PENGALAMAN BERSALIN DENGAN MASALAH AIR KETUBAN KURANG - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

2 Dec 2017

PENGALAMAN BERSALIN DENGAN MASALAH AIR KETUBAN KURANG

Assalamualaikum ualls terutama kaum hawa...
Kalau ualls nak tahu aku pernah mengalami masalah air ketuban kurang ketika sedang mengandungkan anak yang ke tiga pada tahun 2009 yang lalu. Masa tu kandungan aku sudah pun masuk ke minggu yang ke 39.


Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba masalah ini berlaku apa yang pasti saat itu aku dapat rasakan yang pergerakan baby di dalam kandungan aku sudah berkurang. Aku masih ingat lagi hari itu hari Jumaat dan daripada pagi baby sama sekali tak tunjukkan sebarang pergerakan. Sehingga selepas solat Jumaat aku terus menunggu namun baby tetap juga 'diam seribu bahasa'. Akhirnya aku nekad ke hospital.

Sebaik saja sampai doktor terus buat imbasan. Fuh lega! Baby okay... Alhamdulillah...

Tapi, malangnya air ketuban telah berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya. Eh eh kenapa? Aku mula berasa pelik kerana aku baru saja buat pemeriksaan pada 2 minggu yang lepas dan semuanya tampak normal. Tak kan dalam masa 2 minggu air ketuban boleh kurang dengan banyak sedangkan aku sama sekali tak de rasa apa-apa kebocoran pun!


AKU MINTA PENJELASAN DOKTOR
Rupa-rupanya ari ketuban ini boleh berkurangan di sebabkan banyak faktor. Dan untuk kes aku ini bukannya di sebabkan kebocoran (leaking) tetapi adalah di sebabkan bayi aku sendiri. Kata doktor, bayi yang berada di dalam kandungan akan 'minum air ketuban' setiap hari dan akan melepaskannya semula sebagai air ketuban melalui placentanya namun di dalam kes aku ini bayi aku hanya minum air ketuban tersebut tetapi tidak melepaskannnya semula. Dalam erti kata lain itu adalah salah satu perkara yang boleh membahayakan bayi.

Aku tersentak! Aku terpampan.. maka hari itu juga doktor buat keputusan untuk memaksa aku bersalin demi untuk keselematan bayi. Allahuakbar! Menitik airmata...

Doktor masukkan ubat (induce) untuk memaksa aku bersalin bagi mengurangkan insiden bayi lemas. Mujurlah bayi mahu juga keluar secara normal jika tidak tak pasal kena operation. Dan benarlah bagai yang di kata, sebaik saja lahir bayi aku ada masalah pada buah pinggangnya. Buah pinggang sebelah kiri bayiku bengkak. Huhuhu... Ibu mana tak sedih bila dapat perkhabaran itu. Namun siapa kami untuk menidakkan takdir Ilahi.


BERJUMPA DOKTOR MENGIKUT JADUAL
Akibatnya aku perlu membawa bayi selalu ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor akan scan dan doktor akan ambil darah untuk menentukan tahap kesihatan pada tubuh badannya yang kecil itu. Sedih hati aku dan suami melihat si kecil di cucuk itu ini untuk di ambil darahnya. Perkara ini berlanjutan sehingga umurnya mencapai lebih daripada enam bulan. Ubat sama sekali tidak pula di bekalkan.

Masa terus berlalu dan tahap kesihatan anak kami masih juga sama seperti sebelum ini. Bila di tanya perkembangan terkini doktor hanya memberitahu akan terus memantau. Akhirnya suami aku decide untuk menukar doktor. Ya!! Kalau ualls nak tahu inilah sebab utama kenapa aku dan suami nekad untuk berpindah ke Kelantan. Kami berpindah demi anak. Di Kelantan kami di rujuk ke hospital yang lebih arif tenaga pakarnya. Anak ku bukan hanya setakat di ambil darah malahan sehingga ke tahap di masukkan kamera melalui alat sulitnya untuk melihat keadaan sebenar secara lebih dekat dan tepat.

Ubat kampung turut kami usahakan. Beberapa bulan selepas itu muncullah sinar pelangi untuk kami. Gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan bahawa bengkak tersebut tidak terus melarat dan nampaknya tidak akan memberi apa-apa impak yang lain. Dalam erti kata lain, InshaaAllah anak kami boleh membesar secara normal sama seperti kanak-kanak yang lain. Rawatan ke atas anakku juga di hentikan dan anakku sama sekali tidak perlu mengambil apa-apa ubatan. Syukurlah...


PUNCA AIR KETUBAN KURANG
Antara punca-punca sebenar yang boleh menyebabkan kurangnya air ketuban ini di dalam rahim ibu adalah...

1- Air Ketuban Bocor Awal (Leaking)
Koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan air ketuban keluar. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. Kadangkala,kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj.


2- Masalah Perkembangan Janin
Jika masalah kekurangan air ketuban berlaku pada awal kehamilan. Ia boleh menyebabkan bayi cacat, keguguran, kelahiran pramatang atau janin meninggal di dalam kandungan. Jika ia berlaku pada trimester ke dua pula, ia boleh menganggu tahap tumbesaran dan perkembangan pada janin yang sedang di kandung oleh ibu.

3- Masalah Plasenta
Masalah pada placenta akan menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda. Sekaligus menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair yang dijadikan air ketuban. Inilah yang di alami oleh aku.


4- Bayi Kembar
Masalah air ketuban kurang mempunyai risiko yang tinggi sekiranya si ibu mengandung kembar dua atau lebih. Keadaan ini berlaku kerana sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar yang lain. Air ketuban yang kurang dibentuk oleh seorang kembar,manakala seorang lagi kembar akan membentuk ar ketuban yang banyak.

- BAYI KEMBAR - 
5- Masalah Kesihatan
Masalah kesihatan yang di hadapi oleh si ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.


TANDA YANG BOLEH MENUNJUKKAN AIR KETUBAN KURANG

  • PERGERAKAN BAYI BERKURANGAN
  • SELUAR DALAM BASAH
  • PERUT NAMPAK LEBIH KECIL DARIPADA BIASA
  • SAKIT BAWAH PERUT APABILA BERJALAN
  • PERKEMBANGAN JANIN TIDAK SEMPURNA
  • SELALU PENAT
  • URI LEKANG
  • MASALAH KESIHATAN

Akibat yang boleh berlaku jika air ketuban kering adalah :

  • Bayi terlilit tali pusat
  • Bayi mudah terkena infeksi
  • Bayi lahir lebih awal (pramatang) dan membiru
  • Dinding rahim terkoyak dan mengalami iritasi
  • Terjadinya kontraksi sebelum masa bersalin sebenar tiba
  • Kontraksi janin terhadap ibu tidak ada dan proses bersalin menjadi lebih lama
  • Ibu akan mengalami kesakitan di bahagian bawah perut dengan jangka waktu yang lama
  • Bayi akan mejadi lemah dan berhenti bergerak karena suhu di dalam kandungan tidak stabil
  • Bayi dapat meninggal di dalam kandungan kerana kekurangan oksigen dan nutrisi
  • Organ tubuh bayi belum sempurna sepenuhnya tetapi terpaksa dilahirkan awal maka ayi akan menderita cacat ketika dilahirkan


JADIKAN IKTIBAR
Mujurlah aku alert tentang pergerakan bayi jika tidak sudah tentu bayi aku akan mengalami masalah yang lebih besar. Kerana itu jangan sesekali ambil mudah tentang carta pergerakan bayi yang pihak hospital sediakan di dalam buku merah ibu mengandung tu.

Mujur juga aku dan suami sanggup berkorban hingga tahap berpindah semata-mata untuk anak tersayang. Walau ketika itu ramai yang tidak menyokong kami berpindah namun aku tetap happy kerana telah membuat satu keputusan yang tepat. Biarlah apa orang nak kata asalkan aku dan suami telah mencuba sedaya upaya kami.

Sekarang anakku sudah pun berusia 8tahun. Ahamdulillah dia dapat membesar dalam keadaan yang sihat sepenuhnya cuma berat badannya agak kurang dan nampak kurus melidi. Walaubagaimanapun selera makannya kuat dan akal fikirannya juga agak tajam. Kini dia sedang bersekolah di dalam aliran agama dan merupakan salah seorang best student di sekolah. InshaaAllah,... jika Allah izinkan.. moga-moga Muhammad Aman akan terus meningkat dewasa di dalam keadaan yang sihat dan gembira. Ameen...
- MUHAMMAD AMAN / D.O.B = 13 JUN 2009 -

TIPS: Banyakkan makan buah tembikai dan minum air kelapa muda untuk banyakkan air ketuban.

5 comments:

  1. Allahu...Alhamdulillah dah sihat..

    ReplyDelete
  2. Alhmdullillah..anak sis dah kembali sihat dan membesar dgn baik

    ReplyDelete
  3. bahayanya air ketuban kurang. alhamdulillah semuanya OK. bagus tips awa ni

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, berdebar saya baca pasal ni. Alhamdulillah, semoga nikmat kesihatan ini sampai ke tua

    ReplyDelete
  5. Semoga ank awa diberikan kesihatan ya

    ReplyDelete