Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AKU DAN SUAMI HAMPIR BERPISAH KERANA FACEBOOK

Assalamualaikum ualls...
Hari ni aku nak gebang topik rumahtangga pulak. Asyik citer hal blog dan baby bakal lahir jer jadi sesekali nak lah juga cerita bab suami isteri. Bagi yang pernah membaca kisah cinta aku dan suami sebelum ni, pastinya ualls dah tahu serba mendalam tentang tentang kisah percintaan kami jadi tak perlulah aku perkenalkan lagi siapa suami aku ni. Pada yang belum kenal, boleh baca kisah cinta Sis Hawa dan Qamar (suamiku) kat SINI yer...

Macam yang ualls tahu, Mr Qamar aku ni tidaklah sehensem mana. Tak hensem di mata orang lain tapi cukup manissss dan sado di mata aku yang juga tak berapa nak lawa ni.. kiranya jodoh yang Allah SWT telah atur antara aku dan Qamar ni memang dah cukup sepadan. Alhamdulillah.

Dan sama seperti orang lain, Mr.Qamar juga ada akaun facebook. Makanya, aku pernah jugalah skodeng akaun facebooknya tu. Biarpun aku dan Mr.Qamar sudah berkahwin sejak 21.12.2001 yang lalu (dah lebih 15 tahun) namun aku tetap juga jalankan upacara skodeng ke atas akaun facebooknya tu setiap kali ada masa terluang.


Eh korang jangan salah faham ya! Aku skodeng bukan secara curi-curi tau sebaliknya dengan cara yang terang dan nyata. Kenapa aku cakap terang dan nyata? Kerana aku sendiri ada password untuk masuk ke akaun facebook Mr.Qamar dan password tersebut dia sendiri yang kasi. Malah dia tak kisah pun bila-bila masa aku nak check. Buka akaun facebooknya di depan dia sendiri pun boleh. Takde masalah.  Alhamdulillah hingga ke hari ini passwordnya tetap sama tidak berubah.

Tapi, MrQamar sama sekali takde password untuk akaun facebook aku. Dia sama sekali tak masuk campur tentang akaun facebook aku. Dia dah tak kuasa!! Ini semua di sebabkan satu peristiwa yang berlaku antara aku dan dia beberapa tahun yang lalu.

HAMPIR BERCERAI KERANA FACEBOOK
Betul!! Aku dan MrQamar pernah bergaduh besar kerana facebook. Kejadian ni dah lama, kalau tak silap pada tahun 2010 dulu. Masa tu aku belum lagi bergelar seorang blogger. Masa tu juga aku berfacebook dengan niat untuk hilangkan sunyi je. Mudah gebang-gebang dengan kengkawan gitu... mudah cakap, sama sekali takde hala tuju yang tepat dan khusus... huhu =(

Seronok guna akaun facebook masa tu sebabnya boleh cari sahabat-sahabat lama dengan mudah. Dapat juga tahu perkembangan kengkawan zaman sekolah dulu dengan senang. Anak dah berapa?  Kahwin dengan siapa? Lokasi terbaru di mana? Memang best! Dalam aku sibuk cari sahabat lama akhirnya aku terima mesej dari seseorang di inbox. Bagaikan nak terlompat dari kerusi kerana mesej tersebut datangnya dari teman lelaki lama. Oh tuhan! Itulah, siapa suruh buka akaun facebook dengan beri info yang betul 100%. Kan mudah orang nak jejak...

Dengan niat hati yang suci tanpa ada sebarang rasa untuk curang sedikitpun!! Aku reply mesej tersebut. Balasan mesej yang aku beri hanyalah sekadar memberitahu perkembangan terbaru yang aku sudah kahwin dan punya anak. Aku sama sekali tak bertanya apa-apa hal dia dengan lebih mendalam. Dalam hati aku berharap moga dengan penjelasan aku tu dia akan segera faham bahawa aku sekarang sudah jadi milik orang. Fullstop!

Baca Juga : Sahabat Baikku Sah Bercerai Ketika Sedang Hamil 


LAIN NIAT DI HATI, LAIN PULA YANG TERJADI
Beberapa hari selepas itu, sebaik saja pulang dari kerja aku lihat anak-anak aku semuanya MrQamar hantar ke rumah emak dan yang makin terkejutnya aku apabila dengan secara tiba-tiba saja MrQamar naik angin. Aku yang memang sama sekali tidak faham apakah situasi sebenarnya hanya mampu berdiri kaku tak bergerak di ruang tamu. Itulah pertama kali aku lihat MrQamar mengamuk macam singa.

Airmata aku memang tak dapat di bendung walau aku tidak tahu untuk kesalahan apa perlu aku menangis ketika tu. Apa yang boleh aku cakap adalah... "Sebab apa ni? Sebab apa?" yelah aku memang tak tahu kenapa dan mengapa.

Aku nyaris kena pelempang tapi mujurlah Mr.Qamar turun balik tangan kanannya tu dengan cepat sebelum sempat singgah ke pipi kiri aku yang tak setebal mana ni. Aku boleh nampak bagaimana dia tengah berperang dengan perasaannya sendiri ketika tu. Mukanya memang merah habis. Tangannya pula nampak menggigil-gigil masa di angkat nak tampar aku tu. Lastly, aku duduk atas sofa dan aku ucap nama Allah.

"Demi Allah... mama tak tahu apa sebabnya ni. Kenapa abah marah mama? Kat mana silap mama? Cubalah tolong beritahu betul-betul. Demi Allah, tolonglahhhhh....."

Sambil cakap sambil sok sek sok sek. Air hidung semua dah keluar ni.... Mujurlah dalam hati masih lagi ingat akan pesanan emak supaya segera perlahan dan lembutkan suara jika suami sedang marah. =(


MR.QAMAR BERITAHU PUNCA
Rupa-rupanya, bekas teman lelaki lama aku tu terus menerus hantar mesej melalui inbox tanpa henti. Kebetulan MrQamar sedang gunakan laptop aku masa tu jadinya dialah yang baca apa saja yang di tulis. Makin hangat apabila MrQamar membalas dan si bekas teman lelaki ni makin rancak sembang seolah-olah masih sedang hangat bercinta dengan aku. Siap panggil sayang lagi.... ( aku tak pernah gelar diri sayang masa bercinta, masa dah kahwin ni pun takde.. )

  • Suami mana tak sakit hati bila baca ayat cinta dari lelaki lain terhadap isterinya?
  • Suami mana tak geram bila ada lelaki lain cuba nak goda si isterinya?
  • Suami mana tak hampir gila bila ada lelaki lain memujuk-mujuk rayu isterinya?

Saat itu seolah hampir gugur jantung aku! Subhanallah... begitu rupanya yang jadi sedangkan aku ni sama sekali tak berniat apa-apa. Tapi jauh di sudut hati, rasa nak marah pun ada pada Mr.Qamar ni. Dah dia melayan tu kenapa?? Adoiiiii... Kalau aku memang aku tak kan layan dah sebaliknya aku terus block je. Eh ye ke? Rasanya aku akan bersikap lebih teruk daripada ni jika ada perempuan lain cuba nak goda suami aku... hmmm....


DI BERI KATA PUTUS BERSERTA TALAK!
Ya! Dek kerana itu MrQamar beri aku kata putus yang agak drastik. Sangat-sangat drastik. Ayat yang perlu aku ingat dari hari tersebut hinggalah ke hari ini adalah...

"Lepas ni, kalau awak yang mulakan dulu, awak yang cari dia dulu, dan awak yang mula hantar mesej dulu pada mana-mana teman lelaki awak yang lama, maka jatuh talak satu!"


Sebaik saja mendapat ucapan itu, aku hanya mampu terduduk di sofa dalam keadaan diam macam sebuah patung lilin yang tak bernyawa. Terasa bergetar kepala lutut ni. Begini rupanya perasaan bila terlepas ucapan talak dari mulut suami. Itu baru peringatan belum lagi bercerai betul-betul..huhu... Tapi bila di fikir balik ada bagusnya juga sebab aku memang takde salah apa-apa pun jadi kenapa perlu aku takut? Betul tak?

MrQamar terus duduk di sebelah aku dan dirangkulnya aku ke dalam dakapan dia. Saat itulah aku dapat lihat airmata lelakinya yang pertama dengan jelas. Kami sama-sama menangis. MrQamar dah tak pedulikan tentang macho seorang lelaki masa tu. Kesian pula aku pada dia. Entah ayat apa lah yang di bacanya semasa bermesej dengan 'mamat durjana' tu.

MrQamar juga minta maaf sebab hampir-hampir tak percayakan aku. Syukurlah Allah SWT masih lagi beri tahap sabar dalam diri dia untuk menangani peristiwa ni. Bila aku tanya lanjut, MrQamar cakap dia dah block dan dia juga dah taknak fikir balik apa yang telah di tulis di dalam inbox tu tadi. Hinggalah ke hari ini dia sama sekali tak pernah ungkit.

HIKMAH DI SEBALIKNYA
Sejak kejadian itu, aku berasa lebih tenang apabila menggunakan akaun facebook kerana MrQamar dah beri sepenuh kepercayaan pada aku. Dia sama sekali tak ambil kisah dengan siapa aku nak berkawan di facebook. Walau ada friendlist di kalangan kaum adam sekalipun namun MrQamar tak pernah tanya. Agaknya sebab dia dah ada letak tanda cap mohor di dahi aku ni kot.. Lagipun dia tahu isterinya ni memang tak akan sesekali buat perkara tanpa berfikir panjang...

Yang pasti, aku bukannya perempuan bodoh yang akan pertaruhkan rumahtangga sendiri dek kerana teman lelaki lama yang entah apa-apa. Dan.... hingga ke hari ini, aku terus berhati-hati untuk menerima permintaan untuk menjadi rakan daripada kaum Adam di facebook kerana aku takut pisang berbuah dua kali. :D


DEMI ALLAH, AKU SHARE KISAH NI BUKAN UTK BUKA AIB SUAMI ATAU SAPA-SAPA TETAPI SEKADAR NAK BERI PENGAJARAN PADA ISTERI YANG LAIN DI LUAR SANA.. UALLS MACAMANA? ADA KISAH & PENGAJARAN TENTANG AKAUN FACEBOOK TAK? KALAU ADA SHARE LAH KAT RUANGAN KOMEN TU YA... PENDAPAT JUGA AMAT DI ALU-ALUKAN.... TQ


18 comments for "AKU DAN SUAMI HAMPIR BERPISAH KERANA FACEBOOK"

  1. memang fecebook dapat merapatkan silaturahim antara rakan lama..tapi kena selalu berwaspada jika kekasih lama berhubung kembali..kalau boleh janganlah kerap berbalas mesej.takut jadi lain plak nnti

    ReplyDelete
  2. ouchh.. inilah yg ditakutkn. Btw sis hepi ending.Semoga bkekalan. hihihihi..kisah ina. nasib kenalan lama dah takde. mgkin jugak ina sudah berubah imej,dulu bermata ceklat.Kini bercermin mata. Mmg sukar dikesan..

    ReplyDelete
  3. YAALLAH SEDIHNYA BACA...DULU AKK PUN PERNAH BERBALAS MESEJ DENGAN EX JUGAK....TAPI CEPAT2 BLOCK DIA BALIK TAKUT TERJADI YANG BUKAN2 HIHI....

    ReplyDelete
  4. Tak dinafikan, kadang-kadang FB ni bahaya jugak kan. Berjumpa balik kawan lama dan sebagainya. Siqah takde masalah camni di FB. Ada di Instagram. Huhu.

    Awal dulu, masa baru buka akaun kedua di IG. Bila ada Instagrammers lelaki yang nak gambar Siqah untuk dipost di IG dia juga. Siap bagi no phone. Siqah tunjuk kat suami. Dia terus marah dan pesan jangan nak melayan lelaki kat IG. Suami pun tak suka kalau Siqah balas komen lelaki di IG yang menampakkan Siqah mudah mesra. Biasa Siqah balas komen, mestilah nak tunjuk yang kita hargai komen orang tu kan. So kadang-kadang panjang jugak komen reply. Tapi bila dah ditegur oleh suami, Siqah balas seringkas yang mungkin komen lelaki. Kadang-kadang bagi smiley je. Tak nak dianggap mudah mesra dengan kaum Adam.

    Lagi senang kalau post gambar dan tiada komen dari lelaki. Bukan setakat takde komen dari lelaki, takde komen langsung. Hihi.

    Siqah sama juga seperti Sis Hawa. Tidak akan sesekali pertaruhkan rumahtangga untuk perkara yang tidak pasti. Menghindari lebih baik daripada mengubati. Itulah prinsip Siqah :)

    Terima kasih Sis Hawa atas perkongsian ini. Semoga Sis Hawa dan suami sentiasa kekal bahagia. Amin.

    ReplyDelete
  5. Teruknya dh tahu isteri org pun masih cuba goda. Alhamdulillah suami kak awa seorang yg rasional dan mampu menahan marah.

    Semoga terus bahagia kak.

    ReplyDelete
  6. ekin pun ada pengalamam gak tapi biarlah rahsia.. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. menakutkan nya ya Allah. mintak dijauhkan :(

    ReplyDelete
  8. Moga Allah peliharakan akak suami isteri....amin....

    ReplyDelete
  9. semoga kita semua dilindungi daripada menyalahgunakan media sosial ... mrs pip tumpang akaun fb husband saja, malas nak buka akaun sendiri, senang husband nak check .... tapi mmg pengajaran buat semua, better berterus terang dgn pasangan, so boleh hilangkan salah faham ...

    ReplyDelete
  10. Betul kak hawa, dulu Facebook, sekarang whatsapp, wechat, instagram, macam2 platform dah ada lagi kena berjaga-jaga kan kak?
    Btw, respect kat suami akak sbb masih boleh kawal emosi dlm keadaan mcm tu. :)

    ReplyDelete
  11. dugaan di alam perkahwinan mcm2 kan... Dia mahu uji kita dgn mcm cara....

    ReplyDelete
  12. Ujian dalam perkahwinan yang mematangkan kita dan jadikan kita lebih berhat-hati.
    Smga sis hawa dan en suami kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  13. Tq sharing cerita awa. Boleh jadikan pengajaran Dalam hidup. Banyak pengajaran boleh ambil Dari sini. Mama doakan rumahtangga awa sentiasa Aman bahagia till jannah

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Dugaan Allah tak di jangka. ..

    ReplyDelete
  15. Hhmm, mek pun ad jugak. Hhahah. Sape je tkde sbnrnya ni cuma kuat ke tk nk lawan. Dn yg penting, melayan atau tidak. Itu je. Kalau mlyan memang sape sape pun akn rasa dbuai perasaan syaitan

    ReplyDelete