Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tempah Perjalanan Dengan Aplikasi Maxim Malaysia | Panduan Tempahan

Tempah Perjalanan Dengan Aplikasi Maxim Malaysia | Panduan Tempahan | Nak ke sana ke sini, tetapi tiada kenderaan. Nak naik teksi biasa rasa mahal pula sebab masih ikut meter walaupun trafik sesak dan hujan. Ada tak aplikasi yang boleh tempah kereta dan driver untuk perjalanan dan ada promosi yang lebih jimat? 


Jika sebelum ini, kita mungkin gunakan perkhidmatan tempah kereta dengan syarikat lain. Kini, terdapat sebuah syarikat e-hailing yang menawarkan perkhidmatan tempah kereta dan membawa anda menuju ke destinasi pilihan anda beserta tawaran promosi yang menarik.



Maxim e-Hailing | Perjalanan Terus Ke Destinasi Anda


Maxim e-Hailing adalah sebuah perkhidmatan tempah perjalanan di Malaysia yang dipercayai serta telah beroperasi di beberapa buah negara. Selain dari perkhidmatan perjalanan, Maxim Malaysia juga menjalankan perkhidmatan pengangkutan barang berat menggunakan lori, menghantar barang dobi dan mengambilnya semula, urut dan spa, menunda kereta dan membaiki enjin.



Maxim e-Hailing telah bermula hampir 20 tahun di negara-negara lain seperti Filipina, India, Indonesia dan lain-lain lagi. Hampir 20 buah negara menggunakan khidmat Maxim e-Hailing dalam memudahkan perjalanan pelanggan. Beritahu anda ingin ke mana, pasti terus sampai ke destinasi anda dengan mudah dan pantas.


Sama seperti servis kereta lain yang pernah anda tempah untuk perjalanan, Maxim juga mempunyai sistem yang efektif, mudah dan pantas dalam memastikan anda selamat tiba ke destinasi yang diingini. Bezanya, anda akan sentiasa menerima kod promosi hebat dari Maxim. Lebih jimat dan berbaloi bukan?


Cara Buat Tempahan Perjalanan Menggunakan Aplikasi Maxim


Pertama sekali, anda perlu masuk ke Aplikasi Maxim melalui Website, Playstore, Appstore ataupun Google Play. Kemudian akan terpapar ruangan info yang berkaitan.


  1. Isikan alamat anda berada dan alamat yang ingin anda tujui, pastikan betul.

  2. Tekan butang ‘Menempah’ untuk membuat tempahan.

  3. Kongsikan destinasi anda dengan rakan-rakan atau keluarga (jika perlu).

  4. Anda akan menerima kod promosi RM XX pada akhir perjalanan dan boleh gunakannya pada masa akan datang.


Terdapat beberapa ciri keselamatan Maxim e-hailing. Selain dari anda boleh kongsikan maklumat kereta yang anda naiki kepada kenalan, anda juga boleh berkongsi pautan laluan perjalanan yang nyata mengikut peta dan pergerakan anda boleh dilihat dalam masa yang nyata oleh kenalan atau keluarga anda.


Sistem Kesan Lokasi Menggantikan Panggilan Atau SMS


Anda tidak perlu SMS atau telefon rakan-rakan untuk beritahu di mana anda ketika itu. Hantarkan sahaja link pautan perjalanan kepada mereka, mereka akan lihat lokasi kereta anda naiki itu berada. Mudah kan?



Ciri ini membuatkan ia lebih menjimatkan masa dan tenaga anda untuk memberitahu keluarga setiap kali di mana anda berada sepanjang perjalanan tersebut. Bukan itu sahaja, bateri fon anda juga dapat dijimatkan! Anda tidak perlu kerap membuat panggilan atau sms kepada mereka. Rehat dan nikmati sahaja perjalanan anda sehingga sampai ke destinasi.


Kelebihan Perkhidmatan Maxim e-Hailing | Aplikasi Maxim



Tempahan Untuk Orang Lain


Bolehkah tempah untuk perjalanan orang lain? Boleh! 


Situasi kecemasan atau keperluan mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Misalnya, ibu ayah tidak tahu menempah secara online atau tidak sempat dan sebagainya. Jadi, Anda boleh membantu menempah perjalanan mereka dari jauh. 


Proses tempahan boleh dilakukan ke atas nombor telefon mereka dan notifikasi akan masuk terus kepada mereka. Mereka akan tahu sekiranya pemandu sudah tiba di lokasi yang diletakkan.



Proses tempahan perjalanan untuk orang lain sama sahaja, hanya perlu memasukkan maklumat alamat untuk pengambilan dan destinasi yang ingin dituju. Sehinggalah proses pembayaran dan selesai, cuma tunggu kereta dan pemandu anda sampai sahaja.



Cara Mempercepatkan Carian Pemandu



Tahukah anda, sistem Maxim e-hailing akan menawarkan pemandu yang jaraknya dekat dengan lokasi anda selepas tempahan dibuat. 


Selalunya, tempoh masa mencari pemandu selepas tempahan dilakukan adalah sekitar 2 hingga 3 minit. Tetapi sekiranya ingin mempercepatkan carian pemandu, prosesnya juga sangat mudah. 


Hanya perlu menambah sedikit kos tempahan dalam aplikasi Maxim, lebih tinggi peluang untuk pemandu terdekat sampai dengan cepat kepada anda.


Kekal Berhubung Untuk Perjalanan Jauh Atau Kecemasan




Sekiranya berlaku kecemasan, kereta rosak atau anda dalam perjalanan jauh, kemungkinan akses internet akan hilang sekiranya anda berada di pinggir bandar atau bandar lain, sukar untuk anda berhubung di sepanjang perjalanan. Jangan bimbang,  butang SOS dalam sistem aplikasi Maxim akan membantu anda berhubung dengan orang-orang yang penting.


Selain itu, anda juga boleh menghubungi 112 untuk tentukan kenalan atau siapa yang anda boleh meminta bantuan. Mereka juga akan menerima SMS koordinat anda sekiranya kecemasan berlaku. 




Peluang Tempah Kereta Yang Lebih Murah


Antara kelebihan Maxim e-hailing adalah anda boleh menempah kereta yang lebih murah berbanding perkhidmatan kereta lain. Maxim sangat aktif menawarkan kod promosi dan program bonus, program tawaran jimat buat semua pengguna Maxim. Anda boleh melihat pada tab kod promosi dalam aplikasi Maxim yang menghimpunkan semua bonus. 



Dalam Aplikasi Maxim, terdapat sebuah Tab Kod Promosi. Di sini, anda boleh lihat kod promosi yang anda terima. Anda boleh gunakan kod promosi dan program premium untuk dapatkan harga yang lebih murah untuk menggunakan servis Maxim.


Anda boleh menghantar kod promosi kepada rakan-rakan dan akan menerima RM X setiap kali mereka memasang aplikasi ini buat pertama kali. Buat pengguna baru pula, akan menerima kod promosi khas iaitu KOD PROMOSI atau PROMOCODE. Cuma perlu aktifkan kod tersebut dan kemudian anda akan menerima RM XX premium yang boleh digunakan sebagai diskaun sehingga 10% dalam membuat tempahan kelak. 


Kesimpulannya, selepas memuat turun aplikasi Maxim, terus aktifkan kod promosi khas iaitu KOD PROMOSI atau PROMOCODE dan barulah buat tempahan. Itulah cara terbaik untuk anda menempah kereta dengan lebih murah lagi.


Buat Tempahan Maxim Sekarang

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi Maxim untuk membuat tempahan perjalanan, anda boleh terus layari https://taximaxim.com/. Hanya isi maklumat sahaja, tunggu pemandu anda sampai! 


Bagi mendapatkan Kod Promosi, anda boleh masukkan Kod Promosi ini.


KOD PROMOSI: SISHAWA


Jana Pendapatan Dengan Menjadi Pemandu Maxim


Bukan sahaja boleh jimat, tetapi Maxim juga membuka peluang untuk semua rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan sebagai pemandu Maxim. Untuk pengetahuan anda, Maxim telah berada di 50+ buah bandar di Malaysia. Mana tahu ia juga berada di lokasi anda!


Sebelum itu, mari lihat apakah antara kelebihan menjadi pemandu Maxim yang perlu anda tahu. Berikut adalah perkongsian dari rakan kongsi perkhidmatan Maxim dari Indonesia, Filiphina, India dan lain-lain lagi.


1. Maxim Sentiasa Menjaga Hubungan Dengan Pemandu Dan Pelanggan.

Berikut adalah Kisah Encik Omar dari Malaysia:


Saya seorang pelajar dan tidak boleh bekerja sepenuh masa. Dengan menjadi pemandu Maxim, saya mampu menanggung perbelanjaan diri dan membayar sewa rumah. Maxim menjaga pemandunya dengan baik. Baru-baru ini, ada promosi yang telah berlangsung, saya memenuhi syarat tersebut tetapi tidak dapat menerima tempahan kerana terpaksa ke bandar lain. Setelah saya maklumkan kepada Maxim, Maxim menangguhkan tarikh akhir tanpa sebarang masalah. Mudahnya, Maxim sangat memahami dan menjaga hubungan baik!


2. Waktu Kerja Yang Fleksibel Dan Suasana Kerja Santai

Berikut adalah Kisah Encik Gazar dari Tajikistan:


Sejak tahun 2016 lagi, saya bekerja dengan Maxim secara sepenuh masa. Pendapatan saya sangat cukup untuk kehidupan bekeluarga dan membiayai rumah dan lain-lain. Dahulu saya bekerja sepenuh masa di kilang tetapi masa sangat terhad dan terpaksa mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan Maxim, waktu bekerja adalah fleksibel dan boleh memilih hari untuk bercuti.


3. Pekerjaan Yang Lebih Terurus Dan Sistematik

Berikut adalah Kisah Encik Deepak Rai dari Tiruchirappalli:


Selalunya di India, perkhidmatan memandu adalah menggunakan tuk-tuk (beca bermotor beroda tiga) dan ada juga yang menaiki motorsikal dan kereta. Terdapat kes barang pelanggan tertinggal di dalam beca, dan selalunya ia takkan ditemui lagi. Tetapi dengan adanya aplikasi Maxim, barang pelanggan juga lebih terurus dan boleh dipulangkan semula kerana mempunyai maklumat untuk hubungi pelanggan.


4. Mewujudkan Komuniti Yang Lebih Shat Dan Produktif

Berikut adalah Kisah Encik Rahman Brahmanya dari Denpasar Indonesia:


Maxim telah beroperasi di Indonesia sejak 2019. Ia bukan sekadar peluang untuk jana pendapatan bagi pemandu tetapi kami telah giat bekerjasama dalam satu komuniti. Antara salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah kerja-kerja amal. Pada tahun 2021, komuniti pemandu Maxim Indonesia membantu mengumpul dana untuk mereka yang terjejas disebabkan oleh taufan tropika. Kami diberi nama Bear Maxim Batam kerana di Batam terkenal dengan beruang sebagai lambang komuniti pemandu.


Banyak lagi kelebihan menjadi pemandu Maxim sebenarnya. Paling menarik adalah peluang pekerjaan yang besar, peluang menjana pendapatan dan masa bekerja yang sangat fleksibel. 


Cara Jadi Pemandu Maxim Malaysia


Cara untuk menjadi pemandu Maxim adalah dengan melakukan pendaftaran dalam aplikasi pemandu Maxim. Anda boleh layari https://taxs.ee/sishawa  untuk mendaftar sebagai pemandu Maxim Malaysia. Pastinya sudah tidak sabar lagi untuk menjana pendapatan yang lebih fleksibel dan mudah.


Klik Sini untuk Daftar Sebagai Pemandu Maxim Malaysia:  https://taxs.ee/sishawa 



Post a Comment for " Tempah Perjalanan Dengan Aplikasi Maxim Malaysia | Panduan Tempahan"