Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Dan Doa Rindukan Seseorang Yang Jauh Dalam Islam

Doa Rindukan Seseorang Yang Jauh Dalam Islam | Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu dan rindu dengan seseorang memang sakit. Lagi-lagi jika rindukan orang yang telah tiada atau yang tinggal jauh nun di rantau orang. 

Rindukan seseorang menyebabkan, bila kita rindu seseorang kita akan selalu teringat pada dia. Tak boleh lupa langsung! Kenapa selalu rindukan dia pastilah ada sebab-sebabnya. 

Kenapa kita rindu seseorang?

Kenapa kita rindu seseorang tiba-tiba tanpa di sangka-sangka?

Apa nak buat kalau rindukan seseorang yang jauh?

Apa pula maksud rindu seseorang dalam Islam?

Nak tahu apa maksud rindukan seseorang dan apakah doa bila rindukan seseorang yang jauh dalam Islam? Jemput baca artikal ini hingga habis. 

rindu-seseorang-dalam-islam
rindu seseorang dalam islam


3 Penyebab Rindu Pada Seseorang Yang Sering Berlaku 

Kenapa kita rindu seseorang tiba-tiba? Adakalanya rindu seseorang sampai mimpi. Kalau rindu seseorang secara tiba-tiba ada kemungkinan membawa beberapa maksud. 

1. Ketika menjalani perhubungan, rasa cinta dan rindu itu meluap-luap dalam diri seseorang. Rasa yang tidak boleh ditanggung dan ditahan.

2. Anda baru sahaja mengenali seseorang. Walaupun tidak berbual lama, namun fikiran tetap kembali mengingatkan kepada si dia. Jadi dalam situasi begini, ini mungkin bermakna diri telah tertarik padanya.

3. Walaupun sudah terbukti yang tarikan fizikal boleh membuatkan kita selalu teringatkan seseorang, namun mengikut kajian, manusia terbukti lebih tertarik dengan personaliti dan karakter seseorang. 

Sebagai contoh, kita akan lebih tertarik pada sense of humor atau sikap seseorang yang amat penyayang dan mengambil berat tatkala bersamanya. 

Demam Rindu Seseorang Boleh Terjadi Pada Sesiapa Saja 

Rindu seseorang sampai menangis itu sudah menjadi perkara biasa. Makin teruk hingga tahap demam. Demam rindu jika dibiarkan boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Demam rindu ini seringkali terjadi dikalangan anak-anak yang perlu berjauhan dari ibu atau bapa. Ada juga demam rindu yang berlaku pada pasangan yang saling merindui.

Demam rindu ini juga boleh bertukar kepada sakit angau hingga tahap cium bau pakaian orang yang dirindui. Selalunya demam rindu ini cukup susah nak diubati melainkan dengan cara berjumpa secara bertentang mata untuk melepaskan segala rasa rindu yang terbuku di hati. 

Tips Ubati Rasa Rindu Seseorang Yang Jauh 

Ketika menjalani perhubungan, rasa cinta dan rindu itu meluap-luap dalam diri seseorang. Rasa rindu ini tidak tidak boleh ditanggung dan ditahan dengan mudah. Salah satu cara untuk ubati rasa rindu pada orang yang jauh adalah dengan menghubunginya melalui panggilan telefon dan membaca doa khusus ketika rindukan seseorang.

Jika rasa segan nak beritahu secara terus terang melalui panggilan telefon, boleh hantarkan kata-kata rindu seseorang yang jauh dalam bentuk mesej dan kiriman surat. 

Ayat Untuk Rindu Seseorang Yang Jauh

Ini antara kata kata rindu seseorang yg jauh untuk digunakan. 


Tanda Dia Rindu Kita Dalam Diam 

Rindu seseorang dalam diam boleh menjadi sejenis penyakit yang merbahaya. Nak tahu apa tanda lelaki rindu dalam diam dan apakah juga tanda perempuan rindu dalam diam? Nah baca senarai point di bawah. 

1. Tanda Lelaki Rindu Dalam Diam 

  • tanda lelaki rindu kita yang pertama, bila dia kerap ajak jumpa
  • tanda lelaki rindu kita yang ke dua, bila dia selalu contact kita
  • tanda lelaki rindu kita yang ke tiga, bila dia tiba-tiba cari sebab untuk bergaduh
  • tanda lelaki rindu kita yang ke empat, bila dia cepat jawab call kita
  • tanda lelaki rindu kita yang ke lima, bila dia cepat reply chat dan sembang lama-lama dengan kita

2. Tanda Perempuan Rindu Dalam Diam 

  • boleh ketawa berdekah-dekah bila lelaki yang dia suka cuba buat lawak hambar.
  • selalu teman makan walau hakikatnya dah kenyang sebab nak spend time masa bersama.
  • cepat alihkan pandangan bila perasan dirinya direnung oleh lelaki idaman hati.
  • tak pernah bosan bersembang dengan lelaki yang disukainya. 
  • cepat pickup call dan sambung layan sembang sampai berjam-jam.
  • cemburu tahap gunung berapi nak meletup bila nampak lelaki disukai sembang dengan perempuan lain.
  • cerita tentang lelaki disukai pada kawan baik sampai kawan rasa meluat amat sangat. 


Cara Ubati Rindu Seseorang Dalam Islam

Biasanya, bila rasa rindu apa yang kita perlu buat? Update dalam sosial media? Call orang yang kita rindu tu? 

Sebenarnya yang paling bagus ialah bila kita sampaikan rindu kita pada seseorang tu melalui DIA. Rindukan seseorang kerana Allah SWT adalah yang paling baik sekali. Hati manusia ini Allah SWT yang pegang. 

InsyaAllah bila kita  minta sungguh-sungguh dengan Allah, Allah akan tetapkan hati-hati orang yang kita rindu untuk tidak berpaling arah, dan sekiranya orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini, semoga Allah tenangkan hati kita dan ubati kerinduan itu seiring masa yang berlalu. InsyaAllah.

Ubat Rindu Paling Mujarab

Menurut Ustaz Don Daniyal, ubat rindu paling mujarab adalah dengan menghantar rasa rindu itu dengan bantuan Allah SWT. 

Cara Hantar Rasa Rindu Dari Ustaz Don Daniyal :

"Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah"

Kenapa surah Al Fatihah? 


Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekedar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga dapat membantu memperluas rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.

5 Doa Ketika Rindu Seseorang Yang Boleh Diamalkan 

Doa ketika rindu seseorang dalam Islam memang ada. Dalam Islam terdapat doa-doa yang boleh kita baca ketika sedang merindukan seseorang. Jika ingin rasa rindu itu terbalas, boleh amalkan doa viral rindukan seseorang seperti yang turut dikongsikan di bawah. 

Percaya atau tidak, setelah mempraktikannya, banyak warganet mengaku tiba-tiba saja dihubungi oleh seseorang yang namanya ia sebut dalam doa. 

1. Surat Yusuf ayat 4

Dalam surat Yusuf di Al-Qur’an, terdapat suatu ayat yang dipercaya sebagai doa ketika rindu seseorang. Beberapa orang lain menyebutkan bahwa ayat tersebut merupakan doa untuk mempermudah bertemuhnya jodoh dan mempererat hubungan suami istri.

Idz qaala yuusufu li abiihi yaa abati inni ra aitu ahada’ asyara kaukabauw wasy syamsa wal qamara ra aituhum lii sajidin.

Artinya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku (QS Yusuf: 4).

2. Surat Thahaa ayat 39

Doa selanjutnya ketika Anda rindu seseorang bisa membaca surat thaahaa ayat 39.

Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii.

Artinya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku (Qs Thaahaa: 39).

3. Surat Al Fatihah

Doa ketika Anda rindu seseorang selanjutnya adalah membaca Al Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Arrahmaanirrahiim. Maaliki yaumiddiin. Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin. Ihdinashirratal mustaqim. shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.

Artinya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugrahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat (QS Al Fatihah: 1-7).

4. Surat Al-Baqarah ayat 165

Beberapa orang juga percaya bahwa potongan ayat surat Al-Baqarah ayat 165 bisa menjadi doa ketika rindu seseorang.

Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah.

Artinya: Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah (Al-Baqarah: 165).

5. Surat Ali-Imran ayat 14

Kemudian, umat muslim juga bisa membaca Surat Ali-Imran ayat 14 ketika merindukan seseorang.

Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah.

Artinya: Dihiasikan (dan dijadikan indah) bagi manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini, yaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta-benda yang banyak dari emas dan perak. (Ali-Imran:14).

Doa Rindu Seseorang Agar Dia Merasakan Apa Yang Kita Rasa 

Rindu dengan seseorang? Pernah suatu ketika, viral doa rindu seseorang di Tiktok. Doa ini dipercayai boleh mendekatkan kita dengan seseorang yang sedang dirindukan. 

Percaya atau tidak, setelah mempraktikkan doa rindu seseorang ini, ramai warganet mengaku tiba-tiba saja dihubungi oleh seseorang yang namanya disebut dalam doa tersebut. 

Salah seorang warganet yang telah melalui pengalaman ini adalah @benny_saputro dari Indonesia. Beliau sengaja ingin mencuba doa viral rindu seseorang ini selepas melihatnya di Tiktok. 

"Jadi aku penasaran untuk cuba doa yang lagi viral di TikTok, doa yang boleh buat orang yang kita sayang jadi rindu ke kita dan pasti akan cari kita," tulisnya dalam video berdurasi 23 saat.

doa-ayat-rindu-seseorang-dalam-islam
doa ayat rindu seseorang dalam islam

Zikir Bila Rindu Seseorang Dalam Diam 

Benny pun mula membaca shalawat sebanyak tiga kali, Al Fatihah sebanyak tiga kali, lalu menyebut nama orang yang dirindukannya, kemudian beliau membaca "Ma fi Qalbi Hairullah", lalu ditutup lagi dengan shalawat sebanyak tiga kali lagi.

Selang tiga hari kemudian, tiba-tiba ada seseorang yang menghubunginya. Awalnya Benny sempat tidak percaya, namun tak disangka doa tersebut termakbul. 

"Tiga hari kemudian, tiba-tiba ada panggilan masuk tak dikenali. Sengaja tidak aku jawab. Lalu nombor itu spam chat, aku cuba tanya siapa dan ternyata benar, itu dia orang yang aku sebut dalam doa," katanya. 

rindu-seseorang-dalam-islam-sampai-menangis

Dari hanya rindu seseorang dalam diam, akhirnya orang yang dirindu menghubungi. Saat dihubungi, Benny segera mengangkatnya dan siapa sangka mereka boleh bercakap agak lama sehingga ke 1 jam. 

"Seampuh inikah doa yang viral itu?" tanya Benny ketika menutup videonya di Tiktok. 

rindu seseorang-yang-bukan-milik-kita-sampai-mimpi
rindu seseorang yang bukan milik kita

Warganet yang melihat video tersebut ikut jadi tertanya-tanya dan mula mencuba doa yang tengah viral itu. 

Beberapa orang daripadanya mengaku mendapat pengalaman yang sama tetapi ada juga orang lain yang memberitahu tidak mengalami sebarang kejadian seperti itu. 

Al Fatihah Untuk Rindu Seseorang Yang Telah Tiada 

Rindu seseorang sampai mimpi sudah menjadi perkara biasa. Ada ketikanya rindu seseorang sampai menangis. Makin sakit bila rindu seseorang yang bukan milik kita atau yang sudah meninggal. Cara terbaik bila rindu seseorang secara tiba-tiba dan orang yang dirindu itu sudah meninggal, sedekahkan Al Fatihah untuknya. 

Rindu berat dengan seseorang yang telah tiada, jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan terganggu. Jadi, bila timbul rasa rindu seseorang baca Al Fatihah. Lagi-lagi jika yang dirindu itu sudah tiada (meninggal dunia). 

Rindu seseorang tapi tidak tahu siapa? Kalau rindu seseorang secara tiba-tiba ini tetapi tidak tahu siapakah yang sedang dirindui, bacalah Al Fatihah atau lain-lain doa yang telah dikongsikan tadi. 

Kesimpulan, Sakit rindu itu satu ujian

Kerinduan, kesedihan dan kesakitan yang kita alami hanya kita sendiri je yang tahu. Tapi yakinlah, Allah SWT takkan menguji kita di luar kemampuan diri kita sendiri. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita kena yakin dengan aturan Allah SWT. 

Semoga orang-orang yang kita rindu berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa. InsyaAllah. Aamiin.


Rujukan 

Solopos 

Asyiqin Blog 

The Rohani 

1 comment for "Maksud Dan Doa Rindukan Seseorang Yang Jauh Dalam Islam"

  1. Rindu pada orang yang dah tiada... sekarang..terasa nak buat baik je pada orang sekeliling..

    ReplyDelete