Pantry Rack Buatan Sendiri - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

25 Sep 2017

Pantry Rack Buatan Sendiri

Assalamualaikum...
Untuk pengetahuan ualls, beberapa hari lepas suami aku, Mr.Qamar ada wat satu lagi projek dengan menggunakan kayu pallet terbuang. Actually, aku sendiri tak tau pada mulanya 'barang' apa lah yang nak dibuatnya pula kali ni. 

Bila dah siap, oh... pantry rack rupanya. =D



Dulu memang aku dah letak sebuah meja untuk di jadikan ruangan pantry tapi meja tu agak besar dan macam rugi jer sebabnya kat bawah meja tu bukannya boleh letak macam-macam pun. Jadi, memang aku nak sangat-sangat sebuah rungan pantry yang kecil tapi praktikal untuk menjimatkan penggunaan ruang di dapur aku yang sememangnya teramat-amatlah kecik ni! Well, dapur rumah teres lah katakan... paham-paham sendirilah besar mana jer.. nak bina rumah banglo masih belum mampu lagi... biasalah dah namapun pasangan suami isteri yang punya anak ramai...

Inilah dia rupanya pantry yang di buat oleh suami aku sendiri menggunakan kayu pallet. Size dan tinggi alhamdulillah berjaya di ukur dengan baik supaya sepadan dengan ruang dapur aku sekarang ni.

Yang paling penting, kat bawahnya ada lagi ruangan untuk di gunakan.

Size dan ukuran tinggi yang tepat !!
Bila dah siap sepenuhnya alhamdulillah aku cukup puashati. Cuma aku sedikit hairan sebabnya suami aku sama sekali tak letak apa-apa cat atau pengilat kayu pun pada rak dapur aku ni. Why? Aku tengok boleh je kalau nak letak pengilat ke apa macam yang di buatnya pada costumer  > tempahan rack dari pelanggan <. Bila aku tanya pada dia, katanya dia sengaja buat macam tu. Nak kekalkan sentimental value daripada rupa sebenar kayu katanya. Hmmm.. macam-macam..

Arghh tak kisahlah... ada cat ke... takde cat ker... I don't care about it anymore. Yang penting misi untuk ada sebuah ruangan pantry untuk dapur kecik aku ni dah pun terlaksana. Yes!!

Dapatlah aku letak semuanya di satu kawasan. Mudah sikit bila nak buat air.
Antara hasil kerja tangan suami untuk dapur kecil kami.... 
Alhamdulillah, nampaknya minat suami aku dalam bidang pembikinan perabot kayu telah memberi manfaat pada aku sekali. Lepas ni hajatnya nak minta dia buat barangan yang lain pulak tapi bila boleh siap tak tahulah tu.

Yelah kalau dulu masa suami tak ada buka untuk terima tempahan tak apalah. Tapi sekarang sudah pun mula ada tempahan daripada pelanggan sekitar Kelantan ni jadi aku kenalah faham situasi suami yang perlu utamakan tempahan pelanggan-pelanggannya dulu daripada aku.

Boleh lihat hasil kerja tangan suamiku yang lain kat > SINI <

TIPS:
Dapur kecil  pun tak apa, janji pastikan beli atau buat rack yang sesuai dan punya banyak ruang penyimpanan di bawahnya. Pastikan juga supaya mengambil ukuran yang tepat terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa perabot. Jangan hanya fikir soal design je, kan tak pasal-pasal ruang yang kecik tu akan menjadi semakin sempit.

** DAPUR RUMAH AKU KECIK JER.. TAK APALAH, YANG PENTING PRAKTIKAL !! **

19 comments:

  1. suka nak kemas2 dapur kan? tapi dapur IQ lagi kecik dari dapur sis ni. huhu. takper, yang penting dapur berasap. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau dapur bersepah nak masak lagi rasa malas.. =D

      Delete
  2. kecik besor dapur tu tak penting awa....yang penting rajin masak dan kemasss...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak kan? kalau besar tapi bersepah-sepah tak guna juga.. haha

      Delete
  3. bagusnya diy... suka kayu palet ni... cantik... sesuai sgt dgn dapur kecil dan nampak kemas... wow, siap buka tempahan lgi... bgs2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula just sendiri je pastu dah ada yang minta tolong buatkan. Jadi buatkan je la.. rezeki kan =D

      Delete
  4. Senang je kalah pandai berdiy ni kan. Tak payah lagi nak beli2. Buat sendiri je lagi puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. kalau dulu nak kena beli sekarang ni dah boleh la jimat sikit

      Delete
  5. Untung akak dapat laki kreatif hehehe. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kebetulan minat dia ke arah tu. Akak sokong je la

      Delete
  6. sama laa minat suami kita Awa..apa yg boleh dia buat..baik buat sendiri..lg jimat dan mengikut citarasa kita je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. alhamdulillah. jimat sangat sangat. Zaman sekarang ni tak leh membazir dah

      Delete
  7. Bgusnya husband pndai buat perabot sendiri...bestnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alia pun suka DIY kan? Sis suka juga baca blog Alia yg hal deko deko tu =D

      Delete
  8. dapat jimat banyak tu kalau boleh buat perabot sendiri..dapur kecik takpe asalkan kemas & bersih..hehe

    ReplyDelete