Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ramai Dapat Manfaat Di Program UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC) Anjuran HATIMURNI

Ramai Dapat Manfaat Di Program UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC) Anjuran HATIMURNI | Bertempat di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur telah berlangsung Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta - Hatimurni. Program yang telah diadakan pada 1 Oktober 2022, bermula dari pukul 8.00 pagi ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang pelajar. 

Sejuk hatiku sebagai seorang ibu dengan adanya program sebegini. Program UPKK Final Countdown (UFC) ini aku lihat dapat membantu anak-anak untuk lebih dekat dengan ajaran Islam, InshaAllah.

Melihat pada susunan jadual yang telah diatur, program ini bukan saja untuk mendidik jiwa anak-anak berkaitan ajaran Islam tetapi juga untuk mendidik hati ibubapa. Buktinya, seramai lebih dari 300 ibu bapa kepada pelajar yang menyertai program ini turut hadir untuk satu sesi khas yang diadakan untuk ibu bapa. 

Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi itu, dimulai dengan Sesi Motivasi - Semangat Mumtaz 8A UPKK oleh Coach Faiz Hakim dan diakhiri dengan slot istimewa dimana ibu bapa pelajar juga dijemput hadir untuk mendengar pesanan dari Pengasas Hatimurni Private Islamic Education Center - Ustazah Siti Khadijah Mohni. 

Kemudiannya, ibu bapa dan anak-anak juga telah bersama-sama mendengar perkongsian ceramah tentang ibubapa dari Dato Ustaz Kazim Elias yang berkongsi tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak.

Itulah gambaran yang dapat disimpulkan menerusi Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni ini.


Dato Ustaz Kazim Elias Berkongsi Tatacara Adab Penjagaan Anak

DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa. Beruntung ibubapa yang hadir kerana dapat mendengar ceramah Ustaz Kazim terkini terbaru di sini.

“Ajarilah anak-anak untuk kenal Al-Quran, Adalah lebih baik untuk anak-anak lebih kenal nama-nama Allah SWT dari kenal Christiano Ronaldo” ini antara nasihat Ustaz Kazim Elias untuk ibubapa.


“Ajari anak untuk kenal perangai syaitan dan ajar anak untuk lawan syaitan. Ajari anak untuk kenal nabi dan mencintai nabi. Ajari anak amalan harian witir, puasa 3 hari dan dhuha.” Tambah Ustaz Kazim lagi.



Dalam program sehari yang padat dengan sesi ilmu dan aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Subjek Sirah dan Ulum Syariah dan Subjek Jawi.

Dan apa yang lebih menariknya lagi, setiap sesi ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih. Secara tidak langsung, programi ini dapat menyediakan anak-anak yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) yang akan berlangsung pada 14-17 November nanti.

Siapakah Hatimurni Sebenarnya?


Untuk pengetahuan kalian, Hatimurni merupakan Pusat Pendidikan Islam Swasta (Sekolah Islam Swasta - Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya Ustaz Engku Ahmad Fadzil. 




Hatimurni menyediakan perkhidmatan sekolah KAFA di awal usia 7 tahun termasuk Kelas Mengaji & KAFA Hujung Minggu. Fokus utamanya adalah untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak. 


Pusat Pendidikan Islam Swasta Hingga Tahap Antarabangsa


Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni saat ini sedang beroperasi di 3 pusat utama iaitu di Wangsa Maju Kuala Lumpur, Setiawangsa Kuala Lumpur dan Seksyen 7 Shah Alam.


Selain dari itu, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni juga menawarkan kelas pendidikan agama secara online yang kini bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar. 


Anak-anak sekitar kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Malaysia malah dari luar negara dialukan untuk mendapatkan pendidikan Islam lebih meluas dalam bentuk tuisyen di sini. 


Tak Rugi Didik Anak Untuk Lebih Cintai Islam


Untuk maklumat lanjut tentang kelas kafa swasta yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni boleh hubungi 60196664225 atau 60133044225.


DAN, sebagai tanda kesyukuran Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni ingin menghadiahkan ibu bapa dengan Ebook PERCUMA - 20 Tips Didik Anak Berilmu. Anda hanya perlu layari www.didikanakberilmu.com.my untuk mendapatkannya. 


In Shaa Allah, buku yang lebih padat - 101 Tips Didik Anak Berilmu akan diterbitkan dalam bentuk buku sebenar sempena ulang tahun ke-15 Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni pada bulan November 2022 ini.


Kesimpulan


Program UPKK Final Countdown (UFC) Bersama Tetamu Jemputan Ybhg. Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz ini sememangnya sangat bagus untuk kita.


In Shaa Allah.





Post a Comment for "Ramai Dapat Manfaat Di Program UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC) Anjuran HATIMURNI"