Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Majlis
Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Majlis | Masyarakat kita sememangnya gemar mengadakan sebarang majlis tidak kira majlis berbentuk ilimah mahupun sebagainya. Dan seandainya kalian sendiri secara tiba-tiba di minta untuk menjadi si pembaca doa, apa patut kalian buat? Hmmm tak kan nak cakap tak boleh kan?
Maka di sini dikongsikan satu doa mudah serta ringkas yang sesuai untuk di baca dalam apa jua majlis yang baik. Tidak kisahlah majlis sambutan hari lahir, majlis kesyukuran, majlis perpisahan, majlis makan malam, majlis untuk sesuatu perhimpunan dan sebagainya.

Kiranya tak kisah majlis rasmi atau tidak rasmi, doa ringkas ini boleh diucapkan untuk memohon rahmat dari Nya. Doa ringkas ini juga untuk kalian yang ingin baca dalam rumi berserta sedikit bacaan dalam jawi.
Apabila di minta untuk membacakan doa bagi sebarang majlis tersebut, doa mudah yang boleh dan sesuai untuk dibacakan itu adalah seperti di bawah ini. Jika di teliti doa ini boleh digunakan sebagai bacaan doa pembuka majlis ataupun bacaan doa penutup majlis. Terpulang mengikut kesesuaian untuk majlis itu sendiri.
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,
Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.
Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
[ Baca Juga ] :
Doa Mudah Untuk Semua Majlis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,
Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.
Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Semoga perkongsian ini dapat membantu dan semoga segala majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dirahmati. Ameen
[ Baca Juga ] :
lama betul ray tak singgah sini
ReplyDeletehehe... busy eh Ray? TQ ya sudi singgah sini balik
Deleteterima kasih atas perkongsian. mudah kepada yang memerlukan
ReplyDeletesama2... moga2 dpt bantu org lain hendaknya
DeleteDoa yg mudah, senang nak ingat dan hope bila2 pun boleh diamalkan, insya allah.
ReplyDeletemudh2an mcm tu la.. ameen
DeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteSalam blogger, membalas kunjungan yang bermakna. Terima kasih atas perkongsian yang amat baik. Moga beroleh ganjaran kebaikan atas perkongsian ini. Done follow..
Waalaikumsalam.. terima kasih banyak atas doanya. Ameen. :)
DeleteWah.. perkongsian yang bagus awa.. Lama tak singgah blog awa.. Hye Awa..
ReplyDeletehye Sha.. awa pun lama x singgah blog Sha... nnti awa balas kunjungan ye
Deletebagusnya perkongsian ni sis hawa. ana pernah juga beberapa kali diundang sebagai emcee majlis (nasib baik pembaca doa sudah ada sebab selalunya diorang pilih lelaki utk bacakan doa hehe)
ReplyDeleteWah jadi emcee bagusnya... tapi betul tu... selalunya baca doa lelaki.. melainkan majlis tu semua pompuan.. haa kot Ana akan kena... :D
DeleteMaksudnya doa yg bagus Dan bagus utk semua acara
ReplyDeletebegitulah seadanya. moga dpt bantu siapa yang perlu
DeleteBerkunjung balas kesini..done follow back.Salam Ukhwah.
ReplyDeletePerkongsian yang bagus!Ringkas dan padat doanya..
Terima kasih Sura... ada masa jemput dtg lagi ye
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama2 awak... =D
DeleteYang ringkas macamni senang nak ingat dan buat, yang panjang tu asyik tersasul je baca. Nampak sangat saya tak amalkan..kehkeh..
ReplyDeleteBiasalah tu, sama gak sis pun rini oii... =D
Deletesalam kenal..
ReplyDeletenice sharing dear.
salam kenal awak..... TQ sudi singgah sini
DeleteTerima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletesaya minta kebenaran kongsi ye
waalaikumsalam.. silakan tuan
Delete