Biodata Nabi Muhammad, Nama Penuh Rasulullah SAW
- Apakah Gelaran Nabi Muhammad SAW?
 - Bilakah tarikh lahir Nabi Muhammad SAW?
 - Bilakah Nabi Muhammad SAW Wafat?
 - Rasulullah SAW wafat pada umur berapa?
 - Nama penuh Nabi Muhammad SAW sehingga 7 keturunan (Nasab)
 - Nama bapa Nabi Muhammad SAW
 - Nama ibu Nabi Muhammad SAW
 - Nabi Muhammad SAW lahir di mana?
 - dan beberapa perkongsian lain yang berkenaan. 
 
Biodata Nabi Muhammad, Sejarah Hidup Rasulullah SAW | ||
| Nama : Muhammad Bin Abdullah Nama Penuh Rasulullah SAW : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muthalib Bin Hashim Nama dalam Jawi : Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: مُحَمَّد بِن عَبْد الله)   | ||
Gelaran Nabi Muhammad SAW | ||
Apakah
 nama gelaran Nabi Muhammad SAW? Ada beberapa gelaran nama untuk Baginda
 Nabi dan antara yang paling terkenal adalah Rasul Allah. Al Amin. Abu 
Qasim. Kenapa nama Gelaran Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allāh , Al-Amin dan Abu Qasim? Pastinya sahabat tahu gelaran Rasul Allah merujuk kepada diri Rasulullah SAW yang telah dipilih oleh Allah Taala sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Untuk gelaran lain sebagaimana di bawah. Maksud Gelaran Al Amin = Yang TerpercayaSesungguhnya
 Nabi Muhammad SAW sangat dipercayai oleh penduduk Mekah hingga di beri 
gelaran Al Amin yang membawa maksud paling terpercaya. Namun, selepas 
Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul oleh Allah SWT, golongan kafir 
Quraisy Mekah berubah sikap terhadap Rasulullah SAW. Maksud Gelaran Abu Qasim = Bapa Kepada Qasim  Kenapa
 Baginda Nabi Muhammad SAW dipanggil dengan gelaran Abu Qasim? Kerana 
nama anak sulung kepada Rasulullah SAW (hasil perkahwinan dengan 
Sayyidatina Khadijah) adalah Qasim. Sudah menjadi kebiasaan bagi 
masyarakat Arab memanggil seseorang dengan berpandukan kepada nama anak 
sulung.  Nama Penuh Nabi Muhammad SAW Sehingga 7 Keturunan ( Nasab )Di bawah ini dikongsikan nama penuh Nabi Muhammad SAW sehingga 7 keturunan. Nama
 Rasulullah SAW berpandukan pada nasab dengan ejaan yang betul 
berdasarkan ejaan dalam bahasa Arab, Aram atau Ibrani adalah ; 
 
 Nama Datuk, Nenek, Bapa dan Ibu Kepada Nabi Muhammad SAWNama datuk Rasulullah SAW : Abdul Muthalib Bin Hashim  Nama Nenek Rasulullah SAW : Fatimah Bintu Amr Nama ayahanda Rasulullah SAW : Abdullah Bin Abdul Muthalib Bin Hashim Nama ibunda Rasulullah SAW : Aminah Bintu Wahab Bin Abdul Manaf Tarikh Lahir Nabi Muhammad SAW Termasuk Tempat KelahiranNabi Muhammad SAW lahir ke dunia ini pada waktu Subuh dan Nabi Muhammad SAW lahir itu pada hari Isnin. Tarikh Lahir : 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masehi  Nabi Muhammad SAW lahir di mana? Tempat kelahiran : Makkah Al Mukarramah   Bila Nabi Muhammad SAW Wafat?Nabi Muhammad SAW wafat di tahun ke 11 hijrah. Setelah baginda Nabi Muhammad SAW berdakwah selama 23 tahun. 13 tahun tempoh Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah dan 10 tahun berikutnya tempoh Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah. 
 Baginda Nabi Muhammad SAW Wafat di Mana?Rasulullah SAW lahir dan membesar di Mekah. Kemudian Baginda Nabi berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Akhirnya Baginda Nabi memilih untuk meneruskan kehidupan di Madinah hingga ke akhir usia Rasulullah SAW. Rasulullah SAW Wafat Pada Umur Berapa?Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun, merujuk kepada usia Rasulullah SAW di saat Baginda menerima wahyu yang pertama di Gua Hira. Apabila di tambah dengan tempoh dakwah selama 23 tahun tadi, maka ada pendapat mengatakan usia Baginda Nabi Muhammad saw wafat adalah 63 tahun. Biodata Nabi Muhammad Penting Untuk Sekolah Rendah Tahun / Tingkatan Kisah berkenaan dengan biodata Rasulullah SAW ini sebenarnya sangat 
penting untuk adik-adik yang bersekolah. Kenapa? Kerana ianya ada dalam 
sukatan pelajaran. Maka tak hairanlah kenapa buku biodata Nabi Muhammad SAW laris di pasaran. Dalam Islam, sifat siddiq (benar) adalah 
sifat utama Rasulullah SAW. Di samping, sifat amanah (jujur), tabligh 
(menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).  
 Mahu Tahu Lebih Banyak Tentang Diri Rasulullah SAW? Nak lebih banyak ilmu yang bermanfaat? Nak lebih banyak ilmu berkenaan Rasulullah SAW? Nak dengar kisah-kisah hidup Rasulullah SAW bersama para sahabat Baginda Nabi Muhammad SAW? Jom! Ikuti live Kisah Sirah Nabi di TikTok. Pelbagai perkongsian cerita menarik berkenaan Rasulullah SAW ada di sana. 
 Live Kisah Sirah Nabi di TikTok Malaysia #kakaksirah @awadah_hawa  https://www.tiktok.com/@awadah_hawa 
  | ||

Allahhumma salli ala Sayyidina Muhammad. artikel lengkap boleh di berikan pada anak-anak untuk kenal nasi kesayangan
ReplyDeleteThanks for your sharing
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat berkenaan Nabi Muhammad ^^
ReplyDelete