Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Mengandung Bersalin Dengan Masalah Air Ketuban Kurang

Pengalaman Mengandung Bersalin Dengan Masalah Air Ketuban Kurang | Air ketuban merupakan salah satu elemen kehamilan yang penting untuk tumbesaran janin. Air ketuban mempunyai pelbagai fungsi kepada janin. Sekiranya jumlahnya sedikit, boleh menjejaskan kehamilan. 

Air ketuban kurang in english disebut sebagai less amniotic fluid. 

Kadar Bacaan Air Ketuban Normal

Jumlah air ketuban yang normal untuk bayi di dalam kandungan sentiasa berubah-ubah mengikut usia kandungan. 

Pada peringkat awal kehamilan jumlahnya mungkin sekitar 10 hingga 50 cc sahaja namun ia akan terus bertambah seiring dengan peningkatan usia kandungan. 

Air ketuban boleh mencapai sekitar 600cc ke 1, 200 cc apabila usia kandungan memasuki 34 hingga 38 minggu. Bagaimanapun, jumlah itu akan mula berkurangan apabila usia kandungan makin menghampiri tempoh kelahiran bayi.

Bacaan AFI yang normal adalah antara 8 hingga 20.


Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Air Ketuban Kurang 38 Minggu

Aku sendiri pernah mengalami masalah air ketuban kurang ketika sedang mengandungkan anak yang ke tiga pada tahun 2009 yang lalu. Masa tu kandungan aku sudah pun masuk ke minggu yang ke 39.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba masalah ini berlaku apa yang pasti saat itu aku dapat rasakan yang pergerakan baby di dalam kandungan aku sudah berkurang. 

Aku masih ingat lagi hari itu hari Jumaat dan daripada pagi baby sama sekali tak tunjukkan sebarang pergerakan. Sehingga selepas solat Jumaat aku terus menunggu namun baby tetap juga 'diam seribu bahasa'. Akhirnya aku nekad ke hospital.

Sebaik saja sampai doktor terus buat imbasan. Fuh lega! Baby okay.  Alhamdulillah. 

Tapi, malangnya air ketuban telah berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya. Eh eh kenapa? Aku mula berasa pelik kerana aku baru saja buat pemeriksaan pada 2 minggu yang lepas dan semuanya tampak normal. 

Tak kan dalam masa 2 minggu air ketuban boleh kurang dengan banyak sedangkan aku sama sekali tak de rasa apa-apa kebocoran pun!

Doktor Berikan Penjelasan

Menurut doktor, air ketuban ini boleh berkurangan disebabkan banyak faktor. Dan untuk kes aku ini bukannya di sebabkan kebocoran (leaking) tetapi adalah di sebabkan bayi aku sendiri. 

Kata doktor lagi, bayi yang berada di dalam kandungan akan 'minum air ketuban' setiap hari dan akan melepaskannya semula sebagai air ketuban melalui placenta

Namun di dalam kes aku ini bayi aku hanya minum air ketuban tersebut tetapi tidak melepaskannnya semula. Dalam erti kata lain itu adalah salah satu perkara yang boleh membahayakan bayi.

Aku tersentak! Aku terpampan.. maka hari itu juga doktor buat keputusan untuk memaksa aku bersalin demi untuk keselematan bayi. Allahuakbar! Menitik airmata.

Doktor masukkan ubat (induce) untuk memaksa aku bersalin bagi mengurangkan insiden bayi lemas. Mujurlah bayi mahu juga keluar secara normal jika tidak tak pasal kena operation. 

Dan benarlah bagai yang di kata, sebaik saja lahir bayi aku ada masalah pada buah pinggangnya. Buah pinggang sebelah kiri bayiku bengkak. Huhuhu... Ibu mana tak sedih bila dapat perkhabaran itu. Namun siapa kami untuk menidakkan takdir Ilahi.

Punca dan Tahap Bahaya Air Ketuban Kurang 

Antara punca-punca sebenar yang boleh menyebabkan kurangnya air ketuban ini di dalam rahim ibu adalah : 

1- Air Ketuban Bocor Awal (Leaking)

Koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan air ketuban keluar. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. 

Kadangkala,kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj.


2- Masalah Perkembangan Janin

Jika masalah kekurangan air ketuban berlaku pada awal kehamilan. Ia boleh menyebabkan bayi cacat, keguguran, kelahiran pramatang atau janin meninggal di dalam kandungan. 

Jika ia berlaku pada trimester ke dua pula, ia boleh menganggu tahap tumbesaran dan perkembangan pada janin yang sedang di kandung oleh ibu.

3- Masalah Plasenta

Masalah pada placenta akan menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda. Sekaligus menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair yang dijadikan air ketuban. Inilah yang di alami oleh aku.


4- Bayi Kembar

Masalah air ketuban kurang mempunyai risiko yang tinggi sekiranya si ibu mengandung kembar dua atau lebih. Keadaan ini berlaku kerana sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar yang lain. 

Air ketuban yang kurang dibentuk oleh seorang kembar,manakala seorang lagi kembar akan membentuk ar ketuban yang banyak.

- BAYI KEMBAR - 

5- Masalah Kesihatan

Masalah kesihatan yang di hadapi oleh si ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Pertanda Air Ketuban Kurang

Antara simptom atau tanda-tanda yang boleh menunjukkan air ketuban kurang adalah :
  • pergerakan bayi berkurangan
  • bayi dalam kandungan tidak aktif seperti biasa
  • perut nampak lebih kecil berbanding usia kandungan sebenar
  • sakit pada bahagian bawah perut bila berjalan
  • perkembangan janin tidak sempurna
  • selalu berasa penat
  • selalu tidak sihat (masalah kesihatan)
  • seluar dalam basah

Apa risikonya jika air ketuban kurang?

Jika dikesan pada fasa pertama kehamilan, komplikasi boleh jadi lebih serius seperti:

  • Mampatan organ janin yang mengakibatkan kecacatan kelahiran
  • Keguguran
  • Kematian semasa dalam kandungan atau ketika dilahirkan 

Jika dikesan pada fasa kedua kehamilan, komplikasi boleh jadi:

  • Sekatan pertumbuhan Intrauterin (IUGR)
  • Kelahiran pramatang
  • Komplikasi ketika bersalin seperti terbelit tali pusat atau masalah lain hingga ibu perlu bersalin secara pembedahan czer.


Risiko Bahaya Yang Boleh Berlaku Jika Air Ketuban Kurang Hingga Kering


  • Uri lekang 
  • Bayi boleh terlilit tali pusatnya sendiri
  • Bayi mudah terkena infeksi
  • Bayi lahir lebih awal (pramatang) dan membiru
  • Dinding rahim terkoyak dan mengalami iritasi
  • Terjadinya kontraksi sebelum masa bersalin sebenar tiba
  • Kontraksi janin terhadap ibu tidak ada dan proses bersalin menjadi lebih lama
  • Ibu akan mengalami kesakitan di bahagian bawah perut dengan jangka waktu yang lama
  • Bayi akan mejadi lemah dan berhenti bergerak karena suhu di dalam kandungan tidak stabil
  • Bayi dapat meninggal di dalam kandungan kerana kekurangan oksigen dan nutrisi
  • Organ tubuh bayi belum sempurna sepenuhnya tetapi terpaksa dilahirkan awal maka ayi akan menderita cacat ketika dilahirkan

Akibat Kurang Air Ketuban, Bayi Aku Masalah Bengkak Buah Pinggang

Aku perlu membawa bayi selalu ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor akan scan dan doktor akan ambil darah untuk menentukan tahap kesihatan pada tubuh badannya yang kecil itu. 

Sedih hati aku dan suami melihat si kecil di cucuk itu ini untuk di ambil darahnya. Perkara ini berlanjutan sehingga umurnya mencapai lebih daripada enam bulan. Ubat sama sekali tidak pula di bekalkan.

Masa terus berlalu dan tahap kesihatan anak kami masih juga sama seperti sebelum ini. Bila di tanya perkembangan terkini doktor hanya memberitahu akan terus memantau. Akhirnya suami aku decide untuk menukar doktor. 

Perlu Bawa Bayi Jumpa Doktor Ikut Jadual 

Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu sebab kenapa aku dan suami nekad untuk berpindah dari Utara ke Kelantan. Kami berpindah demi anak. 

Di Kelantan kami di rujuk ke hospital yang lebih pakar tenaga pakarnya. Anak aku bukan hanya setakat di ambil darah malahan sehingga ke tahap di masukkan kamera melalui alat sulitnya untuk melihat keadaan sebenar secara lebih dekat dan tepat.

Ubat kampung turut kami usahakan. 

Beberapa bulan selepas itu muncullah sinar pelangi untuk kami. Gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan bahawa bengkak tersebut tidak terus melarat dan nampaknya tidak akan memberi apa-apa impak yang lain. 

Dalam erti kata lain, InshaAllah anak kami boleh membesar secara normal sama seperti kanak-kanak yang lain. Rawatan ke atas anakku juga di hentikan dan anakku sama sekali tidak perlu mengambil sebarang ubatan. Syukurlah.

Pengorbanan Dan Pengajaran

Aku dan suami sanggup berkorban hingga tahap berpindah semata-mata untuk anak tersayang. Walau ketika itu ramai yang tidak menyokong kami berpindah namun aku tetap happy kerana telah membuat satu keputusan yang tepat. 

Biarlah apa orang nak kata asalkan aku dan suami telah mencuba sedaya upaya kami. Sekarang anakku sudah semakin membesar. Ahamdulillah dia dapat membesar dalam keadaan yang sihat sepenuhnya.

Cuma berat badannya agak kurang dan nampak kurus melidi walaupun selera makannya kuat. Akal fikirannya juga agak tajam. Kini dia sedang bersekolah di dalam aliran agama dan merupakan salah seorang best student di sekolah. 

InshaaAllah,... jika Allah izinkan.. moga-moga Muhammad Aman akan terus meningkat dewasa di dalam keadaan yang sihat dan gembira. Ameen.


Tips Cara Menambah Air Ketuban Kurang

#1. Suntikan cecair amniotik 

Doktor akan suntik cecair amniotik yang bocor kembali ke dalam kantung amniotik dengan jarum. Ini dapat bantu meningkatkan cecair amniotik dalam rahim.


#2. Dapatkan cairan secara intravena 

Sesetengah wanita hamil dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan bendalir intravena tambahan jika cara rehidrasi semula jadi (seperti minum banyak air) tak dapat membantu meningkatkan jumlah cecair amniotik. 

#3. Minum banyak air kosong 

Ini adalah salah satu cara mudah bagi meningkatkan indeks bendalir amniotik. Jika anda meningkatkan tahap air dalam badan, maka sekaligus cecair amniotik juga turut bertambah. 

#4. Ambil makanan yang tinggi kandungan air 

Makanan yang mempunyai kandungan air tinggi harus ada dalam plan diet anda setiap hari seperti: 

  • Sayur-sayuran: Timun, salad, bayam, lobak, brokoli, kobis bunga 
  • Buah-buahan: strawberi, tembikai, tomato, tembikai susu, limau bali merah 

#5. Jangan ambil minuman beralkohol 

Anda harus elak mengambil sebarang minuman jenis alkohol semasa hamil kerana ia tidak baik untuk kesihatan janin. 

Alkohol juga menyebabkan dehidrasi dalam badan, sekaligus menurunkan kadar cecair amniotik. 

#6. Elakkan makanan tambahan atau suplemen herba tertentu 

Ya, jangan ambil makanan tambahan herba tertentu yang boleh menghilangkan air dalam tubuh. 

Hal ini kerana, makanan tambahan tersebut berfungsi membuatkan anda buang air kecil lebih kerap jadi anda akan mengalami dehidrasi. 

Oleh itu, sangat penting untuk sentiasa terhidrasi bagi meningkatkan cecair ambiotik dalam tubuh. 

#7. Lakukan senaman ringan 

Dengan senaman dapat membantu meningkatkan aliran darah di bahagian tubuh. Jika aliran darah meningkat pada plasenta dan uterus sekaligus cecair amniotik juga bertambah. 

Perhatian: Anda hanya boleh bersenam jika doktor membenarkannya. Jika tubuh anda lemah sepanjang hamil, lebih baik anda rehat saja di rumah

Kesimpulan 

Cecair amniotik atau air ketuban adalah sebahagian dari sistem sokongan bayi dalam kandungan. Namun, ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan cairan ini. Kurangnya air ketuban jangan dipandang remeh kerana ia membabitkan kesihatan dan keadaan bayi dalam kandungan.

Jika air ketuban sedikit atau kurang di dalam kandungan, maka mungkin akan berlaku komplikasi kehamilan dan kelahiran kelak nanti. 

Pengajaran dari kisah pengalaman aku sendiri. Nasib baik aku cepat alert dengan pergerakan bayi dalam kandungan ketika tu. Jika tidak sudah tentu bayi aku akan mengalami masalah yang lebih besar. 

Ibu-ibu di luar sana. Tolonglah prihatin dengan kadar gerakan anak dalam kandungan. Jangan sesekali membiarkan saja jika anak kurang bergerak.

Jangan juga ambil mudah tentang carta pergerakan bayi yang pihak hospital sediakan di dalam buku merah ibu mengandung tu.


Sumber Tambahan : Doktor On Call


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog πŸ‘‰  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby πŸ‘‰  https://t.me/ibuhamilmalaysia



10 comments for "Pengalaman Mengandung Bersalin Dengan Masalah Air Ketuban Kurang "

  1. Allahu...Alhamdulillah dah sihat..

    ReplyDelete
  2. Alhmdullillah..anak sis dah kembali sihat dan membesar dgn baik

    ReplyDelete
  3. bahayanya air ketuban kurang. alhamdulillah semuanya OK. bagus tips awa ni

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, berdebar saya baca pasal ni. Alhamdulillah, semoga nikmat kesihatan ini sampai ke tua

    ReplyDelete
  5. Semoga ank awa diberikan kesihatan ya

    ReplyDelete
  6. sy memgalami masalah sama mcm sis..btul ke petua tembikai dan air kelapa muda tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air kelapa muda memg berkesan sis.. sy alami sendiri...

      Delete
  7. sy sendiri dok alami masalah air ketuban kurang.... mmg seriau je... tq atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  8. ammi pun pernah hadapi situasi air ketuban kurang masa mengandungkan yang no. 2. Dah overdue hampir 3 hari, air ketuban sangat kurang, tiada rasa sakit, baby masik aktif bergerak. Ammi diinduce 2x tapi tiada bukaan. Ammi decide untuk go for ceaserean sebab induce tidak membantu bukaan jalan. Alhamdulillah... tiada masalah apa pada baby ammi. Dah darjah 3 pun dia sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Γ€llahu..risaunya saya... Bayi sulung saya meninggal seusia 3hari pada tahun 2018. Itupun hidup atas bantuan oksigen. Masa tu kena induce utk bersalinkan dia sbb air ketuban kurang. Semasa pregnant,semua lancar xde masalah apa² hatta loya pun tak. Tapi tulah takdir Allah. Doktor ckp mungkin punca masalah pada plasenta.

    2019 diberi rezeki dapat anak kedua. Baru merasa loya muntah tu.. pergi klinik boleh dikatakan hampir 2minggu sekali dari awal buka buku pink sbb ada sejarah kandungan lalu. Alhamdulillah lahir sihat semuanya.

    2022 sekarang ni sedang mengandung 37minggu. Baru sudah check up tadi, saiz perut xikut perkembangan. Jadi doc scan dan resultnya, air ketuban kurang. Esok doc suruh pergi jumpa pakar dia hospital. Terus saya teringat pengalaman anak sulung. Risau. Sebab dah pernah ada sejarah. Mudah²an semuanya ok lah...

    ReplyDelete