Cara Hijrah Wanita Muslimah Memperbaiki Diri
Cara Hijrah Wanita Muslimah Memperbaiki Diri | Assalamualaikum semua. Salam persahabatan dari jauh untuk semua sahabat yang sudi membaca coretan saya di sini. Jika di tanya bagaimana cara hijrah wanita muslimah memperbaiki diri, terus terang saya salah seorang yang berusaha memperbaiki diri.
Saya mula berhijrah sedikit demi sedikit dengan niat cuba meninggalkan kehidupan lama yang penuh dengan kesilapan. Begitulah yang namanya manusia kan? Tak lepas dari berbuat kesilapan sama ada secara sedar mahupun yang tidak sedar.
Jika di cari pada searching Google, antara jawapan yang ditemui untuk tips atau cara hijrah wanita muslimah memperbaiki diri ni adalah seperti di bawah.
Tips Hijrah buat Para Muslimah
1. Bersihkan Hati
2. Niatkan Dengan Ikhlas
3. Jangan Menunda Hijrah
4. Berkumpul Dengan Orang Muslim
5. Bersabar dan Nikmati Prosesnya
Tetapi adakah cukup setakat dengan tips tersebut?
Proses Hijrah Tidak Mudah Tanpa Sahabat Seperjuangan
Bagi pendapat peribadi saya, untuk berhijrah ini perlukan juga teman yang boleh membantu memberi kata-kata semangat. Kata semangat untuk terus berjuang perbaiki diri. Kata semangat untuk sama-sama menjadi kuat dalam fasa untuk berubah kerana proses hijrah ini pastinya ada ujian yang perlu ditempuh.
Sahabat circle positif yang mempunyai hala tuju yang sama amatlah penting untuk kita sama-sama dapat berhijrah sambil memberi kata semangat untuk satu sama lain.
Dah Lama Cari Sahabat Hijrah Tapi Tak Tahu Di Mana?
Untuk sahabat yang punya niat untuk berubah dan berhijrah, tetapi tidak tahu di mana mahu mendapatkan sahabat seperjuangan untuk sama-sama berhijrah, sahabat boleh search Geng Kakak Sirah.
Geng Kakak Sirah merupakan sebuah circle positif yang bertujuan untuk berkenalan dan bersahabat dengan sesiapa saja yang punya niat untuk berubah berhijrah bersama-sama tetapi group ini hanya untuk sahabat perempuan sahaja.
Cara Paling Mudah Nak Jumpa Geng Kakak Sirah
Cara paling mudah untuk bertemu dengan Geng Kakak Sirah adalah melalui aplikasi TikTok. Sahabat boleh berkenalan secara terus dengan menyertai live Geng Kakak Sirah yang membawa penyampaikan kisah-kisah sirah Rasulullah SAW di TikTok.
klik : https://www.tiktok.com/@awadah_hawa
Post a Comment for "Cara Hijrah Wanita Muslimah Memperbaiki Diri"