi lain mengikut zon iaitu bagi Zon Sabah di Suria Sabah Shopping Mall pada 23 hingga 25 September 2022 dan Pusat Dagangan Terengganu bagi Zon Pantai Timur pada 6 hingga 8 Oktober 2022. 

1 comment for "Wanita Ditawar Pekerjaan Di Karnival Kerjaya & Keusahawanan Wanita Bangkit "