Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lirik Lagu Terbaru 2025 : Hanya 1 Jalan

Lirik Lagu Terbaru 2025 : Hanya 1 Jalan | MasyaAllah, dah lama aku tak mencoret kata di dalam dada blog yang sentiasa aku sayangi ni. Mungkin kerana faktor masa menyebabkan aku tak sempat nak menaip. 

Actually banyak perkara telah berlaku dalam hidup aku. InsyaAllah ada masa , akan aku buka helaian kisah aku satu persatu.

Untuk permulaan, aku hanya boleh sampaikan, aku dalam fasa berubah diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Pelbagai kisah suka duka yang aku lalui tapi itu semua membuatkan aku semakin kental dan semakin kuat nekad mahu berhijrah.

 Aku hargai segala journey yang Allah beri pada aku teruatama journey aku terpaksa berhadapan dengan Depression tapi dari situ aku mula berubah dan terus berubah hingga ke saat ini.

 Anyway, dengan coretan ini bermakna aku kembali menaip semula alhamdulillah.

Lagu Ciptaan Sendiri : Hanya 1 Jalan  

Aku mulakan dengan perkongsian lagu ciptaanku sendiri dan semoga ianya dapat memberi inspirasi. Bait lirik mencerminkan kata hati aku sendiri.  

 lagu taubat hanya 1 jalan

 Inspirasi Lagu Hanya 1 Jalan 

Lagu hanya 1 jalan ini, berkonsepkan lagu motivasi (lagu taubat) terbaru yang baru disiapkan. Lagu taubat terbaru ni lyrics ku buatkan berdasarkan apa yang tersemat dalam hati aku sendiri. 

Mungkin ada yang terlintas, kenapa mesti lagu, sedangkan lebih afdal dengan solat taubat, doa taubat, zikir taubat dan sebagainya. Entahlah, mungkin ini salah satu cara yang aku dapat fikirkan untuk meluahkan isi hati aku sendiri.  

Video Penuh Lagu Taubat Terbaru : Hanya 1 Jalan 

 

Lirik Lagu : Hanya 1 Jalan 

Ya Allah Kau Maha Mendengar 

Segala rintihan hatiku yang gementar 

Maafkanku yang pernah menjauh 

Kini cinta hakikiMu yang ku buru 

 

 Dosa dan silap sering ku ulangi 

Namun kasihMu tak pernah pergi 

Ya Allah ampunkan aku 

Aku bertaubat kembali padaMu 

 

Niatku Impianku hanya satu 

Mahu berubah kekal di jalan Mu 

 

Ya Allah Kau Maha Melihat 

Hinanya diri ini seperti pekat malam 

Ampunkan aku sering alpa 

Namun kini taubat ku nyata 

 

Hidupku yang jahil Kau lorongkan 

Sirah Nabi Kau tunjukkan 

Sebagai jalan untuk ku pulang 

Bersama teman sepanjang jalan 

 

Ya Allah ampunkan aku 

Aku bertaubat kembali padaMu 

Niatku Impianku Hanya satu 

Mahu berubah kekal di jalan Mu 

 

Selamat mendengar dan semoga dapatlah bermanfaat sebagai lagu menyentuh hati untuk sesiapa yang sedang berjuang untuk istiqomah berhijrah seperti aku.

 Aamiin.  

Post a Comment for "Lirik Lagu Terbaru 2025 : Hanya 1 Jalan "