Cara Guna Pregnant Test Dengan Betul Dan Jenis Pregnancy Test Di Pasaran
Cara Guna Pregnant Test Dengan Betul & Jenis Jenis Pregnancy Test Di Pasaran | Mahu tahu cara guna pregnant test dengan betul, jenis-jenis Pregnancy Test dipasaran, mana nak beli dan berapa harga? Sila baca artikel ini hingga habis dan semua pertanyaan tu akan mendapat jawapannya.
Pertama kali, kena tahu yang pregnant test ini ada banyak sebenarnya dan untuk wanita yang telah berkahwin hendaklah tahu bagaimana cara untuk guna pregnancy test dengan betul.
Penting tau untuk tahu cara bagaimana nak check kehamilan sendiri di rumah kerana ia dapat membantu kita untuk tahu lebih awal dan secara tak langsung, dapat elakkan diri dari tersalah makan ubat atau sebagainya.
Urine pregnancy test (UPT) , boleh juga guna untuk check tiap-tiap bulan jika tempoh masa haid agak lambat. Tapi, ada juga dikalangan wanita berkahwin yang obses dengan urine pregnancy test (UPT) tiap-tiap bulan walaupun tahu tak mengandung.
Dah jadi terbiasa agaknya. Keputusan yang dapat hasil dari guna urine pregnancy test ini selalunya memang tepat! Jika selepas check positif, haaa memang mengandung la tu.
Kenali Jenis-Jenis Pregnancy Test Yang Ada Di Pasaran
Pregnancy Test ini pelbagai jenis. Ada 3 jenis UPT di pasaran, jenis kaset, strip dan digital. Bagi sesetengah orang ia suka jenis ujian kehamilan dalam bentuk strip dan ada juga yang suka guna dalam bentuk kaset. Atas kita nak guna jenis yang mana satu.
Tak kisah guna jenis yang mana kerana setiap ujian kehamilan ini memang direka bentuk untuk satu tujuan yang sama.
Antara jenis alat pengesan kehamilan atau pregnancy test yang ada dipasaran dan boleh dibeli dengan mudah adalah strip, midstream dan juga cassette.
Alat Urine Pregnancy Test (UPT) ini merupakan kaedah ujian yang dilakukan untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin dalam tubuh seorang wanita yang hamil.
Di Mana Ada Jual & Berapa Harga Pregnancy Test
Dimana ada jual untuk beli pregnancy test ini dengan mudah? Pregnancy test untuk check sendiri kehamilan di rumah ini boleh di beli dari beberapa tempat seperti farmasi, Watson. 7e (7Eleven), Guardian dan juga klinik swasta yang berdekatan.
Harga pregnancy test ini ada yang murah dan ada yang mahal bergantung pada jenis pregnancy test yang dijual. Contoh harga pregnancy test yang dijual adalah seperti yang berikut.
![]() |
- Harga Pregnancy Test di Watsons - |
Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul Di Rumah
Untuk tahu keputusan sama ada mengandung ataupun tidak, hendaklah tahu dulu bagaimana cara penggunaan untuk pregnancy test ini. Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?
Cara penggunaan setiap jenis home pregnancy test ini bergantung pada jenis bentuk pregnancy test itu sendiri. Mudah saja cara guna pregnancy test ni sebenarnya. Lebih kurang je pun cara guna cuma atas kita untuk lebih selesa mahu guna yang mana.
Di sini akan dikongsikan panduan cara guna pregnancy test dan untuk memudahkan urusan, pastikan ambil kira empat perkara penting seperti dalam gambar di bawah ini.
#1 - Cara Guna Pregnancy Test Strip
#2 - Cara Guna Pregnancy Test Cassette
#3 - Cara Guna Pregnancy Test Clear Blue
#4 - Cara Guna Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL
Selain tiga jenis pregnancy test di atas, ada sejenis lagi alat check kehamilan di rumah yang boleh digunakan iaitu Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL.
Untuk ujian kehamilan jenis ini ia akan memberikan keputusan yang lebih detail berserta dengan usia kehamilan sekali dalam jumlah kiraan berapa minggu.
Cara nak pregnancy test digital Clearblue ini dengan menyediakan urine (air kencing) dalam bekas yang kering dan bersih.
Celupkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam air kencing selama 20 saat kemudian pasangkan kembali tudungnya dan letakkan jalur ujian kehamilan digital itu secara mendatar sementara menunggu keputusan.
Selalunya perlu tunggu 3 minit dan bacaan keputusan akan kelihatan.
Untuk pregnancy test jenis clearblue digital ini, boleh beli dengan mudah di Watsons atau Guardian Malaysia dengan harga RM30 dan ke atas.
Cara Tahu Hasil Check Keputusan Kehamilan Guna Pregnancy Test
Q & A : Soalan Berkaitan Pregnancy Test
Soalan 1 : Pening memikirkan bila boleh buat pregnancy test, bilakah waktu sesuai guna pregnancy test?
Soalan 2 - Pukul berapa sesuai check upt?
Soalan 3 - Hari ke berapa boleh tahu mengandung?
Soalan 4 - Kenapa line ke dua nampak kabur?
Soalan 5 - Adakah masa nak guna pregnancy test baru kencing?
- Tanda-Tanda Awal Sedang Hamil
- Cara Bacaan Bismillah 5 Sebagai Pendinding
- Maksud Mimpi Hamil Dan Melahirkan
- Senarai Harga Kek Secret Recipe
- Daun Keladi Viral, Gambar & Tips Penjagaan
Soalan 6 : Apakah pregnancy test yang paling tepat? Boleh ke detect kehamilan sebelum period due?
Apakah ada beza ujian kehamilan di rumah dengan yang dijalankan oleh doktor? Sebenarnya, alat penguji yang paling sensitif di klinik atau di rumah sama saja. Walaupun check sendiri di rumah sudah boleh menunjukkan hamil atau tidak.
Pregnancy test harga mahal tak bermakna lebih tepat dari pregnancy test harga murah. Semua jenis alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat jika mengikut arahan dengan betul ketika menggunakannya.
'boleh ke detect kehamilan sebelum period due? Ya boleh. Jika kebetulan memang tengah mengandung dan buat check test sebelum period due, InshaAllah sudah boleh tahu.
Jadi jika rasa tak sedap badan dan ada simptom mengandung seperti morning sickness dan sebagainya, bolehlah check.
Soalan 7 : Malu nak sebut Pregnancy Test masa beli, ada nama singkatan lain tak?
Pengalaman Sepanjang Guna Pregnancy Test Di Rumah Selama Ini
Daku berkahwin dah berbelas tahun dan untuk ke enam-enam anakku, memang semuanya daku dah check dulu sama ada hamil ataupun tidak di rumah sendiri dengan menggunakan pregnancy test.
Bila dapat keputusan +ve maka daku akan ke klinik berhampiran untuk disahkan oleh doktor dan buat scan bagi melihat keadaan kandungan pada waktu tersebut.
Dengan scan ini, secara tak langsung doktor boleh memberitahu anggaran usia janin mengikut ukuran dan penelitian yang dibuat ketika scan.
Bila dah tahu usia, bolehlah minta khidmat nasihat doktor tentang waktu yang terbaik untuk buat buku merah untuk proses check kehamilan yang berikutnya.
Jika nak check di hospital kerajaan, boleh pergi daftar buka buku merah di mana-mana klinik kesihatan kerajaan yang terdekat mengikut tarikh yang doktor klinik swasta dah sarankan tadi.
Jenis Pregnancy Test Yang Menjadi Pilihan
Dalam banyak-banyak jenis alat pregnancy test, daku lebih suka menggunakan jenis cassette. Pregnancy cassette test ini alat test kehamilan dalam bentuk stick yang digunakan dengan cara menitiskan urine pada alat tersebut.
Harga pregnancy test ini daku beli di farmasi berhampiran, murah je pun. Hanya dalam RM8 gitu. Jika kebetulan, hasil pertama lepas check kelihatan kabur maka daku akan beli lagi dalam 2 unit sebagai standby untuk check lagi nanti.
Tempoh jangka masa untuk check untuk kali berikutnya, seeloknya selang seminggu atau 2 minggu macam tu.
Adakah Sedang Hamil Anak Yang Ke 7?
Beli pregnacny test ni memang untuk check sama ada sedang hamil anak yang ke 7 ataupun tidak sebab kebetulan tarikh datang period sudah lewat dari kebiasaan. Dub dap jugalah, +ve atau -ve agaknya ni?
Hasil buat pemeriksaan kehamilan sendiri di rumah dengan menggunakan pregnancy test ini, ternyata -ve, ini bermaksud tidak hamil dan beberapa hari selepas tarikh buat check test ini, period pun datang macam biasa. So confirmlah , tidak mengandung.
Gambar Pregnant Test Negatif
Masa tengah buat test kehamilan sendiri kat rumah ni, terfikir untuk kongsikan tentang jenis pregnancy test yang ada dipasaran termasuk cara bagaimana nak guna pregnancy test dengan betul.
Selain tu boleh jawab soalan-soalan berkaitan seperti waktu terbaik cek kehamilan, jenis pregnancy test di Watson, harga pregnancy test di Guardian, waktu sesuai guna pregnancy test dan lain-lain lagi.
5 Kelebihan Menggunakan Pregnancy Test Di Rumah
- dapat memberitahu diri sendiri sedang hamil
- dapat berkongsi kegembiraan dengan suami dan famili
- dapat membuat persediaan dari awal untuk menerima kehadiran orang baru
- dapat menjaga makan minum untuk kesihatan baby
- dapat menjaga kesihatan diri dengan lebih baik lagi berbanding sebelumnya
Kesimpulan
Ramai tertanya-tanya brand UPT apa yang terbaik di pasaran? Jenis manakah yang terbaik? Bagi aku, semua jenis UPT terbaik dan boleh digunakan. Jenis-jenis Urine Pregnancy Test (UPT), tahap keberkesanannya dan cara penggunaannya mempunyai kelebihan masing-masing
Bagi memastikan ujian kehamilan menunjukkan keputusan yang betul, pastikan rujuk doktor bagi mendapatkan kesahihan. Keputusan pregnancy test yang paling tepat, sudah tentulah dari hasil scan. Boleh nampak dengan jelas, benar-benar ada 'isi' atau tak.
Itulah serba sedikit info mengenai jenis pregnancy test berserta dengan cara menggunakannya dengan betul bagi mendapatkan hasil ujian kehamilan yang tepat. Cara nak guna pregnancy test ini tak susahpun, jadi jangan takut ya.


Saya paling suka yang clearblue. Dulu beli dan simpan di rumah sebab nak check, pregnant ke tak sebab nak anak. Bila single line, sedih. Sekarang, simpan untuk menyedapkan hati supaya diri kekal tak pregnant bila dah cek dengan kit ni, sebab takut nak mengandung lagi haha
ReplyDeletesama sis pun ada beli simpan buat stok. cukuplah rasa 6 orang anak buat masa ni. tapi kalau Allah SWT kasi rezeki lagi, ya terima je hehe
DeleteKalau dapat result 2 line..memang gembira bukan main lagi. Rasa dunia ni ana yang punya..
ReplyDeletebetul tu. lg2 untuk anak sulung. excited bukan main
Deletesuspens bila nak tengok line test tu naik jadi 2 line ke tak...kalau naik 2 line alhamdulillah positif..saya mengandung..thanks for sharing
ReplyDeletebetul2 suspen. risau kalau ada time x ready sbb anak masih kecik pun ya jugak kdg2 tu hehe
DeleteWahhh saya baru tau kali jika ada berbagai macam bentuk untuk pregnancy test macam tu.. Saya pikir hanya ada satu je, tapi nyatanya banyak juga yaa.. Trima kasih infonya, bisa menjadi pengetahuan baru tuk saya kelak kalau sudah menikah dengan orang lain..
ReplyDeletebanyak bentuk! sama2, moga bemanfaat. cepat2 dpt jodoh juga ya
Deletekesemua ni Syu tak pernah guna lagi. harap berpeluang guna benda ni suatu hari nanti.
ReplyDeletesis doakan syu dapat peluang utk guna ni semua nnti ya. aamiin
Delete