Hamil 6 Bulan Tapi Perut Nampak Kecil - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

12 Aug 2017

Hamil 6 Bulan Tapi Perut Nampak Kecil

3 BULAN SAJA LAGI..... PERGHH.. NERVOUS!
Pejam celik pejam celik dah tinggal hanya beberapa bulan saja lagi untuk aku tatap rupa si kecik dalam perut aku ni. Macamanalah rupanya kan? Jantina pun aku tak tahu. Bab jantina ni aku sendiri yang tak nak ambil tahu sebenarnya. Walau aku belum punya seorang puteri namun aku tak terlalu ghairah untuk tahu jantinanya. Biarlah... Apa saja yang Allah beri aku terima dengan penuh rasa syukur dan rendah diri.

Kalau nak ikutkan minggu ni kehamilan aku dah genap 6 bulan tapi.... entah mengapa untuk kandungan aku kali ni, perut aku nampak lebih leper jika di bandingkan dengan kandungan yang lepas-lepas. 

Aku mengandung ni pun ramai yang tak perasan. Ye lah aku kan selalu pakai pakaian yang longar so memang la tak akan perasan. Makin tak perasan bila time aku  pakai jubah. Memang cover habis.

Tapi hakikatnya memang perut aku kali ni nampak kecik pun. Jika nak di bandingkan dengan kandungan-kandungan aku sebelum ni, bila masuk usia kehamilan 6 bulan ni, oh my... buncit semacam! Berat pula tu. Masa solat nak rukuk dan sujud agak payah. Asyik mengah je.. tapi kali ni tak. Masa solat ringan, masa bergerak pun rasa mudah. Pendek kata macam orang tak mengandung pulak. 

Tapi... haa ada tapinya ni....


Foto Siti Awadah.
Tapi, alahan sejak awal mengandung punyalah teruk. Berbulan-bulan tak boleh nak terima makanan. Nak masak apatah lagi. Bau nasi mendidih pun aku dah tak leh nak tahan. Pening, muntah dan pitam silih berganti sejak dari awal mengandung sampailah dah masuk trismester ke dua. Sekarang ni pun aku masih lagi muntah-muntah di waktu pagi. Bila ke klinik, doktor bekalkan ubat. Kalau tak tahan sangat, aku ke farmasi pula beli ubat alahan khas untuk ibu mengandung. Tak perasan pula aku apa nama ubat tu tapi 1 papan tu harganya RM10.

Seperkara lagi, kandungan yang ke enam ni kedudukannya macam ke bawah sangat. Bila tekan bahagian atas perut ni macam kosongggg je. Akibatnya aku selalu rasa sakit di bahagian bawah tulang belakang. Kalau lepas drive keta lama-lama lagilah rasa sakit. Tapi sekarang alhamdulillah, lepas suami aku (si Qamar) tolong urut dengan minyak gamat panas selalu, sakit ni dah mula hilang dengan sendirinya dah.

Baru-baru ni kena minum air gula. Aduhai... macam nak tercekik rasanya. Orang lain yang minum di sebelah aku masa tu nampak selamba je. Seteguk seteguk diaorang telan dengan cepat tapi aku ni nak habiskan segelas tu pun ambil masa hampir sejam. Minum sikit rasa nak muntah. Minum sikit lagi, lagilah rasa nak muntah. Aku ngan suami ni bukan jenis suka minum air yang manis-manis. Agaknya sebab tu susah nak di telan. Rasa melekat je kat kerongkong. Last-last minum dengan air masak.. nurse pun asyik dok perati je sebab dia takut kalau aku minum air masak tu banyak ngat. Hehe... Mujurlah suami aku sanggup tunggu dengan sabar. Kalau dia tak sabar memang aku nak suruh dia je yang telan semua sampai licin. Wakaka.

BABY 6 BULAN DALAM KANDUNGAN
PERKEMBANGAN HAMIL 6 BULAN
  • Otak bayi memberi reaksi apabila terdapat sentuhan pada perut ibu
  • Jika di beri suluhan cahaya dari luar, bayi akan mengalihkan kedudukan
  • Mula mendengar suara-suara dari luar rahim
  • Makin mengenali dan mengingati suara ibunya 
  • Bayi terus menerus melakukan pernafasan kecil
  • Tubuh dan otak bayi semakin berkembang pesat 
  • Doktor mengatakan bayi boleh bermimpi selepas ini
  • Tulang janin semakin kukuh dan kuat
  • Uterus ibu saat ini adalah sebesar bola sepak

Hasil check dengan doktor semuanya okay. Urin test okay, kandungan gula dalam darah pun okay. Berat badan okay. Cuma yang kurang okay, bab alahan dan 'rupa' fizikal perut aku yang kurang memboyot ni je.. hehe.

Doakan moga semuanya baik ye... Makin lama makin nervous ni tau. Seram sejuk je rasa bila fikirkan sakit masa nak melahirkan nanti.. huhuhu.


6 comments:

  1. Moga dipermudahkan urusan... Ni anak ke berapa dah ni?

    ReplyDelete
  2. ingat lagi awa edit blog gee haritu kan tengah alahan..hehe..btw semoga dipermudahkan awa melahirkan baby..jantina surprise kat labour room je..lagi syok!

    ReplyDelete
  3. Tak sabar ni nak tunggu kehadiran si comel. Nanti dah bersalin hilang lah segala rasa perit alahan tu. Sabar sikit je lagi nak menanggung. Uhuhuhu. Pernah rasa part nasi pun tak boleh telan. Ya Allah nak menangis rindu nak makan nasi. Nasib baik mengandung ni kejap je.

    ReplyDelete
  4. Kejap jer dah 6 bulan ye sis awa.. mmg tak sabar tunggu saat kelahiran. dlm masa yg sama berdebar2 kan.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan untuk awa..

    ReplyDelete