Assalamualaikum ualls...

Kalau ualls perasan aku dah wujudkan satu lagi menu di header... BLOG INCOME namanya. Terus terang niat aku bukannya untuk riak dengan hasil blog ni ye sebabnya aku sama sekali tidak layak untuk berasa taksub dengan segala rezeki di atas muka bumi ni. Yelah, aku ni kan hanya manusia biasa jer. Apa yang aku boleh buat adalah cuba dan berusaha, selebihnya hanya Allah SWT saja yang boleh tentukan. Alhamdulillah.. ternyata.. rezeki aku ada di sini.... di dalam dunia blogging.

Sumber google

Tujuan sebenar aku mewujudkan topik BLOG INCOME ini adalah untuk berkongsi peluang dan hasil kejayaan blogger-blogger (termasuk diri aku sendiri, jika ada...) supaya boleh menjadi inspirasi pada blogger-blogger lain di luar sana kerana aku yakin ualls pun mesti punya misi dan matlamat yang sama dengan aku iaitu untuk jana income kan?

Habis tu, tak kan lah sesaja je nak buang masa hadap blog ni hanya untuk suka-suka je kot. Eeee tak kuasa.. dari hanya hadap entry blog sekadar suka-suka baik luang sepenuh masa depan TV layan citer... lagi best! Haha...

Macam yang ualls dah tau, aku ni hanyalah seorang surirumah maka aku kenalah cari peluang untuk jana income. Mula-mula dulu aku pernah jadi seller online tau tapi di sebabkan banyak sangat saingan maka aku tarik diri secara sukarela. Pastu mulalah aku jadi penganggur terhormat.

Boring giler masa tu, tak senang duduk pun ye jugak sebabnya aku ni dari mula kahwin sampai dah beranak pinak ni memang dah terbiasa punya duit sendiri kat tangan. Aku bukannya jenis seorang isteri yang hanya tahu nak harapkan duit suami. Bukan bermaksud aku tak nak ambil duit suami,.. mana boleh... tu kan nafkah dia untuk aku dan anak-anak. Cumanya kalau ada duit sendiri ni kan mudah nak beli macam-macam. Suami tak boleh nak persoal sebab itu adalah duit kita sendiri.

Jadi akhirnya... aku decide untuk menjadi seorang blogger. Untuk jadi seorang blogger ni pun bukannya satu kerja mudah okay. Kena banyak usaha juga. Ingat kalau jadi blogger ni boleh malas-malas ke? Sila tanya diri sendiri adakah ualls seorang yang rajin atau malas? Kalau malas sila rajinkan diri tu ye..

Lepas aku kaji apakah kelebihan yang aku ada maka aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang blog designer. Ini di sebabkan aku memang punya pengalaman, minat mendalam dan sedikit ilmu dalam bidang ni. Maka, bermulalah perjalanan hidup aku sebagai fulltime blogger dan blog designer. Sekarang alhamdulillah aku dah mula jana income melalui blog sedikit demi sedikit.

JATUH BANGUN SEBAGAI BLOGGER >> BACA SINI <<

Aku harap dengan adanya topik baru ni dapatlah kita sama-sama berkongsi peluang dan cerita tentang dunia income semasa di dalam dunia blogger yang sedang meningkat naik dari masa ke semasa sekarang ni.

Moga Allah SWT merahmati segala usaha kita... Ameen...

** ualls suka tak dengan topik ni?**



Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.