Senarai Tanda Tanda Awal Sedang Hamil, Boleh Tahu Sebelum Haid | Ramai wanita tahu jika hamil maka haid akan terhenti. Tapi bagaimana untuk tahu diri sedang hamil sebelum tarikh haid seterusnya tiba?Dengan pengalaman melahirkan seramai 6 orang anak, tahukah kalian yang tanda-tanda awal kehamilan itu ada. 

Tanda awal kehamilan atau tanda tanda mabuk hamil ini juga berbeza dan tidak sama. Tak kiralah kehamilan pertama, ke dua, ke tiga mahupun seterusnya. Tanda hamil anak pertama dan tanda hamil anak ke dua belum tentu lagi akan serupa.

Ramai juga ibu yang tak perasan tanda tanda mengandung yang sedang memberitahu diri sedang hamil pada awalnya. Untuk yang baru kahwin dan belum punya pengalaman hamil mesti akan terasa sukar.


Boleh Tahu Tanda Awal Hamil Bergantung Pada Usia Kehamilan


Tidak semua wanita memiliki tanda-tanda kehamilan yang sama. Untuk tanda-tanda mengandung awal ini, selalunya ia berbeza-beza mengikut tempoh usia kehamilan. Ada wanita dapat merasai dirinya ada perubahan dengan mempunyai tanda2 hamil seawal minggu pertama kehamilan. Ada juga yang merasai tanda hamil 2 minggu. Sebilangan ibu muda mereka tak tahu tanda tanda orang hamil.

Bolehkah tanda hamil dikesan seminggu selepas bersama? Tanda tanda hamil 1 hari? Tanda tanda orang hamil 3 hari? 

Selalunya, tanda2 hamil dan tanda hamil sebulan yang paling kerap disedari. Namun begitu tanda tanda hamil pada peringkat awal ini memang sudah ada. Ini termasuklah tanda hamil seawal 1 hari dan tanda hamil seawal 3 hari. 

Akan tetapi sukar untuk memberitahu yang kandungan itu kembar ataupun tidak. Rasanya tanda hamil kembar dan biasa sama saja pada peringkat awalnya dan boleh tahu hamil kembar ataupun tidak setelah doktor lakukan proses scan nanti. Jika ada perubahan sekalipun besar kemungkinan pada saiz perut yang lebih besar berbanding hamil biasa. 


Ada banyak kisah dek kerana tanda tanda hamil ini tidak dapat dikesan. Mungkin juga ada tanda hamil seawal 3 hari hingga si ibu tidak tahu yang itu sebenarnya adalah satu tanda kehamilan.


Tanda Hamil Awal Di Trimester Pertama 

Saat sedang melalui trimester pertama ini, perubahan hormon sedang berlaku dengan drastik. Apabila perubahan hormon ini sedang berlaku maka akan ada perubahan yang si ibu akan alami dan perlu atasinya dengan cara yang betul. Untuk tahu diri sudah hamil seboleh rujuk pada perkara di bawah ini sebagai panduan awal. 

Credits : www.kidspot.com


#1 - KEMBUNG PERUT

Jangan terkejut jika perut kembung dan rasa tidak selesa juga boleh dijadikan sebagai tanda tanda awal hamil. Apabila keadaan ini berlaku, si ibu akan terasa dalam badan seakan berangin hingga mengakibatkan kerap terkentut dan sendawa. 


#2 - TANDA HAMIL KEPUTIHAN

Keputihan juga boleh dijadikan petunjuk kepada tanda awal kehamilan. Keputihan atau lelehan dari faraj akan terasa lebih pekat berbanding keputihan biasa sebelum ini. Warnanya pula lebih kepada putih pekat atau kuning cair. Keadaan ini biasakan akan berlaku pada trimester pertama dan ianya berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina.


#3 - KERAP KENCING

Kerap kencing juga boleh dijadikan sebagai salah satu tanda2 hamil kerana saat sedang hamil, rahim yang sedang membesar akan menekan-nekan pundi kencing hingga terasa lebih kerap untuk membuang air kecil. 


#4 - AIR LIUR 

Perubahan hormon semasa hamil akan menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari.


#5 - MUAL 

Merasa mual dan loya sudah sering kita dengar sebagai simptom kehamilan. Mual atau loya ini boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada pagi, tengahari, petang, malam ataupun tengah malam. Selera makan juga akan menjadi semakin berkurangan dan jangan terkejut kalau tiba-tiba terasa nak makan itu dan nak makan ini.


#6 - RASA LETIH. CEPAT MENGANTUK DAN MALAS

Ada rasa letih, lesu, cepat mengantuk dan malas untuk berbuat apa-apa? Tubuh juga terasa bagaikan nak demam? Ini juga mungkin salah satu simptom awal kehamilan. Rasa demam, lesu, malas dan kurang bertenaga ini boleh disebabkan oleh tahap hormon yang sedang meningkat. Jangan makan sembarangan ubat sebaliknya jumpa doktor untuk pemeriksaan sama ada itu benar demam biasa atau sebaliknya. 


#7 - SAKIT PINGGANG

Sakit pinggang tanda hamil juga? Ya! Sebahagian ibu hamil ini, ada yang tiba-tiba merasa sakit pada bahagian bawah pinggang. Sakit pinggang tanda hamil biasanya dianggap sebagai sindrom pra-menstruasi atau PMS dan cara nak bezakan adalah dengan menganalpasati simptom lain yang ada.


#8 - FLU DAN BATUK 

Daku sendiri pada mulanya tak sangka yang flu dan batuk juga adalah salah satu tanda awal kehamilan. Flu ataupun gejala selesema seperti hidung berair dan bersin memang boleh membuatkan si wanita rasa seperti selesema biasa dan bukannya simptom sedang hamil. Begitu juga dengan batuk. 

Cara terbaik adalah dengan mengenal pasti simptom yang lain dan jika tidak batuk agak teruk cuba atasinya dengan minum air bancuhan asam jawa ataupun minum air madu yang dicampur dengan lemon sebagai kaedah perubatan secara tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi yang tidak berbahaya. 


#9 - SESAK NAFAS

Ada rasa sesak nafas selepas naik tangga sedangkan sebelum ini biasa saja? Hmmm ini juga mungkin salah satu tanda hamil jeraba 'baby' (janin) yang semakin membesar memang memerlukan oksigen yang banyak. 


#10 - SAKIT BELAKANG

Jika sebelum ini tidak ada rasa sakit belakang dan kali ini tiba-tiba terasa sakit belakang, besar kemungkinan di sebabkan kehamilan yang telah menyebabkan ligamen sedang semakin longgar. 

#11- BAWAH PERUT SEAKAN 'BERDENYUT'

Jika rasa diri ada beberapa tanda seperti di atas tadi, cuba baring dan bertenang. Kemudian fokus hanya pada diri sendiri. Amati sepenuhnya apa yang sedang berlaku dalam diri sendiri. Cuba juga fokus pada bahagian bawah perut (bahagian ari-ari). Ada dikalangan wanita terasa seperti ada sesuatu di dalam diri dan bahagian dalam pada kawasan bawah perut itu seakan sedang berdenyut. 


#12 - DARAH HAID

Ada wanita akan terus terhenti darah haidnya ketika sedang hamil. Ada juga wanita yang masih muncul sedikit darah tetapi hanyalah sekadar pendarahan ringan pada hari yang sepatutnya haid itu. Pendarahan ringan ini dikenali sebagai spotting pendarahan ringan ini berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira 2 minggu selepas konsepsi.


#13 - PREGNANCY TEST

Cara yang terbaik jika rasa diri seakan hamil adalah dengan menggunakan pregnancy test. Beli je dari mana-mana farmasi terdekat. Ada yang mahal dan ada yang murah dalam lingkungan harga RM5, RM8 dan ke atas. Menggunakan pregnancy test adalah salah satu jalan terbaik untuk sahkan diri benar-benar hamil ataupun tidak sebelum disahkan sekali lagi oleh doktor. 


Cara Baca Keputusan Pregnancy Test 

1 line - tandanya negetif = tidak hamil

2 line - tandanya positif = hamil

3 line / tiada line - tandanya pregnancy test rosak / expired

Pregnant Test Line Kabur? 

Bagi pregnant test line kabur pada bahagian line yang ke dua itu, InshaAllah itu bermakna si wanita tersebut sedang hamil. Cuma kandungan itu masih di tahap awal lagi. Mungkin baru berusia sekitar 2 minggu maka disebabkan itu pregnancy test line pudar. 

Cara yang terbaik, jaga diri dan buat pregnancy test sekali lagi dalam masa seminggu selepas itu. InshaAllah jika sebelum ini pregnancy test line kedua kabur tapi sekarang line akan kelihatan lebih terang dan jelas. 


Sentiasa Awasi Perubahan Diri Supaya Dapat Tahu Tanda Awal Hamil


Bagi individu yang mengalami haid teratur tidak susah untuk mengagak tanda awal kehamilan. Tak mengapa, yang penting sentiasa awasi peerkembangan diri.  Ibu perlu pandai baca tanda tanda kehamilan. Tak mengapa walaupun mempunyai haid tidak teratur, yang penting sentiasa peka dan sellau pandang serius jika terasa ada sebarang perubahan yang agak berbeza daripada biasa.

Memang penting untuk tahu tanda hamil awal ini. Walaubagaimanapun, bagi pasangan yang sedang teruja menunggu kehamilan tu, jangan pula semua tanda di anggap sebagai tanda-tanda orang hamil. Jangan nanti rasa tidak sedap badan akibat tersalah makan dianggap sebagai simptom tanda2 hamil.