DOA UNTUK DAPAT ZURIAT
Assalamualaikum,...
alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku berkesempatan lagi untuk menonton rancangan Tanyalah Ustaz, di TV9 bermula pada jam 7 hingga 8.30pagi pada 01/Feb/2018. Panel kali ini adalah Al-Fadhil Ustaz Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah yang juga merupakan salah seorang ustaz yang aku gemari.
Perbincangan kali ini di kendalikan oleh Da'i Azrin dengan topik yang berkaitan dengan anak soleh dan solehah. Banyak juga tips yang aku perolehi daripada pencerahan Ustaz kali ini dan hati makin gembira apabila Ustaz sudi berkongsi 'rahsia' untuk dapatkan anak bagi pasangan yang belum lagi berjaya memiliki zuriat sendiri.
Ustaz memberitahu, untuk mendapatkan anak atau zuriat ini, elok di amalkan sepotong ayat yang tampak ringkas tetapi punya erti yang amat mendalam. Ayat yang di maksudkan itu adalah daripada surah Al- Anbiya' ayat ke-89.
Ayat tersebut adalah....
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِي
yang bermaksud : " Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. "
Seeloknya ayat ini di baca sebanyak 40 kali semasa sujud.
Ayat ini juga bagus untuk di amalkan pada sesiapa saja yang menginginkan jodoh yang soleh dan solehah dengan izin Allah SWT. InshaAllah....
![]() |
TANYALAH USTAZ - biar tahu jangan keliru !! |
Gud sharing sis. Thanks ye
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni sis awaa
ReplyDeletegood info
ReplyDeleteLiez pun dulu macam-macam usaha dan berdoa untuk dikurniakan cahaya mata.. alhamdulillah selepas 3 thn kawin ALLAH kurniakan anak perempuan dan anak lelaki tahun 2016. yg penting usaha dan berdoa
ReplyDelete