Bingka Ubi : Mudah Tapi Sedap - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

29 Sep 2017

Bingka Ubi : Mudah Tapi Sedap

Aku cukup suka makan kuih melayu. Bila sebut je kuih melayu, aduhai terus rasa kecur air liur. Yang paling aku suka kuih seri muka, lepat pisang, kuih talam, cucur badak, pulut udang dan macam-macam lagi lah. Salah satu daripadanya ialah bingka ubi kayu. Kuih ni memang dah jadi salah satu kuih kegemaran aku sejak kecik lagi. Emak aku memang selalu buat kuih ni untuk aku dulu.

BINGKA UBI - TAPIOCA CAKE (sumber google)
Dulu lah!! Sekarang ni dah besar panjang, dah menikah, dah punya anak.... emak aku suruh aku buat sendiri kalau rasa nak makan. Kadang-kadang emak aku pula yang suruh aku masakkan untuk dia. Oh emak... agaknya inilah salah satu keistimewaan jika punya anak perempuan kan?

Di sebabkan masih ada lagi lebihan ubi kayu tempohari >> BACA SINI << maka aku buat keputusan untuk masak bingka ubi. Cara nak buat bukan susah pun.... senang sangat-sangat...

Sukatan ni hanya adunan yang sikit je tau! Yelah, yang nak makan ni hanya aku dan suami je.. anak-anak kurang gemar. So, kalau ualls nak makan satu family, ualls gandakan semua bahan di bawah ni ye.. Gandakan bahan je tau, jangan nak gandakan suhu dan tempoh masa membakar pula hehe..

BAHAN-BAHAN:
Hanya 5 BAHAN saja yang di perlukan
  • 2 cawan ubi kayu yang sudah siap di parut 
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 kotak santan pekat Ayam Brand
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:
Kacau semuanya hingga betul-betul sebati
  • Mula-mula kena siapkan ubi kayunya dulu lah. Kalau nak ikut cara tradisi, ubi akan di parut sehingga halus tapi kalau ikut cara moden, belasah dengan blander jer. Potong ubi dengan size yang sesuai, blander, tapis untuk ambil isi ubinya saja dan gunakan air yang sama untuk kisaran ubi yang seterusnya. 
  • Kemudian satukan semua bahan-bahan yang lain (kecuali pewarna) dengan ubi tadi. 
  • Kacau sehingga gula larut dan sekata.
  • Sekarang ualls boleh rasa, kalau nak lagi manis bolehlah tambahkan gula dan kalau nak lebih rasa berlemak bolehlah di tambah dengan sedikit lagi garam.
  • Bila dah puashati dengan rasa baru masukkan sedikit pewarna kuning, kacau sekata dan terus masukkan ke dalam loyang.

BAKAR:
Serahkan tugas membakar pada si ketuhar
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius dengan api atas dan bawah.
  • Masukkan loyang ke dalam ketuhar di rak yang paling bawah sekali.
  • Bakar bingka selama 1jam - 1  1/2 jam, atau sehingga betul-betul masak.
  • Lagi sedap jika permukaan atas bingka berwarna keperang-perangan (kerak)
DAH MASAK!!
Masa ni baunya dah semerbak satu rumah !!
Yeah... mudah je kan resepi bingka ubi kayu ni.. bahan-bahan nya tak banyak dan cara nak sediakan pun cukup cukup senang. Malas nak parut, pakai je blander.. apa susah! Walau masa bakarnya agak lama tapi bukannya nak kena duduk jaga api macam zaman dulu-dulu tu. Masukkan jer dalam oven, set time, pastu duduk depan TV sementara tunggu ia nya masak. 

MAKAN PANAS-PANAS
Selalunya bingka ni orang akan tunggu sejuk baru di potong kan.. tapi aku plak lain. Aku suka makan panas-panas dengan sudu. Best! Dah la lembut, panas-panas pulak tu. Makan pula dengan air teh O atau Nescafe. Aduh nikmatnya...

Suami aku pun sama. Dia pun suka versi yang masih panas. Fresh from over katanya. Bau bingka ubi kayu baru masak memang amat menggugat jiwa jadi mana boleh tahan nak tunggu lama-lama.

MASAK JE TERUS NGAP !!

** Ualls macamana? Suka tak dengan bingka ubi ni? 

RESEPI-RESEPI YANG LAIN

13 comments:

  1. Dulu mak saya slalu buat, mmg sdap,sekarang dah tak larat nak buat kuih, nak cuba buat sendiri la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti buat & share kat blog tau. Mudah jer.. Pokucu kan chef gerenti boleh buat =D

      Delete
  2. fav hband akak ni... tp tak pernah buat sdiri... nak ambil la rezepi ni... t.kasih awa sgt byk mbantu...

    ReplyDelete
  3. Pernah try dulu tapi dah lama sampai lupa rasanya macam mana 😅

    ReplyDelete
  4. Dah lama CCL tak makan bingka ubi ni . Dulu balik kampung tok selalu buatkan . Lepas ni boleh cuba sendiri

    ReplyDelete
  5. owh mudahnya resipinya..tak pernah buat pun..hehe

    ReplyDelete
  6. aduhai...
    menggamit nyer!
    menyelerakan!!!

    ReplyDelete