KOPI CINTA by SisHawa - Bab 1 - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

1 Oct 2017

KOPI CINTA by SisHawa - Bab 1


Seperti biasa, pastinya aku dulu yang sampai ke kafe ni. Nama jer adik boss tapi mesti kena
sampai awal dan kemas itu ini macam seorang pembantu rumah. Eeee geram betoi! Apa boleh
buat, kalau aku mengadu pada emak pun bukannya aku akan di sokong. Silap haribulan aku yang
akan kena marah balik. Hmmm nasib badan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng tanda pintu kafe di buka. Tak payah tengok siapa yang datang
sebabnya aku dah boleh agak hanya dengan mendengar bunyi derapan kasut tumit tingginya
yang hampir setinggi empat inci tu. Tup tap tup tap. Mengalahkan model yang tengah catwalk di
atas stage.

"Masalah... masalah... " Nampak jer muka aku dia terus mengeluh. “Aduh, tension tension.” Kali
ini dia mula memicit-micit kepalanya. Aku yang sedang mengelap meja sengaja buat-buat tak
nampak.. Ahh malaslah aku nak layan. Lagi cepat aku siapkan kerja lagi cepat aku boleh balik
rumah.

"Aduh! Pening.. pening... " katanya lagi dengan nada yang lebih kuat. Hek eleh, nak tarik
perhatian aku lah tu. Biar dia mengeluh tak henti-henti, peduli apa aku. Ni aku yang datang dari
awal tadi dan terpaksa buat semua kerja sorang-sorang, ada dia peduli? Mentang-mentanglah dia
tu boss dan aku ni kuli.

"Aghhh.... Masalah! Pening! Apa nak buat ni?" Dia terus menarik salah sebuah kerusi dari
bawah meja yang sedang aku lap lalu duduk. Jemari tangan kanannya masih terus memicit-micit
kepalanya dengan kuat. Nak tak nak aku kena layankan jugalah ni nampaknya. Kalau tidak
sampai sudah aku tak dapat nak habiskan kerja.

"Akak ni dah kenapa?” Aku letakkan kain pengelap di atas meja dan ikut duduk di meja yang
sama secara bersebelahan dengannya. Mata aku bulatkan dan mula merenung tepat ke wajahnya
 yang tak berapa nak cantik tu. Eh kejap! Dia ni kakak kandung aku dan kalau dia tak cantik
habis aku pun tak cantik la kan? Ops, aku tarik baliklah kata-kata tadi. Sorry...

"Masalah masalah.. betul-betul masalah.." Kak Kiyah mula memejam rapat matanya dan menarik
nafas dengan panjang. Eh eh dia ni.. buang tabiat ke apa.

"Apa hal? Akak ceritalah dari awal sampai akhir. Kalau asyik mengeluh jer, macamana Dhia
nak faham. Jangan buat macam ni boleh tak? Pening la Dhia tengok. Menyampah!" Hah ambik
kau. Kan dah kena tembak macam machinegun. Itulah siapa suruh buat aku serabut di pagi-pagi
hari macam ni.

Kak Kiyah  membuka matanya semula dan dia mula renung muka yang lawa mengalahkan
Neelofa ni dengan pandangan yang semacam. Agaknya dia dah mula sedar yang aku ni jauh
lebih comel dari dia kot. Tiba-tiba keluar ayat yang aku tak pernah jangka dari mulut dia... "Esok
akak nak kena balik kampung abang Alex."  Ah sudah! Melopong aku jadinya.

"Esok pagi akak dah nak kena gerak dah. Macamana ni?" Makin luas mulut aku ternganga.

Aku tahu Kak Kiyah mesti akan ikut abang Alex balik. Diaorang tu nama je dah lama bernikah
tapi perangai macam budak remaja tengah hangat bercinta. Kalau boleh asyik nak berkepit je ke
sana ke mari dua puluh empat jam sehari. Tak nak berenggang langsung! Menyampah aku! Tiap
kali abang ipar aku tu kena outstation pasti kakak aku yang seorang ni akan mengikut. Hmm,
asyik nak mengekor jer di belakang cik abang dia tu. Entah kenapa entah. Agaknya dia takut tok
laki Korea dia yang tak berapa nak handsome tu kena kebas dek orang kot.

"Berapa lama akak nak duduk kat sana?" aku tanggalkan apron dan meletakannya berhampiran
dengan kain pengelap yang telah ku letakkan di atas meja itu tadi.

"Tak pasti lagi. Ayah abang Alex tak sihat jadi kami perlu balik. Akak kena jaga ayah mertua
akak kat sana tu nanti." Kami sama-sama terdiam. Wajah masing-masing tampak berkerut.
Nampaknya ni memang kes berat dan kena cepat-cepat fikirkan cara yang terbaik.

Lima minit berlalu, sepuluh minit berlalu, lima belas minit berlalu.. Hmmm masa yang ada terus
bergerak dalam sekelip mata tapi kami berdua masih lagi duduk di meja ni tanpa sebarang kata.
Kaki aku ni dah naik lenguh pun. Buntut aku ni pula dah makin berasa panas tapi aku betul-betul
blur. Aku memang nak bantu Kak Kiyah tapi macamana? Lagipun aku bukannya ada kena
mengena secara rasmi dengan kafe comel ni. Macam yang aku cakap tadi, aku ni hanya kuli saja
okay. Kak Kiyah tu boss, bukannya aku!

Bam!

Secara tiba-tiba Kak Kiyah menepuk meja yang sedang kami duduki tu. Kus semangat... boleh
gugur jantung aku macam ni..! Aku tak kahwin lagi ni cik kak oi jadi tolonglah jangan di buat
adegan terkejut macam ni. Kang tak pasal ada juga yang akan makan sidekick karate aku ni. Aku
ada tali pinggang hitam tau, jadi jangan nak di buat pasal.

Jap jap, aku sebut perkataan kahwin ke tadi? Ish, dalam banyak banyak ayat kenapa lah ayat ni
juga yang keluar. Aku tak kahwin pun tak apa la, aku boleh hidup seorang dan enjoy keliling
dunia. Kalau rasa sunyi aku boleh ambil anak angkat.

"Dhia! Dengar ke tak ni?!" Aduh... nyaringnya suara minah baju merah ni. Sakit telinga aku!
"Dengarlah..! Apa, ingat orang pekak ker?" Balas aku semula dengan suara yang kuat juga. Kak
Kiyah ingat dia seorang je ke tahu nak memekik. Aku pun reti jugak.

"Baguslah kalau dah dengar. Jadi esok Dhia kena buka kafe ni macam yang dah akak rancang
sebelum ni tu tau." Kata Kak Kiyah dengan senyuman yang penuh makna.

Hah? Buka kafe? Aku buka kafe ni? Eh... memang tak la. Apa lagi, aku terus geleng kepala laju-
laju.. "No! Tak boleh! Akak jangan nak buat pasal.." Aku terus bingkas bangun. Tapi tangan
kanan Kak Kiyah dengan cepatnya telah berjaya menarik lengan kiri aku. Aku kembali duduk di
kerusi tadi semula. Kak Kiyah mula merenung muka aku sekali lagi. Kali ini dengan pandangan
yang cukup sayu. Hai, dah jadi macam orang salah pula aku sekarang ni.

"Dhia, please.. tolong gantikan tempat akak ya.." Kak Kiyah mula mengayat aku dengan
senyuman yang sangat manis. Sorrylah, setakat senyum plastik tu aku tak layan lah kak. Kataku
 di dalam hati. Aku mula menggelengkan kepala. Aku gelengkan kepala dengan laju, laju, laju
dan lebih laju dari tadi sampai rasa sakit leher aku nih. "Tak boleh!! Dhia bukannya boss kafe ni.
Tak nak!.." Kata aku dengan lantang dan keputusan aku semestinya adalah muktamad.

"Ala boleh lah Dhia.. Dhia gantikan tempat akak ya. Dhia boleh jadi boss. Orang bukannya
kenal lagi siapa pemilik kafe ni jadi apa masalahnya?" Kak Kiyah semakin yakin dengan
keputusannya dan keyakinanya tu membuatkan aku menjadi semakin serba salah. "Akak yakin
Dhia mesti boleh buat. Nanti akan minta emak datang sini selalu untuk jenguk Dhia dan kafe ni."

Emak? Ya la emak kan ada... "Ok, Apa kata akak minta emak gantikan tempat akak jadi boss
sementara untuk kafe ni" aku memberi cadangan bernas padanya.

"Eh tak boleh... emak nak kena jaga anak akak. Honey tu kan sekolah, so akak tak boleh bawa
dia balik sana." Kak Kiyah mula buat muka kesian semula. "Boleh ya... please.. please.." Kak
Kiyah terus memujuk aku tanpa henti.

Tapi, mana boleh aku gantikan tempat dia untuk rasmikan kafe ni esok. Lepas selesai rasmikan
kafe, mesti perlu uruskan semuanya pula. Kemudian kena jaga kebajikan para pekerja yang
sudah di upah lagi. Hmm ini dah kes berat ni. Memanglah aku belajar dalam urusan perniagaan
tapi aku balik ke sini untuk bercuti bukannya untuk berkerja. Aku sudi tolong bantu sikit-sikit ni
pun dah cukup bagus.

"Please Dhia.. kali ni jer.. Dhia sebut jer apa yang Dhia nak, akak kasi.." Kak Kiyah terus
tersenyum manis sambil mengangguk-angguk perlahan kepalanya. Sebut apa saja?  Hmmm, ini
yang aku suka dengar nih. 

"Akak tak menyesal ke buat syarat macam tu?" Aku mula rasa macam nak ambil kesempatan.
"Kalau Dhia nak semua benda yang akak ada.. boleh?" tanya aku lagi padanya.
Kak Kiyah mula membeliakkan biji matanya pada aku. Aku tahu dia mesti dah mula rasa
cuak kerana dah menuturkan ayat yang tidak sepatutnya seperti tadi tu pada aku.

Hahaha... itulah cakap tau main lepas jer, bukannya reti nak berfikir masak-masak dulu.
Kesempatan ini akan aku gunakan dengan sepenuhnya. Akan aku minta macam-macam sampai
hati aku ni benar-benar puas! Bersiap sedialah kakak ku sayang... bisikan si syaitan jahat yang
 sentiasa cuba untuk berdampingan dengan diri aku sudah mula menampakkan dirinya.

Kak Kiyah terus menepuk dahinya dan mula mengeluh panjang seperti awal-awal tadi semula.
Nampaknya aku akan bergelar boss. Yahoo yabeda bedu.

*******************

JOM BACA SAMBUNGANNYA >> DI SINI 

26 comments:

  1. jalan cerita yang menarik...tulisan yang senang di pahami....tapi nak bayangkan siapa ye untuk hero dan heroin ni..????hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tu terserah kat akak,... akak rasa hero dan heroin mana yg sesuai dengan cerita ni? hihi

      Delete
  2. nak komen ni.. i cant wait for next episode!!😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal kak gee kita singgah baca..thanks

      Delete
  3. Menulis lagiii, aira baca sambungannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aira... nanti sis sambung ya =D

      Delete
  4. Ala bersambung ke.. Dhia ni kasar2 manja ni bila jumpa hero idamannya hahahahaha.. Aduhhh xsabar nak tgggu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik ash sbb sudi berkenalan ngan Dhia kat sini.. kita tunggu dan lihat apa akan jadi kat Dhia nanti ya

      Delete
  5. agaknya lepas ni apa lagi yang Dhia nak minta dri kak kiyah dia tue , waiting next episod ..

    ReplyDelete
  6. Tak tahu kenapa, Ira bayangkan Janna Nick sebagai Dhia hahahah (agaknya character kasar kot. Okey boleh fefeling jauh lagi ni hehe

    ReplyDelete
  7. can't wait for the next episod

    ReplyDelete
  8. Yeah....awa dah kembali dgn siri penulisan ala ala novel....
    Jalan cerita mcm biasa, mesti ada surprise, buat kita ternanti nanti..
    Cepat2 publish bab 2 ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MrsPip. Awa cuba sedaya upaya =D

      Delete
  9. Berdebar lak nak tahu apa yang Dhia nak dari kakak dia tu.hee

    ReplyDelete
  10. duk bayangkan kak kiyah dan dhia ni umo berapa, nak bayangkan siapa pelakon... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya lingkungan 20an.. baru ngam! dah ada yg sebut nama Janna Nick tu. Kak sheila camana? rasa-rasa pelakon mana yang sesuai?

      Delete
  11. Episod dua tak sabar nak baca.
    Apa yg jadi kat dia?
    Berjaya ke cafe tu dirasmikan tanpa bos yg sebenar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca kakyong. sama-sama kita nantikan sambungannya ya =D

      Delete
  12. waw sis best la cite ni.. hehe tak sabar nak tunggu next bab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca sambungannya kat sini >> http://www.sishawa.com/2017/10/kopi-cinta-by-sishawa-bab-2.html

      Delete
  13. Wow sattle baca dah! Tunggu seterusnya

    ReplyDelete