Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Guna Pregnant Test Dengan Betul Dan Jenis Pregnancy Test Di Pasaran

Cara Guna Pregnant Test Dengan Betul & Jenis Jenis Pregnancy Test Di Pasaran | Mahu tahu cara guna pregnant test dengan betul, jenis-jenis Pregnancy Test dipasaran, mana nak beli dan berapa harga? Sila baca artikel ini hingga habis dan semua pertanyaan tu akan mendapat jawapannya.

Pertama kali, kena tahu yang pregnant test ini ada banyak sebenarnya dan untuk wanita yang telah berkahwin hendaklah tahu bagaimana cara untuk guna pregnancy test dengan betul. 

Penting tau untuk tahu cara bagaimana nak check kehamilan sendiri di rumah kerana ia dapat membantu kita untuk tahu lebih awal dan secara tak langsung, dapat elakkan diri dari tersalah makan ubat atau sebagainya. 

Urine pregnancy test (UPT) , boleh juga guna untuk check tiap-tiap bulan jika tempoh masa haid agak lambat. Tapi, ada juga dikalangan wanita berkahwin yang obses dengan urine pregnancy test (UPT) tiap-tiap bulan walaupun tahu tak mengandung. 

Dah jadi terbiasa agaknya. Keputusan yang dapat hasil dari guna urine pregnancy test ini selalunya memang tepat! Jika selepas check positif, haaa memang mengandung la tu. 

jenis-cara-guna-pregnancy-test-di-rumah

Kenali Jenis-Jenis Pregnancy Test Yang Ada Di Pasaran 

Pregnancy Test ini pelbagai jenis. Ada 3 jenis UPT di pasaran, jenis kaset, strip dan digital. Bagi sesetengah orang ia suka jenis ujian kehamilan dalam bentuk strip dan ada juga yang suka guna dalam bentuk kaset. Atas kita nak guna jenis yang mana satu. 

Tak kisah guna jenis yang mana kerana setiap ujian kehamilan ini memang direka bentuk untuk satu tujuan yang sama. 

Antara jenis alat pengesan kehamilan atau pregnancy test yang ada dipasaran dan boleh dibeli dengan mudah adalah strip, midstream dan juga cassette.

 Alat Urine Pregnancy Test (UPT) ini merupakan kaedah ujian yang dilakukan untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin dalam tubuh seorang wanita yang hamil. 

jenis-pregnancy-test

jenis-pregnancy-test

Di Mana Ada Jual & Berapa Harga Pregnancy Test 

Dimana ada jual untuk beli pregnancy test ini dengan mudah? Pregnancy test untuk check sendiri kehamilan di rumah ini boleh di beli dari beberapa tempat seperti farmasi, Watson. 7e (7Eleven), Guardian dan juga klinik swasta yang berdekatan. 

Harga pregnancy test ini ada yang murah dan ada yang mahal bergantung pada jenis pregnancy test yang dijual. Contoh harga pregnancy test yang dijual adalah seperti yang berikut. 

jenis-pregnancy-test-watson
- Harga Pregnancy Test di Watsons -


Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul Di Rumah 

Untuk tahu keputusan sama ada mengandung ataupun tidak, hendaklah tahu dulu bagaimana cara penggunaan untuk pregnancy test ini. Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah? 

Cara penggunaan setiap jenis home pregnancy test ini bergantung pada jenis bentuk pregnancy test itu sendiri. Mudah saja cara guna pregnancy test ni sebenarnya. Lebih kurang je pun cara guna cuma atas kita untuk lebih selesa mahu guna yang mana. 

Di sini akan dikongsikan panduan cara guna pregnancy test dan untuk memudahkan urusan, pastikan ambil kira empat perkara penting seperti dalam gambar di bawah ini.  

jenis-pregnancy-test

#1 - Cara Guna Pregnancy Test Strip 

Untuk pregnancy test jenis strip ini, ia bersifat dip n tell di mana si isteri hanya perlu sediakan bekas untuk urine (air kencing) kemudian rendamkan sekejap hujung alat test kehamilan ini (bahagian berwarna putih) ke dalam bekas urine tadi. Keputusan akan kelihatan selepas itu.
jenis-pregnancy-test

#2 - Cara Guna Pregnancy Test Cassette 

Untuk jenis cassette ini, perlu sediakan satu bekas untuk urine. Kemudian titiskan 2 ke 3 titik urine tadi pada satu tempat (seakan lubang kecil) pada bahagian hujung alat test kehamilan jenis cassette ini. Keputusan akan muncul serta merta dalam masa beberapa saat saja. 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul

#3 - Cara Guna Pregnancy Test Clear Blue 

Untuk alat Pregnancy Test dari jenis Clear Blue, boleh ikut panduan seperti dalam gambar di bawah. 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul

#4 - Cara Guna Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL 

Selain tiga jenis pregnancy test di atas, ada sejenis lagi alat check kehamilan di rumah yang boleh digunakan iaitu Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL. 

Untuk ujian kehamilan jenis ini ia akan memberikan keputusan yang lebih detail berserta dengan usia kehamilan sekali dalam jumlah kiraan berapa minggu. 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul

Cara nak pregnancy test digital Clearblue ini dengan menyediakan urine (air kencing) dalam bekas yang kering dan bersih. 

Celupkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam air kencing selama 20 saat kemudian pasangkan kembali tudungnya dan letakkan jalur ujian kehamilan digital itu secara mendatar sementara menunggu keputusan. 

Selalunya perlu tunggu 3 minit dan bacaan keputusan akan kelihatan.

Untuk pregnancy test jenis clearblue digital ini, boleh beli dengan mudah di Watsons atau Guardian Malaysia dengan harga RM30 dan ke atas. 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul


Cara Tahu Hasil Check Keputusan Kehamilan Guna Pregnancy Test 

Nak tahu mudah saja. Jika hanya 1 line ia bermakna negetif (-ve) dan jika 2 (double) line maka ia bermaksus positif (+ve). Jika -ve maksudnya tidak hamil dan jika +ve itu tandanya memang sedang hamil! Tahniah! 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul

Q & A : Soalan Berkaitan Pregnancy Test

Soalan 1 : Pening memikirkan bila boleh buat pregnancy test, bilakah waktu sesuai guna pregnancy test?

Jawapannya, waktu yang paling sesuai untuk buat ujian pregnancy test adalah ketika haid lewat datang melebihi seminggu dan ke atas. 


Soalan 2 - Pukul berapa sesuai check upt? 

Untuk masa sesuai lakukan ujian kehamilan sendiri, yang paling baik melakukan pregnacny test ini adalah pada waktu awal pagi sebaik saja bangun dari tidur. 

Waktu yang paling sesuai untuk buat ujian pregnancy test adalah menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun dari tidur pada waktu pagi.

Tapi jika rasa nak test pada waktu yang lain pun boleh juga. Tak ada masalah pukul berapa pun! Terpulanglah nak check upt waktu petang ke, cek upt waktu tengahari ke, terpulang atas kesesuaian dan kehendak diri sendiri. 

Soalan 3 - Hari ke berapa boleh tahu mengandung?

Alat urine pregnancy test (UPT) ini boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari kehamilan. Tapi, untuk ujian darah, ia lebih sensitif berbanding ujian air kencing jadi ujian darah boleh mengesan kehamilan dari tempoh enam hingga lapan hari selepas ovulasi (kitaran haid). 

Soalan 4 - Kenapa line ke dua nampak kabur? 

Tidak dinafikan, pregnant test line kabur ini boleh terjadi Dan sebab mengapa ujian kehamilan pudar bukan bermakna alat pregnancy test itu rosak tetapi ia merupakan tanda mengandung yang tetap boleh diterima juga. 

Line ke dua nampak kabur ini disebabkan oleh usia kehamilan itu sendiri. Disebabkan semasa buat pemeriksaan kehamilan guna alat pregnancy test itu, usia baby masih terlalu awal maka disebabkan itu line kelihatan sangat kabur. 

Jika ini berlaku, adalah disarankan untuk check semula guna Urine Pregnancy Test dalam masa beberapa minggu lagi untuk sahkan kehamilan dengan keputusan yang lebih jelas. 

Di sini, disertakan sekali gambar hasil check guna pregnancy test dari line yang kabur kepada jelas dan terang mengikut usia kehamilan itu sendiri. 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul


Soalan 5 - Adakah masa nak guna pregnancy test baru kencing?

Ya, masa nak guna pregnancy test tu baru sediakan urine, tak perlu nak simpan air kencing sejak malam sebelumnya atau apa. Boleh terus check on the spot pada bila-bila masa saja. 



Read This :

Soalan 6 : Apakah pregnancy test yang paling tepat? Boleh ke detect kehamilan sebelum period due?

Apakah ada beza ujian kehamilan di rumah dengan yang dijalankan oleh doktor? Sebenarnya, alat penguji yang paling sensitif di klinik atau di rumah sama saja. Walaupun check sendiri di rumah sudah boleh menunjukkan hamil atau tidak. 

Pregnancy test harga mahal tak bermakna lebih tepat dari pregnancy test harga murah. Semua jenis alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat jika mengikut arahan dengan betul ketika menggunakannya. 

'boleh ke detect kehamilan sebelum period due? Ya boleh. Jika kebetulan memang tengah mengandung dan buat check test sebelum period due, InshaAllah sudah boleh tahu. 

Jadi jika rasa tak sedap badan dan ada simptom mengandung seperti morning sickness dan sebagainya, bolehlah check.

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul

Soalan 7 : Malu nak sebut Pregnancy Test masa beli, ada nama singkatan lain tak?

Bagi yang terasa malu nak sebut ayat 'alat pregnancy test' semasa urusan beli baik di farmasi, watsons, guardian, klinik swasta, 7e dan sebagainya, boleh guna nama singkatan UPT ataupun hCG. 

UPT ini merupakan singkatan kepada 'urine pregnancy test' dan hCG adalah singkatan kepada human chorionic gonadotropin. 

Untuk para suami di luar sana, jika tiba-tiba isteri mohon tolong belikan home pregnancy test ini, boleh beli dengan menggunakan sebutan ringkas. Manalah tahu, terasa segan dengan petugas di farmasi tu ke. 

Jenis Pregnancy Test & Cara Guna Yang Betul

Pengalaman Sepanjang Guna Pregnancy Test Di Rumah Selama Ini 

Daku berkahwin dah berbelas tahun dan untuk ke enam-enam anakku, memang semuanya daku dah check dulu sama ada hamil ataupun tidak di rumah sendiri dengan menggunakan pregnancy test. 

Bila dapat keputusan +ve maka daku akan ke klinik berhampiran untuk disahkan oleh doktor dan buat scan bagi melihat keadaan kandungan pada waktu tersebut.

Dengan scan ini, secara tak langsung doktor boleh memberitahu anggaran usia janin mengikut ukuran dan penelitian yang dibuat ketika scan. 

Bila dah tahu usia, bolehlah minta khidmat nasihat doktor tentang waktu yang terbaik untuk buat buku merah untuk proses check kehamilan yang berikutnya. 

Jika nak check di hospital kerajaan, boleh pergi daftar buka buku merah di mana-mana klinik kesihatan kerajaan yang terdekat mengikut tarikh yang doktor klinik swasta dah sarankan tadi. 

Jenis Pregnancy Test Yang Menjadi Pilihan

Dalam banyak-banyak jenis alat pregnancy test, daku lebih suka menggunakan jenis cassette. Pregnancy cassette test ini alat test kehamilan dalam bentuk stick yang digunakan dengan cara menitiskan urine pada alat tersebut. 

Harga pregnancy test ini daku beli di farmasi berhampiran, murah je pun. Hanya dalam RM8 gitu. Jika kebetulan, hasil pertama lepas check kelihatan kabur maka daku akan beli lagi dalam 2 unit sebagai standby untuk check lagi nanti.

 Tempoh jangka masa untuk check untuk kali berikutnya, seeloknya selang seminggu atau 2 minggu macam tu. 

Adakah Sedang Hamil Anak Yang Ke 7?

Beli pregnacny test ni memang untuk check sama ada sedang hamil anak yang ke 7 ataupun tidak sebab kebetulan tarikh datang period sudah lewat dari kebiasaan. Dub dap jugalah, +ve atau -ve agaknya ni?

Hasil buat pemeriksaan kehamilan sendiri di rumah dengan menggunakan pregnancy test ini, ternyata -ve, ini bermaksud tidak hamil dan beberapa hari selepas tarikh buat check test ini, period pun datang macam biasa. So confirmlah , tidak mengandung. 

Gambar Pregnant Test Negatif 

gambar-pregnancy-test-negatif


Masa tengah buat test kehamilan sendiri kat rumah ni, terfikir untuk kongsikan tentang jenis pregnancy test yang ada dipasaran termasuk cara bagaimana nak guna pregnancy test dengan betul.

Selain tu boleh jawab soalan-soalan berkaitan seperti waktu terbaik cek kehamilan, jenis pregnancy test di Watson, harga pregnancy test di Guardian, waktu sesuai guna pregnancy test dan lain-lain lagi. 


5 Kelebihan Menggunakan Pregnancy Test Di Rumah 

  1. dapat memberitahu diri sendiri sedang hamil 
  2. dapat berkongsi kegembiraan dengan suami dan famili 
  3. dapat membuat persediaan dari awal untuk menerima kehadiran orang baru 
  4. dapat menjaga makan minum untuk kesihatan baby
  5. dapat menjaga kesihatan diri dengan lebih baik lagi berbanding sebelumnya 


Kesimpulan 

Ramai tertanya-tanya brand UPT apa yang terbaik di pasaran? Jenis manakah yang terbaik? Bagi aku, semua jenis UPT terbaik dan boleh digunakan. Jenis-jenis Urine Pregnancy Test (UPT), tahap keberkesanannya dan cara penggunaannya mempunyai kelebihan masing-masing 

Bagi memastikan ujian kehamilan menunjukkan keputusan yang betul, pastikan rujuk doktor bagi mendapatkan kesahihan. Keputusan pregnancy test yang paling tepat, sudah tentulah dari hasil scan. Boleh nampak dengan jelas, benar-benar ada 'isi' atau tak.

Itulah serba sedikit info mengenai jenis pregnancy test berserta dengan cara menggunakannya dengan betul bagi mendapatkan hasil ujian kehamilan yang tepat. Cara nak guna pregnancy test ini tak susahpun, jadi jangan takut ya.

Bagi yang sudah buat test dan kebetulan pregnant test line kabur atau hasil ujian kehamilan pudar, boleh jadikan jawapan di dalam artikel ini tadi sebagai rujukan. 

Dan untuk yang telah membuat ujian kehamilan guna pregnancy test dan hasil resultnya adalah positif, TAHNIAH diucapkan!! 



Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

10 comments for "Cara Guna Pregnant Test Dengan Betul Dan Jenis Pregnancy Test Di Pasaran "

  1. Saya paling suka yang clearblue. Dulu beli dan simpan di rumah sebab nak check, pregnant ke tak sebab nak anak. Bila single line, sedih. Sekarang, simpan untuk menyedapkan hati supaya diri kekal tak pregnant bila dah cek dengan kit ni, sebab takut nak mengandung lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sis pun ada beli simpan buat stok. cukuplah rasa 6 orang anak buat masa ni. tapi kalau Allah SWT kasi rezeki lagi, ya terima je hehe

      Delete
  2. Kalau dapat result 2 line..memang gembira bukan main lagi. Rasa dunia ni ana yang punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lg2 untuk anak sulung. excited bukan main

      Delete
  3. suspens bila nak tengok line test tu naik jadi 2 line ke tak...kalau naik 2 line alhamdulillah positif..saya mengandung..thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 suspen. risau kalau ada time x ready sbb anak masih kecik pun ya jugak kdg2 tu hehe

      Delete
  4. Wahhh saya baru tau kali jika ada berbagai macam bentuk untuk pregnancy test macam tu.. Saya pikir hanya ada satu je, tapi nyatanya banyak juga yaa.. Trima kasih infonya, bisa menjadi pengetahuan baru tuk saya kelak kalau sudah menikah dengan orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak bentuk! sama2, moga bemanfaat. cepat2 dpt jodoh juga ya

      Delete
  5. kesemua ni Syu tak pernah guna lagi. harap berpeluang guna benda ni suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis doakan syu dapat peluang utk guna ni semua nnti ya. aamiin

      Delete