Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Sebarang Majlis | Masyarakat kita sememangnya gemar mengadakan sebarang majlis tidak kira majlis berbentuk ilimah mahupun sebagainya. Dan seandainya kalian sendiri secara tiba-tiba di minta untuk menjadi si pembaca doa, apa patut kalian buat? Hmmm tak kan nak cakap tak boleh kan?

Maka di sini dikongsikan satu doa mudah serta ringkas yang sesuai untuk di baca dalam apa jua majlis yang baik. Tidak kisahlah majlis sambutan hari lahir, majlis kesyukuran, majlis perpisahan, majlis sesuatu perhimpunan dan sebagainya. Doa ini boleh diucapkan untuk memohon rahmat dari Nya. 





Doa Mudah Untuk Semua Majlis


Apabila di minta untuk membacakan doa bagi sebarang majlis tersebut, doa mudah yang boleh dan sesuai untuk dibacakan itu adalah seperti di bawah.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ

وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, 

Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. 

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.




رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan semoga segala majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dirahmati. Ameen



" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"