Mahu Kongsi Cerita dan Peluang Untuk Jana Income Di Blog - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

11 Sep 2017

Mahu Kongsi Cerita dan Peluang Untuk Jana Income Di Blog

Assalamualaikum ualls...

Kalau ualls perasan aku dah wujudkan satu lagi menu di header... BLOG INCOME namanya. Terus terang niat aku bukannya untuk riak dengan hasil blog ni ye sebabnya aku sama sekali tidak layak untuk berasa taksub dengan segala rezeki di atas muka bumi ni. Yelah, aku ni kan hanya manusia biasa jer. Apa yang aku boleh buat adalah cuba dan berusaha, selebihnya hanya Allah SWT saja yang boleh tentukan. Alhamdulillah.. ternyata.. rezeki aku ada di sini.... di dalam dunia blogging.

Sumber google

Tujuan sebenar aku mewujudkan topik BLOG INCOME ini adalah untuk berkongsi peluang dan hasil kejayaan blogger-blogger (termasuk diri aku sendiri, jika ada...) supaya boleh menjadi inspirasi pada blogger-blogger lain di luar sana kerana aku yakin ualls pun mesti punya misi dan matlamat yang sama dengan aku iaitu untuk jana income kan?

Habis tu, tak kan lah sesaja je nak buang masa hadap blog ni hanya untuk suka-suka je kot. Eeee tak kuasa.. dari hanya hadap entry blog sekadar suka-suka baik luang sepenuh masa depan TV layan citer... lagi best! Haha...

Macam yang ualls dah tau, aku ni hanyalah seorang surirumah maka aku kenalah cari peluang untuk jana income. Mula-mula dulu aku pernah jadi seller online tau tapi di sebabkan banyak sangat saingan maka aku tarik diri secara sukarela. Pastu mulalah aku jadi penganggur terhormat.

Boring giler masa tu, tak senang duduk pun ye jugak sebabnya aku ni dari mula kahwin sampai dah beranak pinak ni memang dah terbiasa punya duit sendiri kat tangan. Aku bukannya jenis seorang isteri yang hanya tahu nak harapkan duit suami. Bukan bermaksud aku tak nak ambil duit suami,.. mana boleh... tu kan nafkah dia untuk aku dan anak-anak. Cumanya kalau ada duit sendiri ni kan mudah nak beli macam-macam. Suami tak boleh nak persoal sebab itu adalah duit kita sendiri.

Jadi akhirnya... aku decide untuk menjadi seorang blogger. Untuk jadi seorang blogger ni pun bukannya satu kerja mudah okay. Kena banyak usaha juga. Ingat kalau jadi blogger ni boleh malas-malas ke? Sila tanya diri sendiri adakah ualls seorang yang rajin atau malas? Kalau malas sila rajinkan diri tu ye..

Lepas aku kaji apakah kelebihan yang aku ada maka aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang blog designer. Ini di sebabkan aku memang punya pengalaman, minat mendalam dan sedikit ilmu dalam bidang ni. Maka, bermulalah perjalanan hidup aku sebagai fulltime blogger dan blog designer. Sekarang alhamdulillah aku dah mula jana income melalui blog sedikit demi sedikit.

JATUH BANGUN SEBAGAI BLOGGER >> BACA SINI <<

Aku harap dengan adanya topik baru ni dapatlah kita sama-sama berkongsi peluang dan cerita tentang dunia income semasa di dalam dunia blogger yang sedang meningkat naik dari masa ke semasa sekarang ni.

Moga Allah SWT merahmati segala usaha kita... Ameen...

** ualls suka tak dengan topik ni?**

29 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki dalam dunia blog kan.

    ReplyDelete
  2. Setuju kak part kena rajinkan diri tu. siqah ni malas ya amat. Update blog pun ikut mood :(

    Apa pun, Siqah doakan sentiasa dimurahkan rezeki akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis dulu pun mcm Siqah la jugak tapi lepas dh nampak ramai blogger jana income ngan blog ni.. eh x leh jadi.. kena rajinkan diri jugak =D

      Delete
  3. Setuju dengan topik ni . Ada pendapatan sampingan sbg surirumah serba sikit boleh bagi rewards untuk diri sendiri dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CCL... seronok apa yang kita buat ada hasil

      Delete
  4. Ambil masa untuk jana income dri blog.kena up kan blog kita & branding nama kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak fiz.. kena keja keras ckit pada mulanya. Ye lah buat blog terus nak org kenal mana mungkin mcm tu kan kak? sama mcm baru pindah ke tempat baru kalau asyik berkurung je dalam rumah cmana jiran2 nak kenal.. ye dak? hehe

      Delete
  5. Alhamdulillah...terus maju jaya dlm blogging dan designer blog kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dik =D sis doakan utk adik juga.. ameen

      Delete
  6. suka!! terutama untuk newbie mcm saya...semoga kita semua dipermudahkan olehNya .. aminn.. :)

    ReplyDelete
  7. Setuju .. suka dgn idea awa ni ..
    Semoga boleh berkongsi cerita dan peluang untuk jana income kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mrspip.. nnti kalau ada peluang best2 jgn lupa share ye hee

      Delete
  8. tahniah sis awa..moga terus sukses..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih bnyk Mar.. sis doakan utk Mar juga. sama2 kita usaha ya

      Delete
  9. thniahh sis hawa.. hee kite berminat lah nk mntk sis edit kan belog kite yg dh berhabuk tu.. hee... follow sini #255 follow me back :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb singgah, baca dan follow... kalau nak edit blog boleh hubungi sis di facebook atau email ya... sis dh follow balik blog awak tu... teruskan menulis okay! :D

      Delete
  10. Bagus topik macam.ni. mama x sabar nak baca lg

    ReplyDelete
  11. Moga murah rezeki selalu sis Awa :)

    ReplyDelete
  12. moga rezeki kita terus ada..insyaAllah

    ReplyDelete
  13. thank you awa sharing!semoga rezeki awa dimurahkan olehNya...amin..

    ReplyDelete