Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Majlis

Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Majlis | Masyarakat kita sememangnya gemar mengadakan sebarang majlis tidak kira majlis berbentuk ilimah mahupun sebagainya. Dan seandainya kalian sendiri secara tiba-tiba di minta untuk menjadi si pembaca doa, apa patut kalian buat? Hmmm tak kan nak cakap tak boleh kan?

Maka di sini dikongsikan satu doa mudah serta ringkas yang sesuai untuk di baca dalam apa jua majlis yang baik. Tidak kisahlah majlis sambutan hari lahir, majlis kesyukuran, majlis perpisahan, majlis makan malam, majlis untuk sesuatu perhimpunan dan sebagainya. 

Kiranya tak kisah majlis rasmi atau tidak rasmi, doa ringkas ini boleh diucapkan untuk memohon rahmat dari Nya. Doa ringkas ini juga untuk kalian yang ingin baca dalam rumi berserta sedikit bacaan dalam jawi. 





Doa Mudah Untuk Semua Majlis


Apabila di minta untuk membacakan doa bagi sebarang majlis tersebut, doa mudah yang boleh dan sesuai untuk dibacakan itu adalah seperti di bawah ini. Jika di teliti doa ini boleh digunakan sebagai bacaan doa pembuka majlis ataupun bacaan doa penutup majlis. Terpulang mengikut kesesuaian untuk majlis itu sendiri. 



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ

وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, 

Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. 

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.




رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan semoga segala majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dirahmati. Ameen




[ Baca Juga ] :






25 comments for "Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Majlis"

  1. lama betul ray tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... busy eh Ray? TQ ya sudi singgah sini balik

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian. mudah kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... moga2 dpt bantu org lain hendaknya

      Delete
  3. Doa yg mudah, senang nak ingat dan hope bila2 pun boleh diamalkan, insya allah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Salam blogger, membalas kunjungan yang bermakna. Terima kasih atas perkongsian yang amat baik. Moga beroleh ganjaran kebaikan atas perkongsian ini. Done follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. terima kasih banyak atas doanya. Ameen. :)

      Delete
  5. Wah.. perkongsian yang bagus awa.. Lama tak singgah blog awa.. Hye Awa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Sha.. awa pun lama x singgah blog Sha... nnti awa balas kunjungan ye

      Delete
  6. bagusnya perkongsian ni sis hawa. ana pernah juga beberapa kali diundang sebagai emcee majlis (nasib baik pembaca doa sudah ada sebab selalunya diorang pilih lelaki utk bacakan doa hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah jadi emcee bagusnya... tapi betul tu... selalunya baca doa lelaki.. melainkan majlis tu semua pompuan.. haa kot Ana akan kena... :D

      Delete
  7. Maksudnya doa yg bagus Dan bagus utk semua acara

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah seadanya. moga dpt bantu siapa yang perlu

      Delete
  8. Berkunjung balas kesini..done follow back.Salam Ukhwah.
    Perkongsian yang bagus!Ringkas dan padat doanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sura... ada masa jemput dtg lagi ye

      Delete
  9. Yang ringkas macamni senang nak ingat dan buat, yang panjang tu asyik tersasul je baca. Nampak sangat saya tak amalkan..kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, sama gak sis pun rini oii... =D

      Delete
  10. salam kenal..
    nice sharing dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal awak..... TQ sudi singgah sini

      Delete
  11. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    saya minta kebenaran kongsi ye

    ReplyDelete