Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Khasiat Bismillah 5, Cara Bacaan Dan Terjemahan (Jadi Pendinding & Penyembuh)

Khasiat Bismillah 5, Cara Bacaan Dan Terjemahan (Boleh Jadi Pendinding & Penyembuh) | Kalian pernah dengar tak tentang bacaan Bismillah 5. Kalau belum, Bismillah 5 ini turut disebut sebagai Bismillah 5 Nabi Khidir.  

Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian. Bacaan Bismillah 5 ini sudah sering digunakan sebagai amalan sejak dulu lagi. 

Kelebihan Bismillah 5 Nabi Khidir ini ada banyak. Sangat bermanfaat dan amat baik untuk dijadikan sebagai amalan di kala ada kecemasan juga. Sebab itu Bismillah 5 sangat terkenal sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) tersebut. 

Di antaranya, Bismillah 5 ini dikatakan dapat dijadikan sebagai ikhtiar untuk mengelak sihir, santau dan penyakit-penyakit fizikal yang lain juga. 

Selain 5 Bismillah ada juga bacaan Bismillah 3, Bismilllah 4, Bismillah 6, Bismillah 7 dan lain-lain lagi.





Bismillah 5 Rumi dan Terjemahan 




Bismillah 5 Rumi 

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim


Terjemahan Maksud Bismillah 5

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan Kebaikan ‘Bismillah 5’ Nabi Khidir 

Mudah untuk di baca tapi ada banyak khasiat dan fadhilat 'Bismillah' ini. Paling istimewa, amalan Bismillah 5 ini dapat dijadikan sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) seperti yang di bawah ini.

  1. Menghalang jin dan syaitan
  2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
  3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
  4. Penawar penyakit gila meroyan.
  5. Melegakan bengkak dan benjol.
  6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

  • Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  • Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  • Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  • Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  • Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Jika tengkuk rasa lenguh dan berat, atau ada rasa angin pada mana-mana bahagian. Makan ubat kurang berkesan. Boleh amalkan Bismillah 5 ini juga. 

Caranya, baca Bismillah 5 tiga kali pada tapak tangan, ludah ringan dan sapu atas tengkuk yang berat. InsyaAllah. 

Kalau rasa kebas 'semut' kepala, boleh juga sapu dari muka ke atas kepala dan turun ke tengkuk. Amalkan selalu.

Untuk Rawatan Kecemasan

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat. 

Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’. 

Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap. ‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’




Read This :


Video Bacaan Bismillah 5 



Ini Pula, Zikir Amalan Nabi Khidir dan Nabi Ilyas Untuk Hindar Bahaya

Ini pula adalah dzikir Nabi Khindir. Selawat doa Nabi Khidir ini turut sesuai di baca untuk hindar bahaya. 

بِسْمِ اللهِ مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ مِنَ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ اْلخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلَّا اللهُ
Bismillahi ma sya-allahu la quwwata illa billahi ma sya-allahu kullun ni’matin minallahi ma sya-allahu al-khoiru kulluhu biyadillahi ma sya-allahu la yashrifus su-a illallahu.
“Dengan menyebut nama Allah, segala sesuatu atas kehendak Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala nikmat dari Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala kebaikan atas kuasa Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, tak ada yang mampu menghindarkan keburukan kecuali Allah.”

Kesimpulan 

Khasiat Bismillah 5 terbukti berkesan menjadi penawar segala penyakit dengan izin Allah SWT. Bacalah ayat ini dalam jawi, rumi dan terjemahan bila perlu berserta dengan cara merawat untuk hasil yang diharapkan.
Itulah serba sedikit perkongsian berkaitan dengan bacaan Bismillah 5 dan maknanya untuk kita sama-sama amalkan. Bismillah 5 adalah doa segala penawar penyakit batin dan zahir. Sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat mudah untuk di baca. 
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
credit: shafiqolbu

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

16 comments for "Khasiat Bismillah 5, Cara Bacaan Dan Terjemahan (Jadi Pendinding & Penyembuh)"

  1. alhamdulillah terima kasih kongsi, sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, selalu amalkan setiap pagi sebelum minum air putih..ilmu yg diturunkan oleh arwah tok saya..

    syukran for sharing..

    ReplyDelete
  3. Sejujurnya, ayat Bismillah 5 inilah yang selalu Sis amalkan dan buka di CD ketika memandu sengsorang...lagi kalau ke Paka, memandu berejam-rejam, tapi serius tak mengantuk....

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang bermanfaat. Pengamal bacaan ni juga kenalah yakin dengan bacaan ni. Moga beroleh apa yang diingini. Banyak kelebihan ayat Bismillah ni ye?.

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing this very valuable information. Yep, saya pun amalkan Bismillah setiap hari. Good post.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah. Terima kasih kerana menambah ilmu bagi Rawlins yang sangat cetek. InsyaAllah akan amalkan dan moga istiqamah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. terima kasih atas ilmu yang diberikan. Dapat belajar benda baru harini.

    ReplyDelete
  8. Thank you sharing. Serius tak pernah tahu pasal ni. Kena take noted sebab banyak manfaat dia

    ReplyDelete
  9. thank you for sharing. pernah dengar tentang bismillah 5 tapi tak tau pula cara pengamalan.

    ReplyDelete
  10. Arwah mak Marina dulu pon ada amalkan ni dulu. Sakit dada. Allahu sedihnye duk teringat kat dia

    ReplyDelete
  11. Betul kita tak nafikan memang kalau mulakan sesuatu dengan bacaan Bismillah sesuatu urusan akan dimudahkan dan diberkati. Tengok sahaja lah macam Naim Daniel buat persembahan AJL baru ni beliau pun mulakan dengan kalimah Bismillah terus dapat juara...

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing , sangat bermanfaat. Semoga dapat pahal melimpah limpah. Doakan saya dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  13. bismillah ni memang hebat. kena amalkan utk setiap perkara. bukan ketika nak makan je. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  14. perkongsian yang baik sangat semoga kita semua beroleh kebaikkan ....

    ReplyDelete
  15. Baru tau berkenaan Bismillah 5 ni.. Bagus perkongsian macam ni.. Memang banyak lagi nad kene beljar..

    ReplyDelete