Kentucky Diary Aiskrim Termurah - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

14 Oct 2017

Kentucky Diary Aiskrim Termurah

Assalamualaikum ualls...

Minggu ni kandungan aku sudah genap minggu ke 32. Bermakna aku hanya ada lebih kurang 8 minggu saja lagi sebelum melahirkan. Selalunya kalau mengandung orang suka makan yang masam-masam kan tapi tidak untuk aku. Aku ni setiap kali mengandung asyik nak makan aiskrim jer. Tiap masa nak ada aiskrim dalam peti! Cuma tu lah, nak buat sendiri rasa malas pulak. Ayoyo... apa punya mamalah ni...

Di sebabkan permintaan ibu mengandung ni susah untuk di tolak maka nak tak nak kenalah penuhkan juga aiskrim dalam peti ni selalu. Mujurlah aku ni tak teringin nak makan aiskrim yang tertentu. Janji aiskrim apa punya jenama aku tak kisah. Aku bedal jer.

Dalam banyak-banyak jenama aiskrim yang ada terjual di mini-mini market sekitar kawasan rumah aku ni, aku tertarik dengan jenama Kentucky Diary. Sekali dengar macam nama ayam goreng plak kan??

Aiskrim potong pelbagai perasa

Sebab kenapa aku boleh jatuh cinta dengan aiskrim ni adalah.....

  • Perasanya yang pelbagai
  • Rasanya yang sedap
  • Harganya yang terlajak murah
KELADI, JAGUNG, KACANG MERAH, COKLAT & KELAPA
Sekali aku beli mesti 10 batang dan ke atas. Soal harga pun aku tak risau sangat sebabnya harga sebatang aiskrim potong Kentucky Diary ni hanyalah 30sen sahaja!! Perasa yang paling aku suka adalah Kacang Merah.

Aiskrim Potong Kacang Merah - 30 sen sebatang
 Kira bagus juga lah kan? Di zaman yang serba mahal ni at least masih ada lagi yang sudi menjual dengan harga yang amat berpatutan... =D

UALLS PERNAH MAKAN TAK AISKRIM NI??


12 comments:

  1. erm sedapnya...tetiba yang tak ngandung ni mengidam pulak nak mkn eskrim....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awa dan aiskrim berpisah tiada saat ni kak lin oi.. asyik nak aiskrim jer.. aduhai

      Delete
  2. Haaa ni mesti baby girl kan? Betul tak kak ehehe.

    Ada lagi eh orang jual aiskrim murah emm kenapa Ira tak pernah jumpa kat sini. Paling murah pun seringgit --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah ira.. tak tau nak cakap girl or boy. kalau ikutkan ngandung sebelum ni suka makan aiskrim juga hehe...

      -- Ada lagi yang jual murah Ira oi.. jimat poket --

      Delete
  3. kalau sha msti beli yg coklat haha kat area rumah sha ada jugak aiskrim ni tapi last beli haritu 20sen haha

    ReplyDelete
  4. pernah! sedap. saya dan anak buah saya selalu beli makan. hahahahha

    ReplyDelete
  5. semoga baby sis semakin sehat. tak sabar nak tengok muka baby nanti tau hehe

    ReplyDelete
  6. Eh wujud lagi aiskrim harga gitu ke...tempat mai takde dah, tak pernah tengok pun....alaaa nak rasa...hahaha..

    ReplyDelete
  7. sis saya pun minat aiskrim ni sedap sangat rasa dia :')

    ReplyDelete
  8. Tak penah plak dengar jenama nie..? jenama baru ke sis? nampak macam sedap aje..

    ReplyDelete