Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tanda Tanda Nak Bersalin, Kena Ready Dari 36 Minggu

Tanda Tanda Nak Bersalin, Kena Ready Dari 36 Minggu | Apabila kandungan dah masuk usia 36 minggu ke atas, ibu perlu bersedia untuk bersalin. Bersalin tak semestinya ikut tarikh due (tarikh jangkaan bersalin) yang di beri doktor.

Apabila usia kandungan sudah mencecah 37 minggu bererti keadaan bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan. Ada wanita yang melahirkan awal dua minggu lepas awal dari itu. 

Ada ibu dapat tanda tanda nak bersalin ketika usia kandungan 37 minggu. Ada pula yang dapat tanda tanda nak bersalin ketika 39 minggu dan 40 minggu. Tanda bersalin 7 bulan, 8 bulan dan hampir 9 bulan ini sama saja. 

Apakah tanda awal bersalin ni? 

Sejak bila tanda-tanda awal nak bersalin ni muncul?


tanda-nak-bersalin
Tanda Tanda Nak Bersalin, Kena Ready Dari 36 Minggu  



Usia kandungan sudah besar? Ketahui tanda-tanda hendak bersalin di bawah. Para ibu perlu mengetahui tanda-tanda ini supaya lebih bersedia untuk sebuah kelahiran.

Ada Tiga Peringkat Dalam Fasa Kelahiran

Ibu perlu melalui tiga fasa untuk bersalin iaitu :
  1. Apabila kontraksi perlahan-lahan membuka pintu rahim (serviks). 
  2. Semasa sedang meneran untuk mengeluarkan bayi. 
  3. Ketika uri (plasenta) di keluarkan.

Tanda-tanda hendak bersalin bermula pada peringkat yang pertama dengan berlakunya kontraksi yang akan membuka pintu rahim (serviks) secara perlahan-lahan. 

Petanda yang di terima juga tidak sama pada semua orang. Ada yang nampak sedikit turun darah, ada yang terus pecah air ketuban dan ada juga yang hanya berasa sakit pada perut tanpa ada apa-apa turun darah dan air ketuban yang pecah sama sekali. 

Aku sendiri pernah mengalami dua jenis petanda bersalin, yang pertama pecah air ketuban dan yang ke dua kontraksi. 

Petanda dengan lendir dan darah, aku belum pernah laluinya lagi. Jika mengikut kata rakan-rakan, petanda bersalin dengan cara turun darah adalah yang paling sakit sekali. Benar atau tidak, wallahualam.

Pengalaman Tanda-Tanda Hendak Bersalin Yang Pernah Aku Lalui

1. Pecah Air Ketuban

Semasa anak sulung, aku sama sekali tidak berasa sakit apa-apa. Sehinggalah beberapa hari sebelum tiba due, secara tiba-tiba saja air ketubanku pecah. Turunnya air ketuban seperti sedang datang haid.

Aku pakai tuala wanita dan rasa sakit memang sama sekali tidak ada. Aku masih boleh boleh bergerak dengan tenang dan makan dengan berselera walaupun ketika itu air ketuban semakin keluar. 

Bila sudah turun air ketuban semestinya itu adalah petanda akan bersalin pada bila-bila masa jadi aku terus ke hospital. Ketika nak lahirkan anak sulung tu, aku tak berani nak duduk di rumah lama-lama setelah turun tanda nak bersalin sebab tak ada pengalaman lagi waktu tu.

bila sampai ke hospital, disebabkan air ketuban aku sudah pecah maka doktor bertanya berapa jumlah tuala wanita yang sudah di tukar, mujurlah aku ingat. Boleh jawab dengan tak teragak-agak.

Akibat air ketuban turun dulu maka doktor terpaksa masukkan ubat ke saluran rahim untuk mempercepatkan tempoh bukaan pintu serviks. Air ketuban yang makin kurang akan menyebabkan proses kelahiran semakin sukar nanti jadi suka atau tidak memang ini cara yang terbaik. 

Sebaik saja menerima ubat tersebut, rasa kontraksi untuk bersalin menjadi berlipat kali ganda. Syukur Alhamdulillah, beberapa jam selepas itu aku selamat melahirkan anak yang pertama. Ameen.

2. Datang Kontraksi

Untuk anak ke dua aku lahirkan secara pembedahan, untuk anak ke tiga pula ada isu lain maka aku terus bercerita tentang tanda hendak bersalin secara semulajadi ini untuk anak ke empat dan ke lima.

Semasa anak ke empat dan ke lima, aku tidak pecah ketuban dulu sebagaimana yang berlaku ketika lahirkan anak yang pertama. Petanda bersalin yang aku alami kali ini adalah daripada kontraksi. 

Tanda-tanda nak bersalin ini ketika usia kandungan 39 minggu dan 40 minggu (kalau tak silap). 

Antara tanda hendak melahirkan yang aku alami itu seperti : 
  • perut asyik mengeras
  • berasa sakit pada bahagian belakang pinggang
  • berasa sakit pada bahagian bawah perut
  • sakitnya seperti hendak datang period (senggugut)
  • asyik nak terkencing
  • perut makin lama makin memulas seperti hendak buang air besar


3. Kontraksi On dan Off 

Semua rasa di atas tu datang secara perlahan-lahan pada mulanya. Lepas itu rasa sakit ini akan menjadi lebih kuat dan lebih kerap secara on and off. 

Maksudnya, rasa sakit-sakit itu akan datang menyerang secara tiba-tiba kemudian boleh berhenti secara tiba-tiba juga. Ia akan berterusan sebegitu dalam masa yang agak lama. 

Jika masih berselera untuk makan, bolehlah ambil makanan untuk menambahkan tenaga untuk melalui proses ketika meneran nanti. Banyakkan juga berjalan secara perlahan-lahan untuk mempercepatkan proses kelahiran.

4. Kontraksi Berterusan Non Stop

Dari rasa sakit nak bersalin on and off, kontraksi akan menjadi lebih kuat dan cepat. Sakit ini akan sentiasa berulang dengan tempoh yang semakin kerap. 

Sebab itu bila sedang lalui kontraksi ini, wajib kena tengok jam setiap masa. Pantau berapa selang masa ketika sakit kontraksi ini menyerang. 

tanda-nak-beranak
How to time your contractions during labor



Jika semakin lama semakin kerap itu bermakna pintu rahim sudah semakin terbuka dengan luas dan jangan tunggu lama-lama lagi. Segera ke hospital bersama buku merah dan kelengkapan bayi. Bahaya jika terus tunggu di rumah.

Bagi yang mengandung anak sulung, segeralah ke hospital sejak dari awal petanda sakit kontraksi nak bersalin ni muncul kerana korang belum lagi ada pengalaman sebegini. Takut nanti tersalah tengok selang masa pada jam, tak pasal-pasal korang terpaksa bersalin di rumah atau di dalam kereta.


tanda-nak-bersalin
contractions during pregnancy

Ada Tanda Nak Bersalin Betul dan False Alarm

Pentingnya untuk kita tahu tanda nak bersalin ini bagi memastikan itu benar-benar dah nak bersalin atau false alarm semata-mata. Agak susah juga nak bezakan sebab tanda untuk kedua-dua ini hampir sama.

Tanda Nak Bersalin Sudah Dekat Ketika Kandungan Usia 36 Minggu

Sebenarnya sudah ada petanda untuk kita daripada Allah SWT sejak dari 4 minggu sebelum bersalin lagi. Cuma atas kita samada peka terhadap tanda-tanda tersebut ataupun tidak. Antara petanda-petanda awal ini ialah:
  • baby makin turun ke bahagian bawah perut (atas perut kosong)
  • berat badan statik (tidak bertambah dan tidak berkurang).
  • terasa berat makin bertambah di bahagian bawah perut
  • badan mula terasa penat yang amat sangat (asyik nak tidur saja)
  • cirit-birit
  • kejang pada bahagian kaki dan betis
  • kerap sakit belakang
  • kaki sembab boleh jadi tanda nak bersalin semakin dekat juga. 

Ibu Kena Ready Untuk Bersalin, Jangan Panik Bila Tanda Nak Bersalin Muncul

Setiap ibu yang mengandung semestinya akan melalui proses bersalin ini. Ibu perlu sentiasa berada di dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan panik ya. 

Banyakkan cari info yang berkaitan, banyakkan minum air, banyakkan berehat untuk kumpul tenaga dan banyakkan juga berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar. 

Selain dari itu, buku merah (buku pink) jangan tinggal.

Pakaian sambut bayi jangan last minute baru nak sediakan.

Suami pula, maklumkan pada majikan yang isteri sudah sarat dan boleh melahirkan pada bila-bila masa. 

Kesimpulan 

Itulah dia sedikit sebanyak info berkaitan dengan tanda-tanda ketika hendak bersalin. Tak dinafikan bersalin ini memang sakit. Hadaplah kesakitan ketika nak bersalin ini sebagai tanda untuk kita ingat pengorbanan ibu ketika melahirkan kita ke dunia ni dulu.

Yang pasti, sakit yang bakal di lalui itu akan hilang dengan serta merta sebaik saja si comel menjengah ke dunia. 

Jangan lupa simpan memori bersalin ni dengan kemas sebagai sebahagian dari kenangan teragung seorang wanita yang bergelar ibu.

Detik kelahiran bayi ini juga merupakan kenangan teragung seorang lelaki bergelar ayah.

PENTING !!

Terus ke hospital jika kurang pergerakan bayi di dalam perut dan segera ke hospital juga jika ada sebarang tanda darah yang keluar walaupun sedikit.

Sekiranya ada tanda nak bersalin seperti kontraksi pendek, darah atau air ketuban pecah, segera ke hospital untuk mudahkan doktor check bukaan serviks.

 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


5 comments for "Tanda Tanda Nak Bersalin, Kena Ready Dari 36 Minggu "

  1. 3 anak Gee bermula dengan keluar sedikit darah, yang ke empat tanda sakit contraction. Ke empat-empat doktor yang pecahkan air ketuban dalam labour room. Alhamdulillah semua normal walaupun keadaan sakit berbeza untuk setiap anak.😀

    ReplyDelete
  2. Semoga saya jugak diberi peluang untuk merasai semua ini.. Info yang bagus kak Hawa bagi kami yang masih belum dikurniakan zuriat.. Thanks alots..

    ReplyDelete
  3. Semoga diberi peluang merasa pengalaman untuk merasai jugak nanti.. info yang bagus sangat ni..

    ReplyDelete
  4. ngeri pula baca cerita bersalin ni tapi sesungguhnya info awa ni mmg lengkap tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ngeri tapi itulah pengorbanan kita sebagai ibu kan? hadap tetap kena hadap. bezanya ready atau tak :D

      Delete