Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 Tanda Penting Bukti Ibu Sedang Awal Mengandung (Tanda Awal Kehamilan)

15 Tanda Penting Bukti Ibu Sedang Awal Mengandung  (Tanda Awal Kehamilan)Teruja nak tahu sama ada diri sendiri sedang mengandung? Sebenarnya penting juga mengetahui tanda awal kehamilan supaya kita dapat lebih bersedia. Tanda awal kehamilan atau tanda wanita hamil peringkat permulaan sememangnya sudah ada sebaik saja si ibu mula hamil. 

Tanda awal kehamilan ini akan menunjukkan yang si ibu sebenarnya sedang berbadan dua dan tanda awal mengandung ini boleh juga di anggap sebagai simptom semasa mengandung. Tanda-tanda awal kehamilan ini sememangnya sangat penting diketahui bagi setiap wanita sebagai calon ibu yang baik. 



Tapi tak dinafikan yang kadangkala tanda hamil ini mungkin agak susah untuk dikenali. Untuk mengetahui tanda dan ciri awal kehamilan , baca info selengkapnya di sini! Di sini akan daku kongsikan 11 tanda awal kehamilan untuk buat suami isteri yang sedang menunggu berita gembira. Tanda tanda mengandung ini pasti akan membuatkan bakal pa & ma teruja.


15 Ciri-Ciri Ibu Hamil (1 Ke 3 Bulan) Yang Wajib Pa&Ma Tahu


Ramai wanita yang baru hamil tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan. Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan. Tanda-tanda hamil atau tanda awal mengandung ini berbeza untuk setiap wanita. Nak tahu hamil ke tak? Berikut ada 11 tanda yang boleh dilihat sedang berlaku pada si ibu.


#1 - Period Lewat 
Tanda-tanda mengandung minggu pertama memang sukar untuk di kesan. Namun si ibu boleh mula alert seandainya period lewat dari waktu yang sepatutnya. Period lambat seminggu dari kebiasaan boleh dijadikan sebagai tanda awal bahawa diri mungkin sedang hamil.

#2 - Payudara Makin Besar
Antara tanda mengandung pada peringkat awal ini adalah payudara akan semakin membesar. Payudara kita boleh memberikan klu awal yang kita telah hamil seawal usia kandungan di minggu-minggu terawal kehamilan lagi.

#3 - Morning Sickness
Secara umumnya, tanda kehamilan akan berlaku selepas beberapa minggu seperti wanita seringkali be semua wanita merasakan rasa mual dan ingin muntah sepanjang hari lebih-lebih di waktu pagi. Tidakmabuk pagi yang turut dikenali sebagai morning sickness ini secara berterusan, tetapi ia boleh dianggap sebagai salah satu tanda awal seseorang itu telah hamil.

#4 - Mengidam
Nafsu makan mula meningkat secara tiba-tiba hingga membuatkan rasa mengidam akan sesuatu makanan. Walaupun ia bukanlah tanda yang begitu pasti, namun ianya selalu terjadi kepada mereka yang baru hamil serta diikuti dengan beberapa tanda-tanda yang lain juga.

#5 - Stress
Perubahan hormon dalam badan dan ianya sering berlaku atas faktor fizikal yang dialami. Seterusnya, ia boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan atau stress mahupun tekanan darah rendah. Dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

#6 - Kerap Kencing
Sekiranya hormon terhasil sebaik sahaja embrio wujud, para ibu selalunya akan mula rasa asyik mahu terkencing. Ibu perlu membuang air kecil dengan lebih kerap berbanding biasa turut boleh dijadikan sebagai tanda awal kehamilan akan kewujudan janin.

#7 - Lesu
Perubahan hormon yang tinggi akan membuat diri ibu berubah. Ibu akan mula berasa malas, penat dan lelah. Walaupun ia mungkin bukanlah tanda yang kukuh tanpa kehadiran tanda-tanda lain, namun ia adalah tanda penting awal kehamilan yang perlu turut di beri perhatian. 

#8 - Mood Swing
Perubahan hormon yang ketara ketika mengandung boleh membuatkan perasaan atau mood si ibu jadi berubah-ubah. Ibu akan mula berasa lebih beremosi daripada biasa. Cara terbaik adalah untuk relaks. Ibu boleh berehat dan boleh juga ajak rakan mahupun bakal si ayah untuk keluar ambil angin bersama.  


#9 - Sembelit
Ibu yang mengandung juga berpotensi untuk mengalami sembelit. Ianya berlaku kerana paras hormon progesteron yang tinggi menyebabkan fungsi usus besar terganggu dan makanan lambat dihadam. Siapa sangka sembelit juga boleh menjadi salah satu tanda awal mengandung.

#10 - Kembung Perut
Sebaik sahaja mula mengandung, ibu mungkin akan mengalami cramp atau kembung perut disebabkan oleh otot rahim yang meregang. Otot rahim meregang disebabkan oleh kehadiran janin, seolah-olah rahim mula berlatih untuk contraction.

#11 - Hilang Selera
Ada sesetengah wanita mengatakan mereka akan merasa sedikit loya di mulut dan malah segelintir mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa minuman atau makanan kegemaran mereka sendiri. Ada juga yang sensitif kepada bau yang menyebabkan mereka berasa mual dan ingin muntah.

#12 - Suhu Badan Naik
Ibu mengandung akan mengalami perubahan suhu badan. Suhu badan meningkat disebabkan oleh peningkatan aliran darah didalam badan & perubahan hormon yang mendadak. Ianya akan menyebabkan tubuh berasa panas dan terpaksa mandi dengan lebih kerap dan memilih untuk duduk di dalam bilik yang beraircond.

#13 - Anak Lain Makin Manja
Jika kebetulan telah ada anak sebelum ini maka jangan terkejut seandainya anak tersebut akan jadi semakin manja secara tiba-tiba. Bagaikan ada sixth sense, si anak akan tahu bahawa dia bakal mendapat adik dalam masa yang terdekat.

#14 - Keputihan
Tanda awal mengandung yang terakhir ialah keputihan. Ada bakal ibu mengalami keputihan yang sangat banyak sehinga rasa merimaskan. Tapi si ibu tidak perlu risau jika keputihan yang keluar berwarna putih, tidak berbau dan tidak gatal. Namun seandainya keputihan itu berwarna selain putih dan gatal-gatal, atau mungkin juga keputihan itu sangat banyak berbanding biasa maka seeloknya di rujuk kepada doktor.

#15 - Pregnancy Test Positif
Last but not least, of courselah pregnancy test. Hanya dengan harga beberapa ringgit sudah boleh dapatkan pregnany test dari mana-mana farmasi. Ternyata dengan melakukan ujian kehamilan dapat memberikan jawapan kepada persoalan yang lebih tepat. 


Itulah senarai 15 tanda awal kehamilan untuk pengetahuan bakal pa & ma. Setiap ibu seharusnya tahu ciri-ciri hamil agar kehamilan tersebut supaya dapat dikesan akan kehadiran baby dari awal. 

Tak hanya itu, si ayah juga boleh mengetahui tanda-tanda awal kehamilan ini supaya dapat mengetahui akan kehadiran bakal cahayamata setelah melihat akan perubahan yang berlaku pada isteri. 

Apakah ada dan boleh berlaku tanda awal kehamilan pada suami? Jawapannya ya boleh dan memang ada nama dan sebab mengapa tanda awal kehamilan isteri boleh turut berlaku pada suami. Suami alahan tika isteri sedang mengandung adalah ayat yang sering digunakan untuk perkara ini. 

Betul-betul ada tanda ciri-ciri di atas pada diri sendiri?! Tahniah diucapkan, besar kemungkinan benar sedang mengandung. Jangan lupa untuk segera ke hospital atau klinik untuk pengesahan dari doktor okay.  


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


Take care!


10 comments for "15 Tanda Penting Bukti Ibu Sedang Awal Mengandung (Tanda Awal Kehamilan)"

  1. dah boleh mula study and amik tahu pasal ni

    ReplyDelete
  2. Lain orang lain pengalamannya kan Awa.. ada yang rasa kesemuanya.. ada yang satu dua je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sha.. awa sndiri pun ada yg alah teruk ada yg x.. tp smuanya suami akan dpt tanda gak

      Delete
  3. Belum pernah mengalami tapi memang kakak saya mengalami itu semua.
    Terima kasih sharingnya Kak.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. huntung la badan kak shila... x yah susah2 morning sickness.. hehe

      Delete
  5. Hi. Salam, nak Tanya. Isteri saya sudah 2x keguguran. Skrg dah hamil kali ke tiga. Nak Tanya, jika ambil ubat duphaston tu, ada apa2 effect tak. Gugur kali ke dua dlu ptg makan ubat tu, esk nye gugur. Lagi satu, ubat tu boleh ke ambil sekali dgn susu anmum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan.... setahu saya duphaston ni mmg digunakan untuk kuatkan rahim... tapi x dinafikan yg ada wanita makan ubat ni ok dan ada yg boleh dpt kesan sampingan.. sbb tu ubat ni perlu dimakan mengikut saranan doktor.. DAN sebut makan ubat dengan minum susu, minuman dengan kandungan kalsium boleh mengurangkan kesan ubat itu sebenarnya....

      Delete