Assalamualaikum ualls...

Minggu ni kandungan aku sudah genap minggu ke 32. Bermakna aku hanya ada lebih kurang 8 minggu saja lagi sebelum melahirkan. Selalunya kalau mengandung orang suka makan yang masam-masam kan tapi tidak untuk aku. Aku ni setiap kali mengandung asyik nak makan aiskrim jer. Tiap masa nak ada aiskrim dalam peti! Cuma tu lah, nak buat sendiri rasa malas pulak. Ayoyo... apa punya mamalah ni...

Di sebabkan permintaan ibu mengandung ni susah untuk di tolak maka nak tak nak kenalah penuhkan juga aiskrim dalam peti ni selalu. Mujurlah aku ni tak teringin nak makan aiskrim yang tertentu. Janji aiskrim apa punya jenama aku tak kisah. Aku bedal jer.

Dalam banyak-banyak jenama aiskrim yang ada terjual di mini-mini market sekitar kawasan rumah aku ni, aku tertarik dengan jenama Kentucky Diary. Sekali dengar macam nama ayam goreng plak kan??

Aiskrim potong pelbagai perasa

Sebab kenapa aku boleh jatuh cinta dengan aiskrim ni adalah.....

  • Perasanya yang pelbagai
  • Rasanya yang sedap
  • Harganya yang terlajak murah
KELADI, JAGUNG, KACANG MERAH, COKLAT & KELAPA
Sekali aku beli mesti 10 batang dan ke atas. Soal harga pun aku tak risau sangat sebabnya harga sebatang aiskrim potong Kentucky Diary ni hanyalah 30sen sahaja!! Perasa yang paling aku suka adalah Kacang Merah.

Aiskrim Potong Kacang Merah - 30 sen sebatang
 Kira bagus juga lah kan? Di zaman yang serba mahal ni at least masih ada lagi yang sudi menjual dengan harga yang amat berpatutan... =D

UALLS PERNAH MAKAN TAK AISKRIM NI??


" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"