Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Isteri Hamil Suami Alahan Teruk, Kenapa Ini Berlaku?

Isteri Hamil Suami Alahan Teruk, Kenapa Ini Berlaku? | Isteri mengandung tapi suami yang alahan. Percaya atau tidak itu lah yang sering berlaku setiap kali aku di sahkan hamil. Sepanjang mengandung enam orang anak alhamdulillah aku tak ada mengalami morning sickness yang teruk. 

Kalau ada pun sekejap saja masa bulan pertama pastu dah terus okay dan mula selera nak makan itu dan ini. Berat masa mengandung juga bertambah dengan cepat dan terus meningkat sehingga tiba hari untuk melahirkan.

Tapi berbeza pula dengan keadaan suami aku. Aku mengandung dia yang alahan teruk. Aku hamil tapi dia yang muntah-muntah dan mengidam. Aku mengandung dia yang akan cari asam-asam. Aku mengandung dia yang akan terpaksa cuti sakit sebab demam teruk. Malah sepanjang aku mengandung selera makannya juga kelihatan agak menurun.

isteri-hamil-suami-alahan

Aku ni selamba jer. Asam sama sekali aku tak sentuh sebaliknya aku lebih suka makan aiskrim ketika mengandung. Aiskrim vs asam, of course aiskrim lagi sedap. 

Sebab tu setiap kali aku mengandung aku sama sekali tak boleh nak buat suprise pada suami. Sebaliknya dia yang akan suprise kan aku. Ye lah macamana nak buat suprise kalau dah dia dulu yang dapat kesan tanda-tanda awal tu? 

Suami Demam Tanda Istri Hamil 

Kerana itulah juga aku terpaksa membeli alat pregnancy test lebih awal dan simpan dalam laci di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau suami beritahu dia rasa pelik semacam, aku akan check guna pregnancy test.

Jika benar mengandung Alhamdulillah, kami akan celebrate berita gembira tu dengan anak-anak yang lain tapi jika aku check bukan mengandung bermakna suami aku tersalah makan lah tu. 

Kalau lambat period pun aku akan check, bukannya apa aku takut kalau tersalah makan sampai boleh effect baby.

Masih aku ingat lagi saat ngandung anak sulung, kesian betul kat suami. Dah macam orang mabuk. Kejap-kejap pening, kejap-kejap muntah sampaikan nak makan apa satu pun dia tak lalu. Stok asam dan jeruk memang berlambak kat rumah time aku mengandung tapi itu lah, bukan aku yang makan tapi dia (suami).


Aku tak ubah seperti isteri hamil yang bahagia tapi suami yang terpaksa tanggung alahan teruk. Dan aku yakin, bukan aku seorang saja pernah alami perkara seperti ini. 

Kenapa alahan ketika mengandung boleh menjangkiti suami? Sebenarnya apa yang berlaku pada suami hingga mengalami alahan sewaktu kehamilan isteri disebabkan oleh sejenis sindrom yang disebut sebagai Couvade Syndrom.


Apakah Sebenarnya Couvade Syndrom Ini?


Sindrom Couvade adalah keadaan di mana pasangan wanita hamil (iaitu suami/lelaki) mengalami simptom kehamilan yang sama atau serupa. Ini ada kaitan dengan keserasian. Pasangan yang serasi dikaitkan dengan si suami akan turut terkena 'alahan' apabila isterinya hamil.

Sindrom couvade ini, antara simptom paling ketara apabila si suami mengalami muntah-muntah, loya dan mood swing masa isteri mengandung. Suami akan turut alami rasa pedih ulu hati, sakit perut, perut kembung dan perubahan pada fizikal. 

Hmm.. isteri hamil suami yang sakit. Sebab itu, jika suami demam muntah boleh jadi salah satu tanda istri hamil. 

Sebab Kenapa Couvade Syndrom Ini Boleh Berlaku 


Ia adalah sejenis kehamilan simpatetik iaitu suami yang akan mengalami alahan mengandung tersebut. Couvade Syndrom akan berlaku dengan sendirinya ke atas tubuh sang suami saat isterinya hamil. Sindrom ini terjadi di sebabkan rasa stress yang amat kuat di dalam tubuh suami. 

Stress ini muncul kerana suami terlalu risau yang amat sangat akan keselamatan isteri dan cahayamata barunya. Akibat rasa stress tadi, tubuh suami akan mula mengeluarkan zat kimia yang akan menyebabkan dirinya berasa terlalu amat simpati dengan keadaan si isteri. 


Tempoh Berapa Lama Suami Perlu Alahan Teruk 


Ketika isteri mula hamil, tubuh suami akan mula mengalami simptom sama seperti seorang wanita yang sedang hamil. Simptom ini tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya setelah suami mula rasa tenang semula nanti. 

Namun tidak di nafikan ada suami yang terpaksa menghadapi simptom ini sepanjang isterinya mengandung dan semuanya kembali normal hanya setelah isterinya selamat melahirkan.

Rasanya ini adalah satu ujian nyata dari Allah swt supaya suami dan isteri itu saling sayang menyayangi dan susah senang bersama-sama demi sebuah kelahiran.


Read This :
Kesimpulan

Melalui proses kehamilan dan kelahiran bukan satu perkara yang mudah. Seorang wanita akan mengalami alahan ketika mengandung. Jika suami boleh rasa alahan teruk ataupun tidak ketika isteri sedang hamil, ada baiknya juga. Setidaknya suami boleh tahu, oh begini keadaannya bila mengandung. 

Untuk suami yang sedang buat ragam mengalahkan isteri yang sedang hamil, harap bersabar ya. Kehamilan ini lalui sebagai pengalaman terindah bersama isteri dalam proses untuk menimang cahayamata tersayang. 

Isteri-isteri yang sedang hamil tu pula, janganlah terlalu mendera suami. Kasihanilah mereka yang sedang cuba melakukan perkara terbaik untuk kita. 

Jika suami turut terkena alahan teruk bersama isteri, kasihanilah mereka yang sedang cuba mengatasi semua alahan tersebut. Kita sendiri kadang tu tak tahu perasaan suami bila isteri mengandung. 

Semoga perkongsian berkaitan Couvade Syndrom ini dapat menjawab kenapa isteri hamil tapi suami yang kena alahan teruk hingga mengalahkan isteri yang sedang mengandung. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


20 comments for "Isteri Hamil Suami Alahan Teruk, Kenapa Ini Berlaku?"

  1. Replies
    1. tapi saat melahirkan tetap sis juga yang kena hadapi. Haha

      Delete
  2. seronok kalau takde alahan..
    senang nak makan and buat kerja..
    semoga terus dipermudahkan urusan
    btw jemput singgah tempat saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi datang sini, nanti sis singgah ya :D

      Delete
  3. Wah baru tau sebab apa... rupanya suami risau sangat... alhamdulillah dikurniakan suami begitu... npe saya tak alah, takkan tak risau kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak alah tak bermakna tak risau. Tapi kan, nak tau juga dari sudut seorang suami, masa isteri hamil dan bersalin tu, risau tahap mana ya? Buat lah satu entry kat blog tu tajuk ni.. sis teringin nak tau dari sudut seorang suami :D

      Delete
  4. ohh couvade symptom..baru fae tau eheh

    ReplyDelete
  5. Umi pulak kena evening sickness utk semua kehamilan dan nasib baik la dhubby tak kena couvade symptom tu walau dia punya kerisauan tu buat kita risau..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo evening.. lain drp yg lain ni.. selalunya kena morning :D

      Delete
  6. Jadi betullah tu ya. sebab time Mrs. A pregnant dulu yang 1st tu memang Mr. A yang alah tapi bila cerita kat kawan office ada setengah tu kata mengarut ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah MrsA. tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap :D

      Delete
  7. mcm sweet je klau sang suami yg muntah2, baru sama2 rasa mengndung tu mcamana, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah juga timm oi.. duduk rumah asyik cuti je nak itu nak ini.. ngada lebih dr kita pulak

      Delete
  8. Sama lah kita, setiap kali mengandung, dia yang dapat simptom, berubah ikut bulan pulak tue... Nasib baik time nak beranak bukan dia yang rasa sakit, kan tak semena-mena tgh layan suami sakit, tgk anak dah keluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau time beranak dia sakit juga alamatnya tak ke hospital la kita... ataupun dua2 akan gi tapi naik ambulance haha

      Delete
  9. baru tau morning sickness utk lelaki namanya couvade syndrom. baru la adil kan isteri sakit bersalin suami hadap alahan. fare n square hihi
    1"harap2 next pregnant suami rasa mual dan loya macam mana

    ReplyDelete
  10. baru tau morning sickness utk lelaki namanya couvade syndrom. baru la adil kan isteri sakit bersalin suami hadap alahan. fare n square hihi
    1"harap2 next pregnant suami rasa mual dan loya macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... kata bapa baby... so harus la tanggung sama2 hehe

      Delete
  11. Salam. sy upt positif tp takut nk berharap sbb last pregnancy x menjadi. Dr kata klau x ada mual2 muntah mcm pregnancy sebelum ni means something x kena. Suami kali ni muntah hari2 loya katanya. Sy risau sbb sy x ada pun morning sickness. Tp perut membesar. Walahualam. Jika berjaya smpai lebih 3 bulan InsyaAllah sy yakin nk jmpa Dr. Doakan sy ye.

    ReplyDelete