Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cerita Nabi Kisah Sirah Rasulullah SAW Live Tiktok

Cerita Nabi Kisah Sirah Rasulullah SAW Live Tiktok | Semakin hari semakin ramai memulakan kerjaya sebagai host live di Tiktok. Aku sendiri tidak terkecuali dan dalam banyak-banyak content , aku memilih untuk cerita pasal Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya sudah setahun aku menjadi host di TikTok. Pada mulanya memang susah sebab tak ada pengalaman. Lama kelamaan dah makin membiasakan diri.

Dalam masa setahun aku menjadi host TikTok Malaysia sebagai host Islamik, telah banyak aku ceritakan tentang cerita-cerita berkenaan Nabi Muhammad SAW. 

 

cerita-nabi-di-tiktok
live sirah kisah cerita nabi di tiktok

Telah Banyak Cerita Kisah Sirah Nabi Disampaikan 

Tidak hanya fokus kepada cerita kisah sirah berkenaan Rasulullah SAW, aku turut menceritakan tentang cerita kisah sirah para sahabat dan Nabi ALLAH SWT yang lain.

Antara cerita pasal nabi muhammad on TikTok yang pernah disampaikan adalah: 

  • Kisah Kelahiran Nabi Muhammad Saw
  • Kisah Nabi Sulaiman as di hadapan Ratu Balqis
  • kisah sirah Sumayyah 
  • kisah sirah sahabat Nabi
  • kisah sirah Nabi Nuh as
  • kisah Nabi Ismail as
  • kisah Nabi Yunus as
  • kisah Nabi Ibrahim as 
 

Kisah Sirah Sesuai Untuk Pelbagai Golongan

Kisah sirah cerita Nabi tidak hanya untuk golongan dewasa. Golongan warga emas dan kanak-kanak juga sesuai mendengar kisah sirah.

Daripada kisah sirah dapat belajar dan ambil pengajaran. Sebagai contoh, jika sedang mencari kisah sirah ibu dan anak untuk diceritakan pada anak-anak, boleh rujuk kepada kisah Uwais Al Qarni. 

Seorang guru? Mahu ambil tahu kisah sirah menarik? 

Mahu tahu kisah  sirah Nabi untuk kanak-kanak? 

Bolehlah datang ke live streaming kisah untuk tahu kisah sirah menarik untuk diceritakan pada pelajar dalam bentuk kisah sirah pendek. 

cerita-nabi-di-tiktok

cerita-nabi-di-tiktok
 

Konsep 1 Hari 1 Kisah Sirah 

Konsep yang di bawa dalam bentuk satu hari satu kisah sirah. Ini bermakna tiap kali live akan membawakan kisah sirah menarik yang berlainan. Tak datang sehari terlepas satu kisah Nabi yang best!

Bila datang boleh dengar kisah sirah menarik. Boleh dengar kisah berkenaan dengan apa yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar semasa Baginda Nabi Muhammad SAW di hina.

Boleh juga dengar dan tonton secara live melalui TikTok Malaysia berkaitan dengan cerita Nabi Muhammad SAW dan perang Badar. Semuanya boleh dengar di TikTok. 

 

cerita-nabi-di-tiktok

Maklum Balas - Sekali Datang Terus Kena Panah!

Penasaran kisah perjuangan Siti Khadijah dalam menjadi isteri yang baik bagi untuk Baginda Nabi?

Tertanya-tanya kisah sirah cerita zaman Nabi Muhammad SAW, cerita yang berlaku di zaman Rasulullah SAW? 

InshaAllah banyak cerita kisah nabi yang menarik boleh diperolehi bila hadir ke live TikTok tempat mendengar kisah sirah Rasulullah SAW ini. 

cerita-nabi-di-tiktok
 
 
cerita-nabi-di-tiktok

 
Alhamdulillah, turut mendapat perhatian pendengar Non Muslim yang berminat dengan agama Islam. Berminat untuk tahu lebih mendalam berkenaan Rasulullah SAW. 
 
cerita-nabi-di-tiktok
 

Ratusan Pengguna TikTok Malaysia Hadir Dengan Kisah Sirah

Alhamdulillah, setiap kali live seramai 200 hingga 1,000 orang dikalangan pengguna TikTok yang hadir demi untuk mendengar kisah-kisah sirah cerita Nabi secara live pada satu masa. Alhamdulillah

cerita-nabi-di-tiktok

Support Kisah Rasulullah SAW Secara Live di TikTok Malaysia

Kalian juga pengguna TikTok?

Kalian sedang mencari host TikTok yang berbaloi untuk di follow?

Kalian sedang mencari kisah-kisah sirah cerita Nabi pendek dan panjang untuk diketahui?

Kalian mahu berubah menjadi umat Rasulullah SAW yang lebih kenal siapakah Baginda Nabi Muhammad SAW? 

Jangan lupa untuk hadir dengan kisah sirah secara live. Mohon sahabat semua support dan menyokong perjuangan ini untuk mengangkat kisah sirah Nabi di media sosial.

Mohon doakan diri ini akan terus istiqomah menjadi wakil host Islamik di TikTok yang berjuang untuk memberi live dengan content bermanfaat berkaitan kisah-kisah sirah cerita nabawi di media sosial. 

 

cerita-nabi-di-tiktok


Buat Live TikTok Dapat Duit?

Jika ada di antara kalian  berminat untuk buat live di TikTok, siapkan diri dengan usaha dan tahap konsisten yang berterusan. 

Nasihat ikhlas, usahalah buat live yang dapat beri manfaat dan tidak hanya bergantung dengan niat untuk mendapatkan duit di TikTok semata-mata. 

 

Jangan Lupa Follow 
 
Tanda Support Host Islamik TikTok Malaysia

https://www.tiktok.com/@awadah_hawa


 

1 comment for "Cerita Nabi Kisah Sirah Rasulullah SAW Live Tiktok "

  1. Semoga terus istiqamah buat akak.. dah lama tak nampak akak menulis..

    ReplyDelete